Aku Cinta Arak Dan Nafsu

5:45:00 PM


cinta tak kenal siapa
Ini Aku Dan Dunia


Nama aku Jun, aku gadis biasa yang suka akan kehidupan usia aku baru 21 tahun. Kini aku tak macam dulu. Aku tak rasa Dunia ni mengajar aku dengan baik. Dunia ini jahat..!!! Ini kisah aku. Kisah aku mengenali Dunia seawal aku di lahirkan. Kisah aku bermula....
Gadis Arak

Tiba satu kampung aku melabuhkan usia ku bersama Dunia. Sejak kecil lagi aku bersama dengan Dunia, dia banyak mengajar aku erti hidup. Tak kisah lah siapa mereka, sebab Dunia banyak tunjukkan aku erti siapa mereka. Takkala hari makin senja, usia aku tiba ke hujung remaja. Diri ku hijrah ke bandar untuk mencari kerja...

Aku pergi bersama Dunia, aku merasakan hidup aku penuh dengan rasa gembira. Tiba di bandar aku di tawarkan kerja. Yeah aku cukup gembira dapat kerja! Mejuez bos aku.
"Hari ini awak di tawarkan kerja di bahagian pengurusan makanan. Saya letakkan awak di bahagian Kaunter Juruwang. Untuk awak, saya berikan masa sehari berehat.. Esok baru mulakan kerja.. Boleh?" suara bos aku Mejuez menerangkan tugas kepada aku.
"Baik bos... Terima Kasih.." Jawab aku.. 
Esok hari nya aku mulakan kerja baru, hari ni jugak Dunia mengajar aku apa itu kerja. Aku sungguh terharu dengan tawaran yang aku terima. Dunia cukup baik terhadap aku. Mejuez bos aku cukup baik sekali. Aku tak sabar untuk mulakan kerja ke esokkan harinya. Malam macam ni aku patut tidur awal.....
"Jun.. Awak sini kejap. Hari ni ada stok baru sampai nanti awak aturkan barang-barang baru ni ke dalam stor boleh? Saya nak kira kuantiti barang yang sampai dan kuantiti pesanan untuk esok..Boleh kan Jun?" Suara bos aku kedengaran tiba-tiba. Segera aku menyahut soalan nya kembali. "Baik bos....." Jawab aku..  
Sebulan aku kerja dengan bos aku. Rasanya da sebulan aku tinggalkan kampung. Dunia mengatakan aku ni lupa diri. Tak ingatkan orang tua ku! Padahal aku sibuk melayankan kerja aku sekarang. Bukan aku tak rindu mereka! Aku rindu sangat.....

Dunia dah mula berubah hati nya membawa aku mengikut langkahnya. Langkah demi langkah aku diajar oleh nya. Malam-malam begini aku sepatutnya ada di rumah. Ke esokkan hari nya aku kena kerja. Dik kerana Dunia ini mula mengajar aku, dengan kehidupan dia iaitu cara baru dia, dia memperkenalkan aku dengan Cinta.

Jejaka Cinta
Cinta, dia seorang jejaka tanpan sekali. Malam ni aku berada di club, Buat pertama kalinya Dunia mengajak aku ke sini. Dia pun kenalkan aku dengan Cinta jejaka tanpan. Aku mula rasakan hidup ini dah makin sempurna. Aku rasakan hati aku dah mula rasa sayang terhadap nya.

Layanan perasaan aku terhadap Cinta membuatkan aku tak henti-henti menyoal kehidupan Cinta. Cinta Si Jejaka, mulutnya petah bercakap. Ayat nya cukup sempurna membuatkan ramai gadis seperti aku jatuh hati terhadapnya. Yes aku dah jatuh hati dengan jejaka bernama Cinta pada malam itu.

Tiba saat satu ketika, Cinta memberikan aku air minuman yang di berikan oleh seorang gadis namanya Arak. Yeah Arak nama gadis tersebut... Pelik bukan? Dunia melihatkan aku seolah-olah aku ni suka akan kehidupan ini. Dunia merelakan aku dengan perbuatan aku. Dunia jugak berikan aku kawan bernama Arak. Arak? Arak Gadis yang manis, cantik dipandang, sungguh seksi menawan. Aku?! Aku Jun hanya gadis biasa dari kampung!

Aku  berkawan dengan Arak, Cinta juga makin suka terhadap aku dan Arak temani kami bertiga sepanjang malam tu. Di club ini aku seolah-olah terabai dengan Dunia. Dunia kemana kau pergi?? Aku mencari Dunia merata kawasan di dalam club tuh. Sedih Dunia hilang. Mana dia pergi?? Dia merajuk dengan aku ke??? Dunia!! Mana kau?!

Tak lama lepas tu, Cinta kenalkan aku dengan seorang pakcik bernama Nafsu. Dan Arak juga memperkenalkan Nafsu kepada aku.
"Jun ini Nafsu bos kami, Cinta dah lama kawan dengan Nafsu ni. Mereka berdua dah macam adik beradik tau... " Arak memulakan bicara untuk memperkenalkan Nafsu kepada aku.
"Ohh awak ni Jun yea?? Salam perkenalan. Saya Nafsu bos Club ni.. Awak orang baru di sini?? Awak sorang saja??" tanya Nafsu kepada aku.
"Yea saya Jun.. Ok tak.. Saya tadi datang dengan kawan saya nama nya Dunia.. Dia dah balik rasanya.. Tinggal saya sorang dekat sini.. Nasib baik saya ada kawan baru ni.. Cinta dengan Arak.." balas Jun dekat bos Club tuh yang bernama Nafsu. 
"Ohh Jun saya lupa nya kasi tau.. Dunia dia ada hal tadi.. Di bagi tau saya dia nak balik sebab ada perkara penting nak buat dia kata... Saya lupa nak bagitau awak Jun..." Cinta menyampuk perbualan aku dengan Nafsu.
Lepas perbualan kami berempat aku , Cinta, Arak dan Nafsu kami pun beramah mesra. Perbualan panjang sampai lewat malam. Jam sudah dekat pukul 3 pagi. keseronokan kami berbual, berparti, menari membuatkan aku penat . aku letih!

Aku tertido dik kerana rasa mengantok dan penat. Tiba saat Arak melihat aku. Di menjemput aku bawak ke bilik nya untuk tidur. Aku berterima kasih dengan Arak. Mungkin....

Bos Nafsu
Dah aku di bawak masuk ke bilik Arak, dia pun keluar menjalankan kerjanya. Dia tinggalkan aku keseorangan di dalam bilik nya. Aku teringat akan Dunia. Aku teringatkan semasa kecil aku bersama nya. Aku terfikir kenapa hari ni aku berpisah dengan nya?? Mungkin kan akan ada sebab atau kejadian yang akan berlaku nanti??

Setengah jam masa berlalu, tiba-tiba Cinta datang di kamar aku, mendekati aku, meraba-raba aku. Di datangi pula dengan Nafsu! Bos kepada Arak. Mereka cuba mencabul aku. Merosakkan aku dengan rakus sekali. Aku terdiam aku meraung kesakitan. Aku menangis menjeritkan Dunia!! Aku meminta tolong kepada Arak. Tapi Arak buat endah tak endah terhadap aku.

Arak mendekati aku dan dia berikan aku ubat tidur. Habis aku kali ini. Habis aku dengan hidup aku. Habis aku dengan jiwa aku di rosakkan Cinta dengan Nafsu. Arak menjadi batu api dalang di sebalik cerita aku.
"DUNIAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA?!!!!!!!!!!! Di mana kau DUNIAAAAAA?!!" jerit aku memanggil Dunia. Tapi Dunia tidak kelihatan aku cukup sedih!
Sedarnya aku dari kejadian... Aku dibogelkan oleh mereka berdua! Cinta jahat! Nafsu kejam! Arak puaka sial! Aku memarahi mereka bertiga.... Aku menangis kesakitan , kesedihan, kecelakaan aku sekarang ni.. Dunia kenapa kau buat aku macam ni Dunia?!!

Dek kerana aku berkawan dengan Dunia aku kenal kehidupan, bila aku kenal dengan kehidupan aku kenal dengan Cinta, dek kerana Cinta aku kenal dengan Arak. Dek kerana Arak lah punca segala punca aku kenal dengan Nafsu...

Mereka sialan hidup aku, Dunia mengajar! Aku mengikut! Dan mereka jadikan aku mangsa kehidupan..


*************************

"Kenapa dengan awak Jun? Awak nampak lain je hari ni???" Tanya bos aku Mejuez kepada aku. Dan aku menceritakan hal yang sebenarnya kepadanya....

Tiba satu kampung aku melabuhkan usia ku bersama Dunia. Sejak kecil lagi aku bersama dengan Dunia, dia banyak mengajar aku erti hidup. Tak kisah lah siapa mereka, sebab Dunia banyak tunjukkan aku erti siapa mereka. Takkala hari makin senja, usia aku tiba ke hujung remaja. Diri ku hijrah ke bandar untuk mencari kerja.............


You Might Also Like

4 komen

  1. mejuez.. nukilan yang baik.. rasanya spelling dek not dik..hihi

    Dek kerana aku berkawan dengan Dunia aku kenal kehidupan, bila aku kenal dengan kehidupan aku kenal dengan Cinta, dek kerana Cinta aku kenal dengan Arak. Dek kerana Arak lah punca segala punca aku kenal dengan Nafsu...

    boleh hantar kat iluvislam ni.. kalau belum hantar, k.a cadangkan hantar.. terbaik.. :-)

    ReplyDelete
  2. Boleh ke hantar?? Tak tau plak wan.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. masing2 lalai , leka .. :)

    terbaikk .. LIKE3 ! kalau ada share button lebih elok . boleh share ;)

    ReplyDelete
  4. smart!

    berkawan dengan dunia tp letak iman kita sebagai teras perjalanan.

    dengan iman, ke mana pon kita dengan dunia, kita tak tersasar. tak kenal arak, tak kenal nafsu, tak kenal arak...


    paling penting kita takkan cakap, "kalau laa masa boleh di undur semula..." fuhh.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower