BICARA PEDUSI TU

4:01:00 PM



Sudah lama rasanya 
Aku tidak menangis di malam hari
Mensyukuri nikmat yang Kau berikan kepadaku
Sudah lama rasanya aku mengenal dunia yang penuh warna -warni 
suka dan duka
Namun aku tidak tahu sama ada
Dalam tempoh itu apa yang aku kumpulkan
Sama ada dosa mahupun pahala

Kata seorang teman
Tidak susah mahu mendapat pahala
Tidak susah juga mahu mengumpul dosa

Ya Rabbi
Aku hanyalah seorang hamba
Yang cuba menjadi diri sendiri
Yang cuba belajar dari kesilapan lalu

Ya Khaliq
Aku hanya pendusi 
Bukan pendusi yang lemah
Kerana aku benci
Aku benci jika pendusi seperti aku dikatakan lemah
Kami bukan kaum yang lemah
Kamilah yang selalu memberi semangat kepada para lelaki
Kamilah yang menjadi ibu 
Yang mana setiap kali melahirkan anak urat-urat kami putus
Kamilah yang berjaga malam membesarkan anak-anak
Sedangkan si suami diulit mimpi
Bukan suami tidak membantu 
Tetapi jarang-jarang sekali.

Ya Muhaimin
Kamilah yang dikatakan sering menangis
Menangis itu bukan kerana lemah
Namun dengan menangis mampu membuatkan hati kami tenang
Dengan menangis kami kira kami mampu merebut hati anak-anak kami
Kamilah yang sedia berkorban apa saja demi anak-anak kami
Tetapi apakah anak-anak kami nanti akan berkorban sama seperti kami

Ya, kami pasti
Anak-anak kami sayangkan kami
Namun kadang-kala kami silap
Kadang-kadang kami dibiarkan
Kami dihantar ke satu tempat yang semua penghuninya sebaya dengan kami
Kami hanya ada ENGKAU YA ALLAH

YA ALLAH
Pemilik hati-hati kami
Kami pohon 
Kau ampunkanlah dosa anak-anak kami
Kau berikan kesempatan kepada mereka untuk bertaubat
Supaya apabila kami pergi nanti 
Mereka ada untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada kami
Kami pohon Ya ALLAH
Satukanlah hati-hati kami dalam nikmat IslamMU.


MO kata : 
Hargai setiap detik dan waktu selagi roh dikandung jasad. 
Sayangi dan hormati wanita yang melahirkan kita..

You Might Also Like

0 komen

Like us on Facebook

Follower