Buka Minda. Buka Minda. Bukalah Minda.

3:14:00 PM

Tadi aku terbaca satu entri kat satu blog tu. Dia dok kata yang negara tak akan maju kalau kita tidak menjadi sekular,kalau pemerintahan tidak seiring dengan sekulariti,dan kalau pemerintahan cuma sekadar ikut ala ala Arab Saudi: Undang Undang Yang Superb Ketat.

Bagi aku,benda sekarang ni dah sangat sempit akal manusia jadi,jadi mereka cuma memandang dua pihak. Tidak ada yang tengah. Tidak ada lagi pemikiran yang jenis mampu memanfaatkan umat Islam,dan pihak yang sekular. Aku tak jumpa lagi. Serius. Kucing Serius.

Kalau ada pun,mereka tengah sibuk sedang pikiaq periuk nasi masing masing.

1. Dua jenis aliran pemikiran yang obvious gua cakap

Sekarang,cuba korang tengok. Tengok sekeliling korang. Tengok berita TV3 yang pembaca dia hot tu. Tengok surat khabar. Tengok media.

Semua cuma ada dua pihak. Yang mengagungkan sekulariti melampau,dan Yang terlampau ingin memperjuangkan Islam sampai tak sedar cara mereka tak betul.

Artis menayangkan seksi seksa di TV,award award pulak sampai langgar Maghrib semata mata nak buat Red Carpet Walk.

Balik balik tengok,masing masing dengan ideologi masing masing. Yang paling perit,mereka ni yang menerajui tampuk pemerintahan sampai banyak persepsi yang salah diberi. Kesan? Kita yang sedar ni tak tahu nak pilih mana satu jadi leader.

Tu baru yang lead.

Kalau tengok dari konteks masyarakat sekarang ni pun sama. Minda masih tidak berkembang.Bila ada problem sket,tidak ada yang bela mereka di landasan yang betul. Contoh,penindasan orang Islam di Perancis. Okay orang yang sekular,tindas orang Islam.Lepas tu orang Islam kat sana? Dengan secara emosi buat tunjuk perasaan itu ini,sambil membawa kata kata slogan yang boleh tengok,secara obvious,nampak kasar dan tidak patut. Dari situ,nampak obvious dua dua pihak yang salah. Dan orang ramai pun,tanpa fikir panjang,main pilih je satu side.


Kelemahan umat Islam sekarang? Emosi. Dan mereka yang sekular,tidak kira dari agama sendiri ataupun tidak,memandang serong hasil dari tindak tanduk yang datang dari emosi tersebut.

2.Imej dan persepsi.

Sekarang pun,korang dah tengok,agama sendiri dah tercalar pasal kepoweran orang Barat tu sibuk dok calar calar pasal Islam. Kata Islam tu terrorist,kata itu,kata ini. Kesan? Satu dunia memberi tanggapan yang sama.

Merata rata Islam ditindas. Termasuk dalam negara sendiri ni pun ada jugak. Tak percaya?

Cuba korang godek godek,borak borak dengan dorang yang Islam sekular. Memang banyak gila obvious jawapan sekular yang keluar.

"Walaupun aku freehair,aku baik"
"Alah,dorang tu pakai je ketayap,tapi jahat. Baik aku jadi jahat yang obvious"

Dan apabila dorang tu semua cakap pasal benda ni,kesan,dorang sendiri akan terbawa bawa sikap dorang tu yang bawa tak perlu ada imej baik,tak perlu buat baik.Kenapa? Kerana imej umat Islam yang tercalar menyebabkan orang tak ikut.Terrorist,guna nama Islam konon. Adakah itu betul?Kes pengeboman Church dulu kat Malaysia,atas nama Islam kononnya. Adakah itu betul?



Kemudian,muncul pulak golongan golongan melampau yang menggunakan imej imej keganasan sebagai contoh jihad. Kartun budak kecil memegang pedang. Laungan "Hingga Ke Titisan Darah Terakhir" bila duk sibuk berjuang. Benda kecil kecil effect sangat kuat sebenarnya.

Tapi dorang tak sedar. Dorang menganggap itu adalah perjuangan mereka yang bersemangat saja sebenarnya. Bila fikirkan balik,semua kelakuan tu adalah tidak logik dalam aliran pemikiran tipikal sekarang.

Lepas tu lagi lah kena tindas,lagi diberi imej buruk. Aku pernah jadi sekular,dan aku pernah jadi seorang yang konservatif suatu masa dulu. Aku tahu lah. Aku tahu sangat sangat apa yang dua dua side fikir bila tengok suatu benda.

Kenapa orang Yahudi boleh senang je naik,semua orang barat pandang dorang tu adalah baik? Pasal dorang tak guna imej imej macam tu. Dorang tau sekecil kecil benda tu bagi kesan psikologi kat masyarakat. Dorang guna imej baik doranggg je.

3.Lagi senang nak pergi gig dari nak pergi masjid.

Media lagi mengagungkan gig percuma daripada pesta beribadah beramai ramai. Bila tengok balik,orang ramai cuma automatik lagi kisah nak berseronok berbanding dengan ibadah.

Aku taknak letakkan salah atas Syaiton Nirrojim menghasut orang ramai.

Pernah ke ada orang buat iklan kat TV kata "Jumaat Subuh ni akan diadakan Mega Solat Jemaah di semua Masjid masjid di negara,makanan disediakan. Datanglah beramai ramai!".

Pernah ke?At least,give it a try. Buat acara besar besaran nak betulkan balik demi mencapai Kemenangan Umat Islam. Kerana benda benda yang mungkin orang ramai fikir,agak baru,agak lain,mampu memberi makna yang besar dalam hidup. Kan dan ternyata ada satu ayat dulu, "Umat Islam tidak akan menang selagi Jemaah Solat Subuh tidak melebihi Jemaah Solat Jumaat". Benda macam tu boleh jadi permulaan.

Things are not impossible. Minda sekarang ni,kalau ramai buat,ramai ikut.4. Sedikit demi sedikit.

Satu masa dulu,penjajah datang bukan dengan cara yang melampau. Tapi sedikit demi sedikit. Sikit sikit dorang hantar wakil dorang kat satu dunia. Sikit sikit dorang akan tinggalkan kesan dekat masyarakat lokal. At least,pass satu generasi dah cukup. Kenapa? Pasal dorang dah membentuk minda lokal,jadi macam dorang. Baru dorang blah balik tempat dorang.

Dorang datang menjajah,tapi dorang tanamkan satu jenis ideologi yang sangat berbeza dalam masyarakat. Kesan,jadi macam zaman sekarang.

Boleh tak kalau kita guna cara dorang untuk naikkan balik Syiar Islam? Kita guna cara sedikit sedikit tu jugak. Bukan nak guna secara menjajah,tapi perkara boleh dimulakan di tempat sendiri. Bila dorang berjaya buat,kenapa kita tak? Kita boleh je nak guna cara tu. Cara membawa ideologi Islam yang sebenar dalam masyarakat.

5.Logik akal.

Memang gerenti,akan ada certain orang terfikir,ada certain religious rules kita tak boleh nak ikut kalau zaman sekarang ni kononnya. Dan hasil,kita akan cenderung nak buat dosa daripada ikut agama. Serius. Kucing Serius. Memang gerenti orang akan terfikir.Contoh paling busuk? Simple.

Hukuman Hudud yang hangat sekarang.

Ramai sangat orang nak tentang even masyarakat Islam tu sendiri. Kata tak relevan lah,itu lah ini lah. Tambahan lagi ada pihak kata video tak boleh guna,kena ikut 4 saksi. Kalau video dah tersebar,tak ke dah beribu orang tengok?

Macam ni aku nak cerita logik yang aku jumpa masa zaman aku sekular dulu.Aku selalu terfikir,dan aku kaji balik al Quran dan rules yang disebut kat dalam tu. Semua dah stated kan. Yes. Agama Islam adalah yang paling sempurna,no doubt at all. Memang ternyata obvious kan?

Logik paling best,adalah kalau korang tengok secara detail,semua rules rules kat dalam tu,semua SANGAT sangat berkait antara satu sama lain. Aku repeat balik,SANGAT. Kalau ikut semua,tengok dari overview,memang akan lead a perfect life. Macam titik titik yang kalau kita susun,akan bentuk satu line.

Of course perfect life! Contoh?Hukum Islam dalam bab perkahwinan dan lovey dovey. Orang memang akan terfikir nak bercinta sebelum kahwin,tak faham konsep perkahwinan dalam Islam,bla bla bla macam ramai orang anggap sekarang. Tapi kalau tengok konsep Cinta,kalau fikir secara sekular pun,everything will leads to the same thing,Nikah.

Yes.Dari sudut perasaan,tanggapan,nafsu apa semua,everything will lead to Nikah. Cuba baca dulu.

Tu salah satu yang aku discover masa aku sekular dulu. Keindahan Islam bukan sekadar keindahan alam yang tersembunyi macam bintang bintang,keadaan bulan etc etc.Tetapi,keindahan tu nampak jelas jika kita fikir dalam dalam mengenai abstraknya hidup. Indah kan?


Gambaq abstrak aku google tadi :P


Berbalik balik kenapa ada rules yang stated dalam AlQuran tu,kalau tengok balik,kalau gabung kesemuanya will lead to a Utopia. Yes. A world without problems. Aku nampak logik dan hubung kait di setiap celah rules tu.

Masa sekular dulu mana ada orang fikir benda ni? Tanyalah orang Islam yang sekular sekarang ni pun. Dorang mana ada nampak benda ni. Dorang cuma nampak rules biaso yang macam sekarang ni.

6.Negara contoh.


Orang selalu kata Arab tu baik,Arab tu itu ini. Kena ikut orang Arab kalau nak tahu Syiar Islam yang betul. Ambil negara Arab untuk jadikan negara contoh yang mengikut hukum hakam Islam. No. It is a big no. Orang Arab bukannya betul sangat pun. They are not like what you may think.

Aku pernah jejak sana dulu. Aku tahu lah.

Arab adalah Arab. Islam adalah Islam. Sama jugak dengan Melayu. Melayu adalah Melayu. Islam adalah Islam.Tapi misconception orang zaman sekarang,Arab adalah Islam, dan jugak Melayu adalah Islam. So bila nak tengok siapakah itu Islam? Orang Arabbbb,orang Melayuuuuu.Refer terus pada AlQuran dan Hadis. Kan senang. The Perfect Guidebook. Tak perlu nak pilih apa apa negara contoh yang mengamalkan Syiar ke,apa ke. No good, no good. Orang Barat pun sibuk duk kaji AlQuran pasal mengaku this is The Perfect Guidebook in history. Kita ni taknak lah pulak?


Hopefully,fahamkan semua benda ni dalam dalam,dan aku harap semua orang buka minda dan fikirkan. Fikirkan betul betul. This is a serious matter. Bukan main main. Kalau nak kata macam macam apa benda semua. Pemikiran zaman sekaran yang lain,kita perlukan sesuatu yang baru tetapi tepat dengan kehendak moden dan Syiar Islam. Islam itu agama yang indah,agama yang relevan sepanjang zaman. Tidak ada yang tidak logik dek akal.

Ingat,mereka yang mampu menerima pandangan adalah mereka yang hatinya tidak mati ;)

You Might Also Like

2 komen

Like us on Facebook

Follower