Buta

6:14:00 PM



Aku tersenyum melihat orang buta mendendangkan lagu lagu mereka. Cukup terhibur aku melihat dan mendengar. Dalam hati aku pula terasa sedih melihat kehidupan mereka. Perit rasanya jadi orang buta ni kan?
Mereka sanggup berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Mencari sehelai kertas bernama wang. Ya. Rezeki itu ada dimana mana. Aku tertarik dengan ketabahan dia, sambil aku duduk termenung melihat dia aku dapat rasakan diri aku ni buta.

Buta tak dapat melihat tapi dia mampu tersenyum. Dia kata semua orang di dunia ni sangka aku ni buta. Tidak! Aku tak buta katanya. Jangan kau semua sangka aku buta ni aku tak boleh melihat? Kau semua yang buta sebab kau semua tak dapat lihat siapa sebenarnya yang buta.
Aku jadi bingung.... Mengapa dia kata macam tuh?

Aku di kurniakan hati. Aku cuma buta pada mata. Tapi hati aku tetap ada. Aku dilahirkan tanpa rasa nikmat warna dunia. Aku cuma nampak hitam saja dunia aku. KAU! Aku tahu dan aku boleh melihat dunia kau yang penuh dosa ni. Biar aku buta jangan aku buta hati. Betul? Biar aku buta supaya aku takkan melihat dunia yang penuh dosa ni. Aku taknak melihat dosa maksiat sekeliling aku. Cukup sekadar ini sahaja. Aku bersyukur apa aku ada. 

Aku tergamam apa yang dia kata. Aku tersentap hati bila dia katakan macam tu pada aku.
Dari saku poket aku, aku hulurkan RM50 padanya.. Dia buatkan aku tersedar dari kelekaan dunia. Ya. Aku sudah buta sebenarnya. Aku ni lebih buta dari mereka yang dah lama buta....

Nota kaki : 
Ramai antara kita tak nampak apa yang berlaku di depan mata...

Wanz Mejuez :
Dunia mereka sungguh aman harmoni walaupun tiada satu manusia dia dapat melihat. Tapi hati dia tetap dapat melihat dunia kita...

You Might Also Like

1 komen

  1. nmpaknya org yg celik lebih buta dpd yg buta la kan?tima kasih untuk ilmu ari ni..good entry..!! =)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower