Check In Neraka

6:17:00 AM

Sudah?!! Mana perginya mereka semua? Mengapa aku ditinggalkan sebegini? Kau tinggalkan aku sekeping cakera padat? Apakah semua ini? Malam sebegini begitu gelap gelita untuk aku mencari pintu. Aku ditemani lampu suluh. Cuma satu saja.

Argh! Di manakah dia jalan keluar? Jangan aku terseksa melihat dalam gelap. Aku tahu dunia aku duduki sekarang makin gelap. Gelap dalam hati. Hati mati.

Cakera Padat apakah ini? Asmara Zina? Mana mungkin aku boleh pasang ini cerita.....
Paapppp!! 

Kotak hitam si televison muncul bersama sang decoder. Jatuh dari langit? Aneh! Mungkin ada rahsia dalam ini cerita. Pasang ayo pasang! Dalam gelap begini aku perlukan hiburan. Hiburan apa ini? Asmara Zina?

Pelik nama cakera padat ini.


Cerita sudah bermula.................................................

Rupanya kisah cinta. Tapi malang cinta kerana berzina. Hamilnya dalam drama sebelum bermulanya adengan asmara. Malang malang malang dia pula terus dinikahi secara percuma. Tambahan pula mendapat pakej dosa besar kerana zina.  

Sebut sajalah ini dunia aku. Ini dunia kau juga. Ini dunia kita semua. Tapi ini milik Allah 'Azza Wa Jalla. Jangan aku, kau dan kita memandai-mandai berkuasa kerana dunia. Sudah lupa pasal mati? Bila mati siapa kau akan jumpa? Allah 'Azza Wa Jalla!

Syurga atau neraka? Pilih saja tempat kau suka. Mana satu?

Jadi dalam cakera padat itu menceritakan kisah kita. Dunia remaja kita. Ramaja sekarang. Ramai diantara kita semua tahukan? Aku rasa kau pun tahu. 

Hamil luar nikah sering kali kita dengar betul? Padahal ini dosa besar. Ya. Dosa besar. Hamil di luar nikah dah jadi macam satu tradisi pada masa kini. Mengapa ya? Sekeliling kita dah anggap berzina itu macam perkara biasa. Padahal Allah dah melarang keras perzinaan! Hebat orang kita sekarang ni. Tapi akal-mati.

Negara apa ini? Siapa Tuan ini Negara? Agama apa kita? Diam saja mulut. Aku tahu kita Islam. Bangsa Melayu. Tapi percaturan dan susunan negara ini aku tak boleh ubah. Sebab aku bukan Tuan Negara.

Makin lama hari berganti hari. Makin banyak juga kes buang bayi. Aik? Ini satu realiti. Ini bukan mimpi. Salah siapakah kita jadi macam ni? Ibubapa? mungkin. Kawan? mungkin. Keturunan? mungkin. Media? mungkin.

Jadi ini satu kesilapan lah? Ya! Ini satu kesilapan. Kesilapan diri sendiri. Yang pasti minda kita telah diracuni media barat. Tanpa ada penapisan dari pihak atasan kita jadi macam ni. Bukan sekor dua jadi macam ni. Tapi sekeliling kita.

Aku nak salahkan siapa lagi? mungkin tak. 
Aku tak mahu nak marah sesiapa. Lagi pun aku cuma orang biasa. Hanya akal, minda dan hati aku jalankan satu pesanan. Ini mesej untuk hangpa bernama manusia.... 


Nota Kaki :
Zina + Murtad + macam-macam lagi = Check In Neraka. 

Wanz Mejuez :
Mungkin satu hari nanti akan buka mata hati untuk kita renung-renungkan.....

You Might Also Like

3 komen

  1. bgus, anda mpunyai idea mnarik utk kupaskn ssuatu..tgktkn kualiti

    ReplyDelete
  2. ok, ia cool. gua dapat hadam dengan baik. :D

    ReplyDelete
  3. suka r cara penulisan wan.. nak belajar :-)

    ikhlas.. bukan sekadar omongan kosong

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower