Kami warga "busy body" .

11:11:00 AM

Assalamualaikum semua..

Pepatah Melayu ada mengatakan 'Jangan jaga tepi kain orang' atau dalam bahasa orang sekarang ni busy body. Bagi aku pepatah ni kurang relevan jika dilihat dalam sudut lain. Tidak semua perkara kita kena ikut pepatah ni. Sebab dalam Islam memang ada busy body ni. Cuma pemahaman kita yang cetek ilmu je yang mengatakan tidak. Rasulullah S.A.W berpesan bahawa Mukmin dengan Mukmin yang lain itu ibarat satu badan, bila satu anggota badan sakit, umpama sakit keseluruhan badan. Jadi contoh mudah nya kalau kita luka ditangan, secara automatiknya kita letak ubat di tempat luka itu. Maknanya kita ambil berat tangan yang luka itu. Sama juga dengan umat Islam, jika ada yang dalam kesusahan, kita dengan senang hati membantu. Itulah namanya busy body.



Tapi masyarakat kita sekarang ni anggap busy body tu seperti perkara yang paling dibenci. Mereka tak suka orang sibuk hal hidup dia, masing-masing sendiri2 ambil tahu. Tapi bila dalam susah, pandai pulak mintak tolong. Aihh. Tu namanya tak malu. Kadang2 dalam satu taman perumahan, jiran sebelah rumah pon tak habes kenal. Ni kan pula row belakang dan depan rumah, confirm tak kenal langsung. Sebab apa? Sebab takde kesedaran betapa pentingnya menjalin ukhuwah sesama sedara se-Islam khususnya. Pendek kata macam kera sumbang.

Yang atas tu kes pertama, kes yang kedua pulak kalau bab nasihat ni. Bila kita nasihat , dengan kesatnya mereka menjawab "Heyy, kubur kita lain-lain. Kalau kena seksa pon aku, bukan kau. Kau takpayah nak nasihat aku. Nanti pandai2 lah aku jawab dekat sana nanti !!".. Haa, selalu kan dengar ayat drama nih. Jawapan aku bagi orang yang macam ni adalah "Sebab kubur lain-lain la aku nasihat kau. Kalau kubur kita sebelah2, bila kau kena seksa, tak ke mengganggu aku dekat sebelah tu". haha. Orang macam ni kita kena perli habes-habes. Baru dia nak sedar. Tapi sebelum tu gunalah cara nak lemah lembut dulu. Kalau tak makan saman, kita guna cara keras sikit.

Itulah sedikit sebanyak realiti kehidupan hari ini. Anda mahu jadi warga "busy body" ? Jom sertainya beramai-ramai. Kita bukan busy body pada yang sia-sia, tetapi kita busy body kerana sayangkan sedara sesama kita. Yang ma'ruf kita sebarkan, yang mungkar kita tentang. Kerana berdiam diri hanyalah merugikan Islam.



Seperti dalam hadis Rasulullah ini:

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ
فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.


(Hadis sahih riwayat Muslim)


Sekian...

You Might Also Like

4 komen

  1. Yes,kite mmg kne jd busy body cube baca kisah bwh ni..

    Ana nak kongsikan sebab dan akibat kalau....... TIDAK MENGAMALKAN AMAR MA'RUF NAHI ANIL MUNGKAR; -DIA BERPELUANG MEMPERSOALKAN KEPADA KITA DIAKHIRAT KELAK SEKIRANYA KITA TAK PERNAH MENEGUR MEREKA

    Pernah dengar tak kisah org masuk neraka sebab kena tarik kakinya sedangkan kakinya yg sebelah lagi dahpun melangkah utk ke syurga..?

    Siapa yg tarik kaki kita di akhirat kelak? -Jiran-jiran kita [selang 40rumah, depan 40, belakang 40, kiri 40, kanan 40, kalau rumah flet?? Atas bawah pun kena kira] -Ibu [bagi yg lelaki] -Isteri [bagi yg lelaki] -Anak-anak [bagi lelaki dan perempuan] -Saudara-saudara seislam kita [setiap mu'min itu bersaudara ya!!!]

    Ada satu kisah, yg bila seorang hendak masuk syurga, dan kakinya ditarik.. Yg menariknya adalah yg berhak menarik [mcm yg ana tulis diatas]..

    Yg ditarik = kenapa kau tarik kaki aku ni??

    yg menarik = sebab dulu kat dunia kau tak tegur aku bila aku buat salah, bila aku tak solat, kau buat tak tau je.. Kau tak ajak pun!! kau tengok aku dating, raba2 awek aku.. Kau wat dono je!

    yg ditarik = Ya ALLAH semua itu dusta!! Aku pernah je ajak kau! tapi kau ugut aku! Hina aku! kata aku mcm2!! kau kata kubur masing2!! neraka masing2!!

    yg menarik = kau baru tegur aku sekali, kalau kau tegur dan ajak aku dua kali.. mesti aku ikut..

    yg ditarik = aku dah ajak kau berpuluh-puluh kali.. tapi kau degil.. kau tak nak.. kau kata aku ni pk aku bagus sgt.. kau kata aku solat tunggang tunggik mcm ayam patuk dedak!

    yg menarik = tu baru berpuluh2 kali.. andai kau ajak aku beratus2 kali.. mesti aku ikut..

    yg ditarik = dah berbuih mulut aku tegur kau.. dah tergigit lidah cakap ngan kau..

    yg menarik = baru tergigit lidah.. tak putus pun lidah kau cakap ngan aku kan??

    masing2 ade akal kn?hayati la ye..
    credit pd iluveislam(http://komuniti.iluvislam.com/topic/8335-updated-diari-seorang-mahasiswa-sebagai-daie/)

    ReplyDelete
  2. kan?
    memang penting pon busy body nih.

    dulu aku dok hostel, takot nak lepak laki pompuan, sebab ada senior2 yang suka busy body and tnya, apesal dok melepak lagik nih?

    sekarang aku masuk u, nak lepak sampai pagi pon takpe.
    sebab tak dak sapa nak tnyaa.

    bila kita rasa org dok sebuk pasal kita, terkawal gak diri kita. tapi bila tak dak kita free, kita suka2.

    so, im in to community busy body! ;)

    but one thing is, lepas dah busy body give them some simple solution... baru dorang boleh pk and move. ;)

    ReplyDelete
  3. suka jugak busy body ni.. menas dia peduli dgn nasib kita kat akhirat nnt.. :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower