Kuat Makan Menyebabkan Dosa Bertambah Banyak.

2:24:00 PM



Badan membesar, dosa bertambah.. Ohhhh.. Takutnya.. Hari-hari kita buat dosa la?? Sapa tak buat dosa dalam sehari (konteks manusia)?? Hidup kita zaman metropolitan ni dikelilingi oleh dosalah. Tak percaya hari-hari korang dan saya sendiri buat dosa? Ok. Korang pandang kiri dan kanan korang semasa korang keluar jalan-jalan ke, tunggu bas ke, naik LRT ke? Aurat wanita tu dosa untuk yang melihatnya, apatah lagi lah yang yang mendedahkannya. Kan. Masih tak percaya setiap hari kita buat dosa? Ermm. kalau yang perempuan tengok korang pakai stokin lengan dan stokin kaki tak?? Aurat tu..So, kalau tak menutup aurat dengan sempurna hukumnya??? Sendiri mau jawablah.

Badan membesar tu maksudnya saiz bertambah la. Tak semestinya gemuk. Dulu kita bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sebab hari-hari makan takkan tak besar, iyo dak?? Hari-hari kita makan sampai ada perumpamaan, Makan Untuk Hidup atau Hidup Untuk Makan... Haaaaaa.. Fikir-fikirkan...

Cuba cakap kat sini sapa yang tak suka makan? Kalau dah makan memang la badan akan naik (even sikit yang tak nampak perbezaan ketara). Kita ni makin hari makin besar bukan makin kecik. Eh, ada ka orang tak suka makan ni? At least kalau tak suka makan pun kena makan jugak kan. Kalau tak makan langsung, tak lama lepas tu.. hurmmmm.. Innalillah.. Kemungkinan besar akan jatuh sakit tak pun go terus.. Huhuhu..

Cuba bayangkan kalo sehari kita makan sekor ikan, sebulan dah 30 ekor ikan, setahun dah 365 ekor ikan, 10 tahun hampir 3600 ekor ikan (satu kolam). Jadinya kita dah makan 1 kolam ikan (baru ikan), belum masuk ayam, udang, sotong dan lain-lain segala benda kita makan .. Kalau beras 1 gerabak kereta api agaknya. plus..plus..plus.. segala jenis benda kita makan.. Betoi jugak kan.. (Terkedu sebentar bila fikir dah banyak benda dimakan selama hidup ni).

Ok. tu bab makan. Sekarang ni mai kita kira bab dosa pulak. Dah berapa tahun kita hidup ni? Banyak mana dah dosa kita buat ni? Kalau sehari satu dosa (tapi macam lebih ja) 10 tahun dah lebih kurang 3600 dosa kita.. astagfirullah.. Tu baru kira kalau satu dosa tapi sehari dah berapa banyak dosa kita buat??? Kiralah sendiri. Saya pun tak sempurna dan tak lari dari buat dosa.

Semoga kita semua dalam lindungan Allah swt dan sentiasa dalam redhaNya. Ameen

Kata MO: Dosa Pahala ni urusan Allah tapi kalau kita dah tau benda tu dosa takkan kita nak buat lagi. Dosa kecil boleh hapus dengan wudhuk, dosa besar?? Taubat Nasuha jawabnya. Wallahualam. 

Sumber idea : Ceramah Ustaz Kazim

You Might Also Like

3 komen

  1. Yeap yeap. Dengan kuat makan je dah boleh tambah dosa dah.

    Makan sebelum lapar,berhenti sebelum kenyang.

    1/3 Makanan
    1/3 Air
    1/3 Angin.

    :)

    ReplyDelete
  2. Makan Untuk Hidup atau Hidup Untuk Makan...

    ermm...ermm...ermm...

    makan tuk idop la...kan3...XD

    ReplyDelete
  3. bila pk2 ngeri rasanya...

    mampu ker tak aku nih nak jejak syurga.
    tah bape kilo dosa tahh...

    semoga ramadhan ini byk la aku berubah kepada kebaikan....

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower