LEAVE ME ALONE !!!!!!!!

10:15:00 AM


Leave me alone, Pleaseee!!!! Apa kena ni ? Ada masalah besar ke? Eh, Setiap manusia tak pernah berenggang dengan masalah. Setiap hari ada saja masalah. Opsss, (sambil tutup mulut dengan tangan) bukan masalah tapi gunakan CABARAN ATAU SITUASI. Cabaran atau situasi adalah teman rapat manusia. Dari sekecil-kecil sehingga yang sebesar-besar. Dakwat pen habis ketika jawab soalan exam pun cabaran gak tu.

Takda duit nak bayar yuran pengajian, cabaran jugak. Usaha sampai boleh bayar tapi ingat, matlamat tak menghalalkan cara. Semua benda la.. Senarai la sendiri apakah situasi dan cabaran dalam hidup anda. Cuba selesaikannya ya jangan lari pula. Orang yang lari daripada masalah sebenarnya orang pengecut. Sebab masalah tu tak akan jauh daripada kita semakin kita lari semakin masalah tu mendekat dan mendekat sehingga dekat amat dengan kita. Masa tu nak buat apa lagi??? Terpaksa juga cari jalan penyelesaian kan. So, lebih baik terus mencari penyelesaian daripada lari but at last kena cari jalan penyelesaian jugak. Fikir dulu sebelum bertindak.

Bekas Pengetua Kolej Kediaman saya pernah cakap, “Kalau nak jadi pemimpin, jangan anggap sebagai masalah tetapi situasi ataupun cabaran…" Ermmm.. Hari-hari kita akan berhadapan dengan SITUASI namun situasi bagaimana, jawapan ada pada diri anda sendiri. Tepuk dada tanya Hati.

Apa kaitan SITUASI dengan LEAVE ME ALONE????

Ha, ada kaitan tu….

Sebabnya, selalunya la bila tengok dalam TV, orang yang berhadapan dengan masalah @ situasi akan akan cakap LEAVE ME ALONE!!!!! Siap marah-marah lagi. Apa kes nak dok sorang-sorang dalam keadaan yang kurang waras (yela, bila tengah marah kurang waras la kan.. Semua harta benda nak dilempar, dicampak– bagi sesetengah orang je). Lebih baik berdiam diri. Kalau tengah marah ketika berdiri silakan duduk. Kalau sedang duduk silakan baring, Kalau sedang baring tapi masih marah lagi, apa tunggu lagi tido la. Atau bila tengah marah Senyum. Bila marah tapi senyum, hati akan jadi sejuk. Korang tak percaya?? Sila cuba. 



Jika dihayati lirik lagu ni memang penuh dengan nasihat. Senyuman itu tanda keimanan. Orang beriman kena senyum selalu. Ha, sapa yang tak senyum tu, baik senyum sekarang. Hehe. Senyumlah kita hanya kerana Allah. Itulah senyuman bersedekah. Nak bersedekah tak payah keluar duit pun, dengan seyuman pon dapat pahala. Tapi senyum jangan disalah guna. Tapi kalau dah menyalahgunakan senyuman, lain pulak maksudnya kan. Contohnya, senyuman sinis yang bikin hati bertambah panas bukan bertambah senang macam lirik lagu ni. Hati yang gundah terasa senang. Bila melihat senyum hatikan tenang. Tapi senyumlah seikhlas hati. Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Berbalik kepada frasa Leave Me Alone. Kenapa ye, orang zaman sekarang suka sangat guna frasa ni, tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Korang dah lupa ke kalau nak alone macam mana pun ALLAH sentiasa ada bersama kita. Mustahil kita nak alone dan syaitan juga ada bersama-sama kita masa tu. Malaikat yang ada di kiri dan kanan juga setia bersama kemana-mana.Takde masanya nak alone.

Bila dah duduk sorang-sorang (pada pandangan mata manusia la), mulalah terjadi macam-macam hal. Setakat menangis sampai bengkak mata tak adalah kes besar sangat tapi sampai ada kes nak bunuh diri. Makan racun tikus la, kelar tangan la (sakit lor), terjun bangunan la (kalau belum ajal silap-silap cacat seumur hidup – naya je). Entah macam-macam lagi cubaan membunuh diri. Ni semua adalah pujukan syaitan disebabkan IMAN yang rapuh.


Allah berfirman dalam surah Al-A’ raf ayat 34 :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengudurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkannya.


Mungkin orang-orang yang menggunakan frasa leave me alone tu nak tenangkan fikiran. Tambah-tambah di musim-musim peperiksaan, tak mahu diganggu la konon. Entah lah. Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan berbeza. Semuanya terletak pada diri kita sendiri.

p/s:
Tak payah nak dok sorang-sorang sangat la, kerana hakikatnya manusia tak pernah bersendirian sejak dihantar ke bumi kerana kita sentiasa ada Allah yang menemani.


You Might Also Like

1 komen

  1. why leave alone??.. http://hamdinz.blogspot.com/

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower