Memadam Komplikasi,Membuang Sekulariti.

2:17:00 AM



Ini adalah post yang pertama. Dimulakan dengan Bismillah. Okay. Nampaknya aku first post dengan tujuan tiada siapa membaca. Aku sorang je. Fine fine.

Aku kali ni,sengaja nak form blog baru ni. Dah lama aku fikir dalam dalam. Selalu aku cuma dapat sampaikan kepada kawan kawan aku je,ataupun curah idea semua kat dalam blog kucinganSTUDIO. Kali ni,aku nak buat blog yang betul betul dengan satu matlamat ni. Sebagai satu tempat untuk menghuraikan pelbagai kesan sekulariti dunia terhadap Malaysia sekarang. Kali ni Kucing Serius memang akan serius. Hoh!

Blog ini akan ditempatkan,dan akan dikumpulkan setempat,semua mereka mereka yang menerajui idea yang sama,matlamat yang sama. Di sini bermula pengumpulan generasi pencetus kepada revolusi,di sini bermulanya titik tolak pembuangan pengaruh sekulariti yang tertanam dalam minda masing masing,termasuk diri kami sendiri.

Di sini semuanya bermula.

Entri entri akan mengikut pegangan agama,logik akal,pemahaman zaman sekular kini,dan pendidikan masa kini,dimana hasilnya akan menjurus pembuangan pemahaman tersebut. Ini bukan ajaran sesat,Ayah Pin,Anak Pin,Pintu,atau sewaktu dengannya.

Tiada pegangan politik mana mana pihak. Cuma bersumberkan agama,pegangan ulama,pengalaman dan ilmu,pelbagai perkara akan dikongsi di sini.

Kami ada cara kami tersendiri ;)

Sukacita dimaklumkan blog ni baru ditubuhkan. Sukewnyew tittewwwwww Kucing Serius dah adeww duew blogggg. Masa first entri ni ditaip,masih dalam proses pengumpulan Blogger admin yang perjuangkan ideologi sama. Dan pembentukan blog. Aku dah dapat idea nak buat header ni tapi tak jumpa cara lagi nak buat. Aishhh.

Kalau anda support blog ni,support perjuangan ini,do follow. Pelbagai entri akan diupdate selalu demi menyuarakan pendapat masing masing dalam satu blog.

You Might Also Like

2 komen

Like us on Facebook

Follower