Mengaku Rasul

7:09:00 AM



Okay sebelum dapat aku menerima komen negetif aku ingin beritahu tahu serba sedikit mengenai cerita filem ini. Tajuknya mungkin nampak lain dari yang lain sedikit.

Sinopsis Mengaku Rasul 


Rianti (Jian Batari) pergi setelah bertengkar dengan ayahnya sosal hubungannya dengan Ajie (Albien Fillindo Fabe). reanti kecewa dengan Ajie kerana dia curang dan mempunyai perempuan lain. Dia pergi ke pondok Guru Samir (Ray Sahetapy) untuk mencari ketenangan.


Ajie pergi berjumpa dengan Rianti untuk mengajar Rianti pulang untuk memberitahu kesalahfahaman mereka berdua. Rianti meminta Ajie untuk putuskan hubungan mereka. Ajie terkejut melihat Rianti dan Reihen anak kepada Guru Samir menjadikan mereka berdua semakin rapat.


Di pondok Guru Samir, Ajie mtelah bertemu banyak perkara ganjil. Antaranya dia terdengar adanya penghapusan dosa dan jaminan masuk syurga dengan cara membeli sertifikat. Ajie juga melihat Guru Samir memeluk seseorang gadis di sesebuah gudang yang mereka sebut sebagai rumah tirakat. Ajie curiga Guru Samir penganut aliran sesat.


Guru Samir mempunyai pembimbing bernama Ki Baihaqi. Kenyataannya Guru Samir sering membantah Ki Baihaqi. Termasuklah pembantahan Guru Samir untuk mengawini Rianti. Ajie bertekad untuk mengungkap kepalsuan Guru Samir.


Upayanya ini didukung Reihan. Ternyata Reihan bukan anak kandung Guru Samir. Saat Reihan masih kecil, Guru Samir menikahi Saijah (Vonny Cornelia), ibu kandung Reihan, sekaligus mengubah pesantren peninggalan suaminya jadi padepokan. Konflik memuncak ketika Marni (Fitri Ayu), jemaah padepokan dihamili Guru Samir. Ayah Marni murka dan meminta pertanggungjawaban Guru Samir, tapi Guru Samir membuktikan kesuciannya dengan menantang orang untuk memenggal tangannya, jika tangannya kembali utuh berarti dia suci dan setara rasul yang memiliki mukjizat. Ternyata tangan Guru Samir kembali utuh, banyak jamaah yang percaya termasuk Rianti, sementara Ajie dan Reihan justru tetap beranggapan Guru Samir rasul palsu dan ajarannya sesat.













Nota Kaki :
Filem Mengaku Rasul ini lebih kurang sama dengan cerita Tahajjud Cinta dekat TV3 tu.

Wanz Mejuez :
Ada banyak mesej boleh kita pelajari dalam cerita ni. Ya. Manusia akhir zaman macam kita sekarang ni akan lahirnya ramai rasul-rasul palsu. Jangan kita mudah terpengaruh dengan ajaran yang di beri. Biarpun kita lemah agama sekali pun gunakan akal fikiran untuk berfikir secara logik. Dari sekarang ni kita perlu meningkatkan kefahaman Agama Islam kita semula. Buka semula Buku Agama Islam kita. Rujuk semula apa yang perlu kita pelajari.

Assalammualaikum.


You Might Also Like

4 komen

  1. boleh tetido lau nengok satu-satu ngee~~

    ReplyDelete
  2. mantap...mantap...mantap...

    thanx...:D
    nga doload...haha

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower