Peluru

3:20:00 AM


Gembira kita di persada dunia. Berdiri tegak kita memijak bumi. Megah rasanya. Toleh belakang kita ketawakan mereka. Ketawa dalam sombong. Kerna kita berkuasa.

Bila kita toleh kanan ada musuh disebelah kita. Takut? Ya. Takut. Harus cari jalan untuk musnahkan mereka ni. Tapi bila kita toleh kiri ada pula halangan baru. Macam mana ni? Apa harus kita buat? Fikir secara dalam. Hidupkan manipulasi. Autakan fakta. Hidupkan penipuan hilangkan kebenaran.

Habis macam mana kita nanti tuan? Jangan risau kau ikut saja arahan aku. Aku tuan kamu. Sebab rumah ini aku pegang. Baik tuan!

Mulut menjadi peluru hidup mengalahkan mesin-gun, jari menaip mengalahkan robot, otak berjalan mengalahkan komputer. Aneh. Bila dunia tanpa sepadan menjadi saksi dan fakta menjadi bukit, perakam video dan camera menjadi mata bernyawa tetapi mediamassa menjadi alat untuk sembunyi. Mengapa?

Hidup serba tersimpul. Terbelit dengan tali sendiri. Makin lama makin kusut talinya. Empunya tuan memang bodoh tak reti ikat tali sendiri. Tiba satu saat akan ada satu manusia datang kepada tuan dia dan terus lempang bertubi-tubi pada mukanya. Nak suruh dia tumbuk tak? Sila lah aku benarkan.

Terjatuh menjunam akhirnya. Sekian lama dia berdiri tegak memijak bumi, mungkin satu hari nanti dunia akan melihat realiti ini. Percayalah ini satu konspirasi. Adakah kau nak tengok kita dianjingkan?


Nota Kaki :
Mulut Dunia Manusia VS Mulut Dunia Maya = Siapa Menang?

Wanz Mejuez :
Melihat cerita lakonan dunia setiap hari jam 8 malam.

You Might Also Like

0 komen

Like us on Facebook

Follower