Puasa

4:16:00 PM


Melihat saja suasana kita macam biasa. Almaklumlah aman katakan. Itu aku tidak kisah. Aku suka dengan dunia aku sekarang. Cuma aku terasa terkilan sedikit mengenai bangsa aku yang beragama islam.
Minggu depan dah nak mula berpuasa. Macam mana? Sudah sedia bertahan segalanya? Rasanya boleh. Pertama aku nak bermadah sikit dengan mereka yang bernama perempuan.

Bulan puasa ni aku nak minta tolong dekat korang semua. Please lah jangan lah pergi bazaar ramdhan tu dengan pakaian serba lahnat. Abis berjangkit mata mata mat sasau melihat dan menonton aset korang yang tak seberapa tu. Satu lagi, kalau boleh lah kan yang mana perempuan yang couple tu jarang-jarangkan lah korang berdating. Weh meluat weh! Jijik kalau tengok korang buat maksiat masa puasa ni. Tambah plak kau dah buat dosa pastu sedekah dosa korang dekat kami pasal pa???

Mungkin aku patut bertahan saja. Yang mana beringat tu ingat ingat lah yea.

Bagi lelaki plak. (Segelintir Sahaja) Yang merokok tu. Sudah sudah lah hisap. Baik ang sedekah duit rokok tu masuk tabung masjid. Dapat pahala. Kan minggu depan puasa? Cuba cuba lah belajar berhenti merokok. Bukan apa aku cuma kesian dekat hangpa semua. Tambahan  pula yang tegar merokok ni  (Segelintir Sahaja) , korang rajin ponteng puasa. Sedih weh kalau anak anak hangpa tengok hangpa tak puasa. Apa nak jawab? Datang bulan? Uzur?

Kalau korang nak ponteng puasa ka apa ka nak buat maksiat ka tunjuk aset badan korang yang tak cantik tu ka, itu korang punya pasal. Sebab rekod dosa pahala masing masing. Mati lain kubur.

Kepada makcik makcik kepohci yang suka mencarot lah melatah lah bergossip lah cuba cuba diam sikit mulut tu. Bising tahu? Bulan puasa ni patut tambahkan amalan. Tambahkan pahala. Bukan sedekah fitnah ka gossip ka carot ka dalam bulan puasa ni. Rasa nya macam biasakan? Lumrah kita semua memang macam ni. Hipokrit.

Kepada blogger, ya aku tahu blogger ramai yang hati beremosi. Suka suki taip entri panjang lebar semata mata lepas geram dekat orang lain. Maki? Itu macam biasa lah. Hari hari aku tengok blogger suka maki sana maki sini. Weh sudah lah penat jari kau je menaip. Tambah kau buat kerja yang membazirkan masa je. Cuba duk diam diam. Tulis lah apa yang menyenangkan keadaan. Ada faham? Bulan puasa ni cuba kita puji memuji orang lain. Tak payah maki sana maki sini. Jijik lah tengok kebodohan diri sendiri bila buat perkara macam tu.

Kepada blogger politik. Blogger politik ni paling paling paling banyak suka buat fitnah sana sini. Menipu sana sini. Manipulasi sana sini. Cerita sana sini. Yang susah untuk berhenti seketika. Argh! Mata aku dah rasa terkehel bila baca dan menonton drama korang tahu? Untuk bulan puasa ni cuba cuba lah korang banyak banyak sembahyang. Tenangkan fikiran. Bertakafur ka apa ka untuk lupakan hal dunia. Esok lusa kau mati jugak. Pangkat kau boleh sambung masuk kubur ke? Duit kau boleh lindungi kau dari api neraka ke? Mustahil boleh.

Lupakan saja hal dunia. Ingat diri kita ni siapa. Agama apa kita. Untuk apa kita hidup. Betul ke apa yang kita buat ni?


So kepada hangpa semua yang mana seksi seksa tu hentikan menyeksa mata aku dalam bulan puasa ni. Kepada perokok plak simpan saja untuk stok dalam kubur nanti. Mana tahu kot kot menangis tak jumpa rokok kan susah? Betul tak? Kepada makcik mulut puaka tu silalah jait mulut diri sendiri tau sebelum saya jait mulut makcik. Kepada blogger plak sila pecahkan broadband masing masing.


Nota Kaki :
Macam macam akan terjadi dalam puasa ni.......

Wanz Mejuez :
Bulan puasa ni nak cukupkan 30 hari tarawikh. Insyallah.

You Might Also Like

5 komen

  1. me too!
    i try my best to complete terawih.
    wajib la tak cukup 30 pasal aku pompuan.
    tapi mana sempat aku ingt nak buat.

    dah lama aku tinggal terawih.
    terok nak mampp!

    tahun nih posa wajib tak dating dah single. HAHA

    tang pakaian jaa. cuba sebaik mungkin...

    mintak2 lepas posaa all still ok.. ;)

    ReplyDelete
  2. tapi selalunya org hnya brhnti time bulan puasa je..habis bulan ramadhan masuk syawal buat balik..
    sepatutnya..kite kena kekalkan...hormat tu mmg la bagus..tapi kan bagus bnde yg baek tu kite kekalkan...*nasihat untuk diri sendiri dan org len.."

    ReplyDelete
  3. haha aisha, aku ucapkan tahniah akan kesingle-an kau. (takziah ke tahniah? lantaklah)

    yeah, harap2 puasa tahun ni kita adalah something AMAL yang kita boleh tersnyum mengingatnya..:)

    ReplyDelete
  4. Aku nak berhenti rokok tak dapat lagi. woooh, dah bertahun, bila buka puasa, tibai rokok dengan air dulu kalau kat tempat blaja.

    err...dekat rumah, makan cket je, cakap dah kenyang sebab nak keluar ruma isap rokok. Dah kronik kan aku?

    ReplyDelete
  5. haha...ayat kpd blogger tu btul..Kepada blogger plak sila pecahkan broadband masing masing.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower