Rantai Hidup.

11:20:00 AM

Rantaian hidup itu bermula dengan rantai yang kita bersama. Adakah rantaian Syaiton Nirrojim yang memeluk kau? Atau kau yang memilih untuk melepaskan diri? Sekecil kecil tindak tanduk kita,sememangnya akan bawa kepada perkara yang besar. Dan apakah sekecil kecil perkara itu?

Sama ada kau memilih landas Syariah untuk melaksanakannya,atau kau memilih dasar sekular yang di sangka betul dari mata kasar. Aku ulang,di SANGKA betul.



Rantaian dalam hidup ini memang tidak akan putus. Sama ada kau yang putuskan,atau membiarkan diri kau ditarik bagai lembu berasaskan ketua bernama Nafsu. Akal itu Allah sudah memberi,dikurniakan untuk kita berfikir. Hati itu dikurniakan untuk dipelihara dan merasai jiwa.

Tidak kira,tinggi manakah darjat Pahala sudah kau perolehi hasil amalan kau,apabila sekecil kecil tindak tanduk,kau memilih untuk tidak mengikut akal,hanya mengikut hati yang merasai jiwa dan perasaan itu,dan hanya mengikut dasar Syaiton,kau akan lihat nanti apa kesannya.

Sekecil kecil perasaan Sekali ni je

"Jack Daniels ni. Bila lagi boleh dapat? Aku nak try. Sekali ni je nak mabuk."

"Baiklah sayang. Sekali ni je Tudung bagi kat Jantan. Lepas ni jangan buat lagi tau. Tudung saaaayang sangat sangat kat Jantan."

"Argh. Kau jangan nak masuk campur. Selama ni aku turut je arahan mak bapak aku. Sekali ni je aku tentang habis habisan. Biar dorang tahu sikit."

Perasaan itu memang akan muncul dalam diri kita ni sebagai manusia. Perasaan "Sekali ni je". Pada masa yang sama,kekuatan Iman dan akal yang memerangi perasaan itu. Kau merasakan memang yang kau akan melakukannya sekali.

Tetapi kau lupa.

Kau merelakan hasutan Syaiton Nirrojim menguasai kau walaupun,"Sekali ni je". Tempat di hati bukannya disinggah oleh Syaiton Nirrojim,tetapi sebenarnya, di Reserved oleh mereka.

"Aku tak boleh. Hari tu aku minum memang rasa best gila. Aku perlukan lagi weh. Hilang tension aku."

"Sayang. Sejak hari tu kan,Tudung rasa lain sangat. Tudung rasa lagi sayang kat Jantan. Ehm. Kalau boleh,demi Cinta kita?"

"Dorang still berani nak marah aku lagi? Aku sound la dorang. Peduli apa aku. Come on beb. Aku lagi pandai dari dorang. Zaman dah berubah. Aku taknak asyik mengikut telunjuk."

Nampak tak dari situasi? Si Tudung yang terpelihara terus tersesat,anak yang menurut terus menjadi derhaka,dan si Polan terus ketagih kepada arak. Gara gara,"Sekali ni je".

Maaf. Tetapi itu adalah realiti yang perit apabila diketahui. Aku sedih kerana aku sendiri yang mengetahui dari pengakuan para kenalan sekular yang mengalami situasi begini.




Apakah akal kita tidak mampu melawan,mengesan apakah yang Syaiton Nirrojim telah lakukan kepada kita? Perlukah kau mengikut kepada hasutan Syaiton Nirrojim yang sememangnya ditugaskan untuk menyesatkan?

Perlukah kau beri peluang untuk Syaiton Nirrojim,mengambil tempat dalam sekecil kecil tindak tanduk kau? Walaupun, "Sekali ni je?"

Kerana itu dari awal kita berpegang kepada Syariah,dan bukan mengabaikan walau sekali. Ingat,budaya Sekularisme,budaya mengabaikan agama itu adalah medium Syaiton Nirrojim untuk menyesatkan.

"Adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya?"
(Surah Al-Baqarah,ayat 85)

Fikir fikirkan kesannya jikalau kita mengabaikan agama dalam kehidupan.

You Might Also Like

8 komen

  1. sekali ni je,kemudian ala sekali lg la, then xpe2 kali ni last, pastu da xade penghujung. bila da jatuh, da xada sape2 dlm hidup baru tersedar tapi da terlambat sebab budaya hidup da berubah. tempat mengadu da jadi tempat tak betul.

    ReplyDelete
  2. thnx kerane memperingati..
    n selamat menyambut ramadhan al mubarak..

    ReplyDelete
  3. sekali ni je laa yang bahaya!

    sebab sekali, kita dah tak reti nak bekapp diri next time.

    for ex, sekali jaa nak kapel.
    then bila clash, sebab sekali nih jelaa, buat kita rasa kapel tu best!

    so baik la jgn...

    ReplyDelete
  4. sekali membawa kepada dua dan kemudiannya tiga dan akhirnya kepada infinity

    ReplyDelete
  5. Yeap.

    Tambahan lagi bila dah asyik bergelumang melayan perasaan "Sekali ni je" dan "Sekali je lagi",kita dah kira habis dah melekat dengan Syaiton. Kira,dah jadi dalam diri dah.

    Diri sendiri akan terbiasa dengan mengikut kehendak Syaiton Nirrojim ni bila diteruskan.

    Pasal tu lah nanti;
    1)Bulan puasa pun ada orang buat maksiat.

    Memang Syaiton dah tak ada masa Ramadhan. Tapi Syaiton dah letakkan tempat dia dalam hati tu.

    So,dalam bulan puasa pun,diri kita sendiri yang buat maksiat sendiri tanpa Syaiton menyibuk.

    2)Susah diri nak tinggalkan kejahatan.

    Pasal Syaiton tu dah mula bertapak dari awal. Kita pulak mengizinkan dengan "Sekali ni je"



    Bila difikir balik,kita kena ingat selalu. Avoid tunduk kepada Syaitan ni dari awal.

    ReplyDelete
  6. waaaaaa...(@o@)

    best la n3 ni...btol la...perasan tu mmg ad...selalu plak tu...hieshh..bhya ni...

    ReplyDelete
  7. maksiat itu seperti dadah. Ianya memang direka untuk kepuasan nafsu.

    *sekali try rokok, bertahun menyesal tak dapat berhenti. haish..

    ReplyDelete
  8. adooii..bnyak sekali je dlm idop aku neyh..kena buang...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower