Romantisme

4:15:00 PM


Romantis



Aku baru selesai menonton movie melayu yang ada di dalam laptop kesayangan aku ni. Ok, seperti biasa, isu cerita - cerita melayu ini lebih kurang sahaja semuanya. Cinta musnah, cinta palsu, cinta tak kesampaian, cinta terhalang, cinta lari (kahwin lari), cintailah sungai kita dan macam - macam lagi berkenaan cinta. Cinta itu sangat - sangat sinonim dengan orang kita agaknya.




Kalau ditanya gadis - gadis seluruh Malaysia, pastinya romantis itu sangat - sangat diharap di dalam percintaan. Lihat sahaja kalau keluar ke bandar, berpegangan tangan seperti BUDAYA yang tak dapat dipisahkan dengan pasangan - pasangan yang sedang syok dok bercinta. Fuh, kemain lentok si awek bila duduk bersebelahan dengan pakwe masing - masing. Kepala di bahu si jejaka. Itu kejadian di tempat terbuka, belum lagi kita merantau ke tempat terasing sedikit. Memang tangan lelaki memainkan peranan sepenuhnya. Habis hutan semua diteroka. Hutan hitam si ari - ari.

Kalau dikira peratus pasangan remaja sekarang yang sedang bercinta yang tidak pernah bersentuhan kulitnya agak - agaknya berapa? 5 peratus? 90 peratus? Tipu. Aku rasa mungkin dalam 0.5 peratus sahaja. Yang lain pasti pernah mengalami perasaan bersentuh dengan kulit babi. Aku juga tidak terkecuali.


Kenapa semua itu berlaku?


Kerana kita mengejar ROMANTIS di dalam percintaan! Kita cuba menonjolkan kasih sayang kita kepada pasangan kekasih kita tetapi di dalam cara yang salah. Hati kita ada dua bahagian, putih dan hitam. Yang hitam dikawal nafsu semata manakala yang putih dibataskan oleh agama. Fikiran juga begitu. Ada fikir yang kotor, ada fikir yang bersih.

Pro dan Kontra. Itu asasnya.

Kita biasanya lupa akan batas yang ada dalam mengejar kebahagiaan percintaan. Aku tidak salahkan kamu seratus peratus kerana aku tahu, kita sejak kecil lagi telah dipertontonkan oleh drama - drama, wayang - wayang cinta tidak kiralah cerita orang kita ataupun cerita luar negara. Cerita drama melayu lama tentang cinta, berpelukan di tepi pantai, mengusap pipi si wanita, mengucap cinta sambil membelai rambut si gadis. Kita melihat ia sebagai ROMANTIS dan kita menirunya. Biasalah, nafsu ni kalau tak ada yang mengajar, dia duduk diam sahaja. Tapi bila dah diajar olah mana - mana pancaindera, yang tu yang berat tu.


" Apa salah gua bro? Gua nak bunga - bunga dengan awek gua pun tak kan tak boleh? Gua nak gak rasa romantis dalam bercinta bro. Tak kan lu je dapat, gua tak. "

Seorang lelaki memarahiku secara rekaan aku sendiri.

Aku tidak kisah kau ingin romantis - romantis bunga - bunga berjiwang bagai di taman bunga bersiputan berpegangan tangan dengan awek atau balak korang, tetapi aku ingin tanya kau orang semua,



" Bila bercinta, semuanya jadi bebas agama ke? "


promote blog aku. lantaklah nak cakap apa. HAHA



Kita biasanya menjadi seorang yang SEKULAR dalam bercinta. Kita biasanya lupa halal haram kerana kita mengasingkan antara AGAMA dan ROMANTIS dalam bercinta. Bila kekasih ada di sebelah, seolah - olah dunia kita yang punya. Segalanya boleh kita lakukan. Seperti ada lesen dari Tuhan.


Sekarang, lupakan segala romantis seperti dalam drama. AKu ulang sekali lagi, LUPAKAN. Itu semua ajaran syaitan yang diutus untuk menyesatkan.


Aku tahu hendak mengubah sesuatu yang telah menjadi budaya itu susah tetapi sampai bila perubahan itu akan muncul kalau tiada sesiapa yang memulakannya ye dak?

Kita cuba berfikir lebih kreatif dalam bercinta. Korang rasa kalau bercinta mengikut batas agama tu tak COOL ke? Korang silap. Percintaan sejati itu jauh, tapi sikap PERCAYA antara satu sama lain itulah yang amat romantis bagi aku. Mereka berkasih selepas mengikat talian perkahwinan dengan nikah yang sah dipersetujui. Berkat ibu bapa masing - masing menguatkan lagi tali kasih sayang yang terjalin.

Ingat, BERCINTA SELEPAS KAHWIN ITU LEBIH SERONOK.


" Habis tu, macam mana kalau kita sukakan seseorang itu semasa waktu belajar? Ketika kita muda - muda ni tak kan nak terus kahwin bro! "


Ok, kalau macam tu, aku sarankan kau orang boleh bercinta, tetapi dalam JAUH. Bukan jauh pada jarak, tetapi dari segi fikiran kotor percintaan. Tidak perlu terbayang - bayang, ucapan cinta, berpegangan tangan, cium -cium bagai dan berpelukan sehingga terlanjur. Cuma satu janji seperti :

" Aku suka kau. Lagi 3 tahun aku habis belajar, aku kerja 2 tahun, aku kumpul duit. Selepas itu, aku datang cari kau untuk meminang kau. Kau sanggup atau tidak? "


Ada orang kata cara ini GILA. Tetapi cuba baca entry ini -----> TEKAN SINI

Mungkin boleh selesaikan kekusutan kau. Siapa tahu bukan?


You Might Also Like

6 komen

  1. nice one bro..

    ReplyDelete
  2. cara yang bawah sekali itu memang style..

    ReplyDelete
  3. masing - masing punya pendapat kadang berlainan. terpulanglah. HEHE..:P

    ReplyDelete
  4. memang giler style la gaya yang last sekali..

    ReplyDelete
  5. "jika benar kau jodohku,aku tunggu"
    hee..
    nice..gwa suke ! :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower