SEKULARUSI

8:36:00 PM




Sekularisme

sesuatu entiti atau kerajaan yang dipisahkan dengan agama.


Abaikan cerita - cerita besar tentang negara dan kerajaan sekular yang wujud di dunia. Aku tidak mampu mengubahnya kerana tiada kuasa dan lisan ku dibeku atas kelemahan iman aku sendiri. Yang aku mampu hanya menggunakan hati untuk membenci pengasingan sesuatu dengan agama kerana pada aku, agama itu suci dan seharusnya setiap pergerakan, kelakuan, pertuturan, pernafasan kita ini dilakukan di atas nama Tuhan yang Esa.

" Sekularisme perlu untuk mencapai kemajuan. "

Itu kata orientalis yang taksub akan kemajuan duniawi yang akhirnya hanya menumpu kepada sifat pentingkan diri sendiri.

Cuba kita lihat relevannya dari sudut kita dan sudut kau, pembaca yang mempunyai agama. Apa mampu kemajuan itu dicapai dengan hanya bergantung pada kerahan fikiran manusia yang terang sudah bersifat lemah dan tipis? Aku tidak rasa begitu. Akal itu tercipta agar kita berfikir tetapi jika tiada bimbingan, apa mampu kita memulakan sesuatu yang tidak pernah kita kenal? Katakan sebelum ini tiada sesiapa mengenalkan kepada kamu yang putih itu sebagai PUTIH dan yang hitam itu sebagai HITAM, apa kamu boleh mengenal warna itu?

Kita tarik kepada contoh yang lebih mudah. Kau lahir - lahir, kau diajar dan dididik dengan menggunakan bahasa melayu dan Maria Ozawa dikenalkan dengan bahasa 'English' oleh mak bapaknya.
Diletakkan sebuah kerusi dihadapan mereka.
kerusi bukan meja



" Itu Kerusi! " si melayu mengatakannya.

"No, this is a Chair! " Maria menidakkannya.




Masing - masing tidak faham walhal menyebut benda yang sama. Kerana apa? Kerana perkataan yang dituturkan oleh si pihak yang satu lagi tidak pernah kita kenal!

Ok, anggap masih tiada bimbingan dan kita cuba berfikir akan maksud yang Maria katakan.

Kerusi = no/this/this is/chair/a chair

Owh, banyaknya pilihan jawapan dan jika terus tiada bimbingan dari orang yang mengetahui kedua - dua bahasa, kita akhirnya menggunakan cara 'try and error' untuk memahami istilah KERUSI di dalam bahasa inggeris. Hasilnya? Kemungkinan besar kita salah kerana namanya pun TRY and ERROR. Not TRY and YOU ARE RIGHT. Tak lawak, aku tahu. Jangan bahan aku.

Jangan bahan aku. HAHA


Hasilnya?


Setiap benda yang berlaku itu suatu pelajaran bagi kita. Dalam pembelajaran, kita perlukan bimbingan. Kalau kita nak belajar dari buku semata pun tak boleh! Kena ada guru yang lebih arif yang dapat menjelaskan dengan siap hujah, dalil dan fakta yang dipetik dari sumber - sumber dipercayai. Tak boleh kau main redah je taksub pada buku itu dan ini. Memang sesatlah kau jawabnya.

Apabila kita lihat pada benda - benda dalam kehidupan kita sekarang dari sekecil - kecil benda sehingga ke sebesar - besar benda atau lebih tepat dipanggil ISU, bimbingan yang terbaik pastilah berakar dari AGAMA. Al - Quran dan As-Sunnah perlu menjadi pegangan walau apa sekalipun. Ianya mudah kerana segalanya telah dijelaskan lengkap dalam Islam. Just follow the flow. It is not just a religion but as a way of life.






Nak asingkan sesuatu dari AGAMA? Think again.





You Might Also Like

10 komen

  1. entry ni memang bagus..olahan yang baik.. :-)

    setiap hari kita belajar kerana pembelajaran dan pengajaran bukan hanya berlaku bila ada pen dan kertas..

    ReplyDelete
  2. Sebesar-besar hujah ialah AL-QURAN ^^

    ReplyDelete
  3. kucing letak nama penulis belah atas.. baru aku nampak siapa yang tulis.. :D

    ReplyDelete
  4. trimas. tapi aku dapat rasa macam ada yang tak kena. boleh difahami ke ni? huhu

    ReplyDelete
  5. nak paling simple, cuba tengok sekularism dari segi ekonomi. menutup aurat membataskan pemvariasian industri pakaian. pengharaman riba menyusahkan kapitalis mengaut untung. lagi elok harga barang diselaras ikut permintaan setempat. beribadat waktu siang mengurangkan produktiviti kerja. ini terjadi kat turki dan india. dengar dengan telinga sendiri benda ini. tak tau sejauh mana betul benda ini. masa british jajah tanah melayu, perasan tak raja semua dilayan dengan baik. sebab apa? sebab raja boleh control rakyat dari segi ketuanan dan AGAMA. so british just buat perundangan dan selaraskan cukai. ada unsur sekular jugak.

    ReplyDelete
  6. mengawal dan dikawal. dimana kita? :)

    ReplyDelete
  7. from my mind la...org inggeris pernah cube mnukarkan maksud sekular didalam bahasa arab...tapi x tawula berjaya ke x..

    maksud sebenar sekular ialah "al-ladiniyyah" iaitu tiada agama. tetapi..org inggeris cube menukarkan "illmiyyah" yg bermaksud ilmu sebab sekular ni satu pemahaman ataupun sebagai ilmu yang boleh diajar dan diamalkan ke stiap pelusuk dunia..

    tapi kan..sebenarnya org islam sekarang ramai yg menafikan pemahaman ni tapi x sedar yg dyeorg sebenarnya dah pon mengikut pemahaman sekular ni dalam kehidupan dyeorg..x kesah la dr segi ape pon..

    ReplyDelete
  8. Kita seperti sudah terkawal dengan momokan seperti demokrasi, keadilan, gaya hidup, dan macam - macam lagi.

    Nak tak nak, kena renungkan dan cuba belajar dengan lebih mendalam di mana silapnya. Kita pun manusia lemah bukan...:)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower