Simple secularization .

5:16:00 AM

Sekulariti. Benda macam ni dah terlampau mengaburi mata manusia sekarang ni. Serius aku tak tipu. Nampak muka aku menipu ke? Haa. Tak kira kau cakap dekat celah pelusuk dunia,di mana pun. Memang. Perkara macam ni tetap berlaku. Dengan kuatnya mempengaruhi minda manusia,tak kira kat mana pun.

Kenapa aku ambil berat pasal benda ni,sejak ustaz aku cakap dulu. Sekarang,memang ada satu jenis pemahaman di dunia ni. Dan semua pemahaman tu,leads to sekulariti. Which is,bila tengok tengok balik,orang Barat guna cover dengan ideologi dorang.

Pemahaman zaman moden kononnya. Kononnya.



Pemahaman zaman moden,kalau nak diikutkan,adalah sangat lain. Bukannya buat jahat tu bermaksud moden. Tidak. Bukannya hilang dara macam Adinda Evans bermaksud moden. Tidak. Sungguh tidak. Bukannya menegakkan hak orang Gay tu moden kononnya,tidak.

Sangat tak logik kalau difikirkan balik kononnya menegakkan kebebasan bersuara. Menegakkan Freewill masing masing. Adakah apabila hak menutup aurat,hak nak mengamalkan syiar Islam tu,semua itu diabaikan dan ditentang habis habisan oleh Barat,itu semua kebebasan bersuara?

Mengapakah orang Gay dan Lesbian diangkat angkat,dibangga banggakan kerana kata dorang tu ada hak untuk melayan nafsu sendiri,dikatakan Freewill? Mengapakah bila orang bertudung nak cari kerja tu ditindas,tapi pihak yang menindas tu,sibuk sangat nak menegakkan Freewill?

Kebebasan suara,dan freewill memang perlu,tapi ada limit dia. Kalau diorang diorang lah. Tapi kita ni. Muslim. Ada pendirian masing masing.

Sangat tak logik kan? Betul tak? Okay fine. Cakap pasal local problem lah.


Tomeeeiinyeeeewwwwwww


Sekarang tengok lagi yang freehair lah contoh. Ini satu contoh sekulariti paling kuat. Ada seorang yang freehair,kata dia lagi baik,lagi jaga solat,lagi itu ini. Mulut tidak henti henti kata dakwah macam macam,syukur,etc etc. Contoh lah,macam retis retis Malaysia tu tengok kat Melodi. Pakai terkeluaq barang seksi seksi semua,tetapi,mulut kata syukur,siap baca doa dengan pakaian macam tu.

Dorang tak tahu ke,yang even kalau freehair buat baik macam mana,dia tetap ada satu lubang untuk pahala semua keluar? Jadi macam gayung berlubang. Cebok air banyak mana,but,air tetap keluar ikut lubang tu.

Sungguh. Aku tak marah mereka yang sedang freehair sekarang. Bukannya apa,but,nampak obvious kan,bagi kita sekarang ni sebenarnya tu normal? Asalkan tak buat jahat. Kalau begitu pemahaman anda,sekulariti ada dalam minda.

Nampak tak macam mana orang Barat conquer? Bukan dengan cara fizikal,dengan cara apa. Tapi cuma letak imej dan pendirian. Kita ni terima je lah pengaruh dari dorang without pikiaq apa.

Benda benda macam ni akan dihighlightkan lagi dalam entri akan datang. Pasal banyak story macam ni akan disentuh. Godak balik apa yang kabur mata kita sekarang ni. Aku mengaku,aku manusia,dan sekulariti yang dididik media kepada aku masih ada jugak dalam aku. Tapi aku nampak apa yang dia bagi effect kat aku,dan manusia.

Generasi kita ni generasi pencetus revolusi. Aku percaya kita yang mampu mengubah semua ni.

With that,do check out my old posts regarding sekulariti dalam blog aku.
Ketayap,tudung,freehair,seksi.
Logik Sebenar Cinta dan Kaitan Dengan Jodoh Dalam Islam.
Simbol Dan Kepala Manusia.
Couple Islamik,Sangat Tak Logik. Again,Another Disguised Trap

Stay followed for more updates ;)

You Might Also Like

0 komen

Like us on Facebook

Follower