takdir dan ketentuan

2:25:00 AM

rukun iman. salah satunya percaya Qada' dan Qadar. Qadar tu ketentuan, Qada' pula perlaksaannya. tapi susah lah pulak nak explain secara berasingan. jadi as a whole: Takdir. aku bet boleh kata semua muslim percaya pada takdir. tapi keimanan dan kepercayaan terhadap takdir bukan simply percaya yang semua dalam dunia ni dan ditentukan Allah, lebih dari itu.

banyak hal lah pasal takdir ni, yang tak percaya satu hal. yang percaya, tapi berlaku misconception satu hal lagi.

"aku bodoh, kenapa aku tak boleh-boleh buat! aku tak cukup bagus!"
"dah takdir aku, aku belajar agama dahsyat mana pun jadi perompak jugak"
"buat apa usaha. usaha tercabut telinga pun kena makan siput jugak"
ok takde idea lah pulak nak terangkan cerita panjang-panjang. jadi, straight to the point je lah ye. bagus. takdir ni terbahagi kepada dua, iaitu:

mubram(tetap)
seperti namanya, tetap. apa pun korang buat, memang tak boleh buat apa-apa untuk mengubahnya. buat lah apa pun, potong tangan ke, doa ke, mencarut ke, sikit pun tak berubah. contohnya lahir, mati, dan perkara-perkata diantara keduanya yang Allah sahaja tahu. boleh jadi kecederaan, boleh jadi kecacatan, boleh jadi macam-macam lagi yang bagi kita agak rawak. tapi semestinya semua tu ada signifikannya dalam hidup kita, mungkin kita sahaja tak sedar.

muallaq(boleh diubah)
takdir yang boleh diubah dengan berdoa dan berusaha. naisss bila tahu ada takdir boleh berubah kan haha. ehh excited pulak. antaranya yang mudah faham, kesihatan, emosi, iman, dan banyak lagi lah. nak mention semua seluruh net ni pun tak cukup ruang kan. tapi tak lupa cara kematian. ni serius penting nak mention. sebab sesetengah orang, termasuk kawan aku yang suka merempit selalu guna takdir sebagai alasan. "alah macam mana pun mati jugak, dah ajal." haa ajal memang lah tetap, tapi cara kematian?? kalau time ajal tu datang kita tengah merempit memang mendapat lah mati accident. kalau ajal tu datang masa kita tengah solat, tak ke lagi indah dan extra NAISSSSSS?

ok untuk memudahkan korang faham, aku buat satu gambaran yang aku tau tak cantik. tapi aku rasa memudahkan pemahaman korang lah. ini dia

guide:
tengah = starting point, permulaan hidup
line hitam(coklat gelap) = takdir yang boleh berubah: muallaq. setiap pilihan kita.
line merah = takdir tetap: mubram. apa pun pilihan kita buat, kita tetap kena laluinya. cara je berbeza.


takdir memang ada, tapi itu bukan alasan untuk kita tak berusaha memperbaiki diri, jadi lebih baik. dan takdir semestinya bukan alasan untuk kita melakukan maksiat dan kejahatan walau macam mana pun kita rasa addicted nak buat benda tu. di mana ada keinginan, disitu ada jalan. dimana ada keyakinan, disitu ada tuhan. dua soalan sebagai penutup. bukan lah soalan sangat sebenarnya hahaha, but here goes. kalau semua baik buruk kelakuan kita tu tetap, wajar ke kita dihukum dengan neraka dan dihadiahkan dengan syurga? kalau semua dalam hidup tu tetap, buat apa kita diberi akal?

You Might Also Like

0 komen

Like us on Facebook

Follower