Tiba-Tiba

3:19:00 AM



Selam aku di lautan luas meninggalkan daratan. Selama berminggu-minggu, bertahun-tahun aku di lautan mencari permata mutiara. Ini cara aku mencari keindahan dunia tanpa ada rahsia terselindung. Mungkin, Rasanya aku rindukan daratan. Argh!

Sudah selesai tugas ini aku balik ke darat. 

Aku tiba di darat. Aneh! Kenapa dengan wajah mereka. Aku tergamam melihat paper. Aku terpegun menonton kotak hitam televison. Aku menjadi tak keruan. Persoalan dapat di kepala bertubi-tubi seolah-olah dimasuki email spam yang banyak. Ohh Tidak! Ini satu seksaan untuk aku menepis segala perosak maklumat.

Apakah ini semua terjadi dengan tiba-tiba.
Tiba-tiba bersih
Tiba-tiba kematian
Tiba-tiba kapal selam
Tiba-tiba altantuya
Tiba-tiba berlian 24juta
Tiba-tiba teoh beng hock
Tiba-tiba rasuah
Tiba-tiba polis
Tiba-tiba biometrik
Meloyakan. Jijik. Mengapa aku kata macam ni? 
Lu ada akal lu fikir. Aku tak ikutkan dua belah pihak kiri dan kanan. Aku cuma ikut kata hati. Sebab aku fikir ini resepi drama dunia auta menjadikan fakta. Aku lebih rela hidup di pelusuk dunia yang tak dikawal oleh sekular yang berat sebelah. Bukan menjadikan aku berjiwa tapi menjadikan aku sengsara melihat dunia.

Ia menyakitkan hati, mata, jiwa, dan iman. Ini satu seksaan yang paling sengsara tanpa kita sedar.

Aku rindukan dunia sebelah sana.
Indahnya bila aku putarkan waktu. Akan aku kembali jumpa nenek moyang aku. Belajar ilmu akhirat sebaik mungkin. Ini satu peluang aku untuk ubah dunia aku yang serba kaku dan ngilu. 

Tiba-tiba aku teringat tuan rumah kita.

Bodoh! 
Nampaknya permainan kau akan terlerai satu persatu. Jangan lawan takdir kau. Akan tiba satu saat Tuhan buka bukti kesalahan kau secara terang menerang di mata dunia. Tak takutkah kau? Nak lawan takdir? Silakan...


Nota kaki :
Persoalan menjadi banyak takkala anti-persoalan juga menjadi banyak. 
Secara ringkas adalah : media vs media + betul vs salah = Dunia Kita

Wanz Mejuez :
Meramaikan lagi remaja intelektual. Ini dunia tanpa sepadan. Kami remaja masa kini bukan remaja dulu kala. Bukan macam hangpa lah bai... Dunia kami hanya di hujung jari. Takda apa yang mustahil. 

Nak berahsia? Maaf disini bukan dunia berahsia macam dulu kala.. Harap maklum.

You Might Also Like

2 komen

  1. Terang-terang semua kes yang kau sebutkan ialah kes2 yang dipolitikkan oleh pembangkang. maknanya kau telah memandang dari sudut kiri saja.

    ReplyDelete
  2. Mungkin sudut kanannya ada almari di hadapan untuk memandang. Tak apa, aku cuba alihkan. HAHA :P

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower