Wacana dunia pembohong .

7:56:00 PM

Ibn Qayyim al-Jauzi pernah berkata, "Tanda seorang mengalami sakit jiwa ialah apabila dia lebih mempercayai kata orang lain mengenai dirinya daripada suara hatinya".

Maksudnya ialah seperti orang memuji kebaikan dirinya dan dia merasa bangga dengan pujian itu sedangkan dia hanya berpura-pura baik. Inilah kanser yang sudah merebak dalam masyarakat kita. Bahasa lain nya adalah wayang dan plastik. Sebagai contoh mudah, orang memuji "Wahh, baik betul kan adik beradik tu, mesra betul". Dan apabila pujian tu sampai kepada adik beradik tu mereka berasa gembira dengan pujian tu sedangkan dalam masa yang sama mereka selalu bertelagah sesama sendiri. Ohh, saket jiwa sungguh !

Hal ni dah pun banyak terjadi, dan tak salah jika aku katakan dunia hari ini penuh dengan pembohongan. Cakap itu bohong, cakap ini bohong. Dan pembohongan ini akan berterusan macam tiada kesudahan. Orang bijak pandai berkata "Seorang pembohong akan terus berbohong untuk menutup pembohongan nya sebelum ini". Sekali anda berbohong, terasa nak lagi sebab jalan kejahatan itu sentiasa indah bukan? Dan berbohong itu adalah tanda-tanda Munafiq.



Ibnu Mas’ud meriwayatkan , Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Kejahatan membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang selalu bercakap bohong sehingga ditulis disisi Allah sebagai org yg sgt pembohong.” (Hr Bukhari dan Muslim)

Na'uzubillah.. Sama-sama kita hindarkan.

You Might Also Like

0 komen

Like us on Facebook

Follower