Berhijab Itu Lebih Cantik

4:57:00 AM


Indah bila aku melihat wajah bersinar menghiasi awan, melihati warna warni menghiasi pandangan aku. Bila melihat wajah Sang Hijab buatkan aku tersenyum melihatnya. Cantik ciptaan-Nya berwajahkan Sang Muslim yang menutupi auratnya. Cukup indah bila ditutupi liku liku aurat. Cukup sekadar muka dan tangan saja kelihatan.

Kenapa ada di antara manusia bernama Hawa inginkan fesyen yang tak cukup kain? Sedangkan berhijab ini menutupi segalanya, nampak keayuannya di situ. Jangan ingat hanya sekadar tunjuk muka saja kita tidak nampak kecantikkannya? Dunia Sang Hawa adalah Ratu di Dunia, jadi haruslah menjaga aurat kita dan maruah kita.

Bila ada saja mata memandang, ada pula mata memerli keindahan kita. Untuk apa kedengkian itu? Apa salahnya sama sama kita tegakkan kembali kewajiban berhijab untuk Sang Hawa Semalaya. Melihat diri kita penuh dengan serba kekurangan. Menjadi tanda tanya adakah kita ini belum lagi terima serunya? Jangan jadikan diri ini palat memikirkan bila serunya akan tiba. Jangan sampai malaikat maut ketuk roh kamu baru kamu sedar? Bila seutas rambut terkeluar dan terdedah pada umum, jika Sang Adam bukan muhrim terlihat maka terima dosanya.


Sumber Dari Photographer : Syed Al-jamalullail

Bukan aku memerli pada kamu yang tidak bertudung, aku cuma memesan sebelum terlambat. Bila lagi mahu terbuka pintu hatikan? Takkan mahu tunggu senja melabuh tirai memanggil malam dan bulan pula? Nanti tak sempat melihat fajar menjelma macam mana?


Nota Kaki :
Berhijab Demi Allah, Aku Seru Untuk Semalaya

Wanz Mejuez :
Hijab lagi comel dari minah salleh yang perasan cantik. Orang melayu kita sekarang ni adalah darah kacukan dari pelbagai jenis bangsa. Sejarah kita bagaimana? Bangsa belanda, portugis, jepun, mat salleh, cina, india dan lain lain. Kahwin campur campur itulah Rojak.... Jadi tak hairan lah wajah orang melayu kita ni unik dan cantik. Wajah pelbagai bangsa. Wajah Universal.

You Might Also Like

22 komen

  1. lawa betul awek bertudung nih....

    lawa dan Syarak.. bergabung... meletupsss...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.

    Hijab adalah tanda ketaatan kepada Allah dan Rasul..

    ReplyDelete
  3. yepp. sangat cun kalo pompuan bertudung.

    contoh kan tengok fauziah gous dalam tahajud cinta tuh, peh lawa nak mampp pakai tdung.
    aku yang pompuan pon melted. LOLL

    ReplyDelete
  4. yang bertutup itu lebih cantik.

    tapi kalau berlebihan ,warna yang melampau,aksesori pun berlebihan dah macam pokok krismas pula

    ReplyDelete
  5. ya. indahnya dia kerana akhlak. berhijab kerana kesedaran bukan untuk pameran.

    ReplyDelete
  6. serius cntik . muka suci jee . kita baru je bertudung bulan 4 thn nie . alhmdulillah . Allah dh buka pintu hati

    ReplyDelete
  7. semoga Tuhan bukak pintu hati dan hidayah kpd mereka utk berhijab :)

    ReplyDelete
  8. kalau bertudung lagi cantik tapi jgn jadikan satu senjata riak....sebab bertudung hanya ikut mahzab yang harus di tudungkan ialah aurat...hari ini ramai yg terkeliru peranan hijab ini...tiba2 di campak masuk neraka...keh3...lucu2

    ReplyDelete
  9. moga terus menerus mereka berubah untuk berhijab, yang behijab pula pohon berubah untuk benar-benar mematuhi syarak.

    yang lelaki juga perlu menutup aurat, tidak dilupakan itu :)

    ReplyDelete
  10. Istilah cantik itu pelbagai,
    berhijab itu wajib. Cuma mahu dengan tak mahu saja. kan? :)

    ReplyDelete
  11. aku punya cita2 yg tinggi.cita2 yg hanya aku tau.doakan aku supaya ianya jadi kenyataan nanti ok. ;)

    ReplyDelete
  12. kuatkan semangat, tetapkan tekad, doa bebanyak! :D

    ReplyDelete
  13. salam kunjungan kembali...saya setuju dgn penulisan ini. berhijablah kamu sebelum kamu dihijabkan...

    ReplyDelete
  14. cantik yg pakai tudung tu..semoga peribadi dan akhlaknya pun secantik wajahnya...

    ReplyDelete
  15. suka baca komen republik aku :)


    si dia dalam gambar itu sememangnya cantik

    ReplyDelete
  16. sudah bertahun berhijab, teringin hendak berniqab :)

    ReplyDelete
  17. dan apabila si gadis menunjukkan 3 helai rambut, telah mengheret 2 orng lelaki iaitu si bapa, abang atau suaminya ke neraka

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower