blacklist, kambing hitam

9:01:00 AM

salah faham agama. gay, homo. maksiat. ajaran sesat. berlainan pendapat. banyak lagi(?).

semua ni buat kita takut nak dekat, takut mencampuri. alasannya takut terpengaruh. ye ke? atau malas nak usaha memperbetulkannya? itu tentukan sendiri, aku tak tahu. orang lain, lain. ada beberapa pilihan yang boleh kita lakukan. mencampuri seperti kawan biasa & tarik perlahan-lahan, mungkin nasihat, mungkin tunjuk contoh yang baik, mungkin meluahkan pendapat, cuba mematahkan hujah supaya mereka kembali mempertimbang. atau lebih mudah: BLACKLIST. (eh kenapa merah, kata black). mana lagi best? apa lah susah sangat nak buat pilihan, blacklist lah paling mudah, paling bes!!


*tak. tak takut, aku yang nak blacklist orang hekhekhek

hmmm macam bes, siapa perlu aku blacklist?
senang. kau tengok betul-betul kelakuan dia. kau nampak ada sesuatu berbeza pada pegangan, kelakuan, pendapat dia berbanding kau punya, itulah beliau.

so apa perlu aku buat?
simple brader and sister. kau diam je, tak payah kawan dengan dia. nasihat pun tak payah. paling penting, kau jangan tegur dia dengan ramah, pastu ko perli dia dari jauh. tak pun ko kutuk je terus-menerus, kalau boleh sampai dia/mereka menarik diri dari masyarakat dan terus berkelompok dengan orang yang sespisis dengan mereka. biar je diorang makin teruk dan takde orang betulkan.

macam tu je ke??
haaaaaa'aaahhhh. macam tu je. simple kan?? >:))

aku dah berjaya! lepas tu lepas tu???
tahniah lah. kau dah berjaya jadi orang yang tak kurang teruknya berbanding diorang. kau sibuk cakap diorang tak betul, sesat, tak kenal tuhan, sekular, pastu kau biar je tak usaha nak betulkan. memang diorang boleh nasihat diri sendiri, memang diorang boleh tengok cermin dan mencontohi diri sendiri atau sesama sendiri lah kan sebagai teladan. memang diorang dah tahu dah mana salah diorang, mana silap diorang dan mana perlu dibaiki, tak payah bagitau apa pendapat korang, pendapat dan hujah diorang akan patah sendiri. mentaliti diorang akan padam sendiri, serius. tunggu masa je. 1000 tahun nanti diorang berubah sendiri lah tu, pasti!

*jyeahhhh! naisss, indahnya kejayaan

tak tipu kan? senang je nak blacklist.
inilah pilihan terbaik >:))

*tentukan sendiri pilihan yang lebih baik. blacklist?

You Might Also Like

24 komen

  1. sebelum korang sibuk nk memperbetulkan orang lain, apa kata korang cermin diri sendiri dulu.

    bak kata satu blog falsafah hebat - memang diorang boleh nasihat diri sendiri, memang diorang boleh tengok cermin dan mencontohi diri sendiri atau sesama sendiri lah kan sebagai teladan. memang diorang dah tahu dah mana salah diorang, mana silap diorang dan mana perlu dibaiki, tak payah bagitau apa pendapat korang, pendapat dan hujah diorang akan patah sendiri. mentaliti diorang akan padam sendiri, serius. tunggu masa je. 1000 tahun nanti diorang berubah sendiri lah tu, pasti!

    cheers!

    ReplyDelete
  2. cheers! memang kena PERFECT dulu baru boleh tegur orang lah kan? kalau macam tu tuhan je lah boleh tegur orang. naisss. ehh dah kata tuhan, buat apa nak tegur kan? betulkan je terus, kata tuhan kan. pastu masukkan je semua manusia dalam syurga. ehh apa usaha kita sampai kita masuk syurga kalau macam tu. takde apa! ok, campak je terus dalam neraka :D

    ReplyDelete
  3. jangan sakit buntut bro!

    siapa kata kena tunggu perfect, tp jgn la ilmu secubit nk riak sedepa.

    cheers!

    ps, baru belajar ke perkataan sekular?

    ReplyDelete
  4. jadi nak mula bila? dari secubit ni lah aku nak kembang jadi sedepa. sambil tegur sambil betulkan. kalau tegur sikit pun cakap riak, semua orang lah riak macam tu. butthurt? agak ah, aku memang noob cepat butthurt, sebab tu aku tak suka orang tegur aku hehe. perkataan sekular pun baru belajar semalam, tengok kamusss.

    ReplyDelete
  5. eh, si anon yg xdikenali jantinanya tu panas bontot ke? hoho... nampak beno dia slh seorang dlm kategori BLACKLIST tu... keh keh keh.

    ok, abaikan.

    aku ada knl beberapa org kwn la yg terlibat dgn ajaran sesat. siap dia hasut aku suruh join dorang. sampai aku naik keliru, diorang yg sesat atau aku yg sesat ni? tp aku yakin diorang yg sesat sbb adala some of perbuatan diorang yg aku rs ala2 mcm kristian pun ada gak ckit.

    bila dh berbakul-bakul kata2 manis (ye, nak nasihatkn org kne guna perkataan yg manis, lg2 dr org semanis aku. ehem) aku bg kat dia, dan akhirnya dia dh tak mampu berhujah dgn aku. so kata last dia, "ko ikutla cara ko, aku ikut cara aku." dan smpi skrglah dia msih dgn kesesatan tu. aku pun dh xtahu nk tlg mcm mana. doa jela yang mampu aku bg sbb diorang antara org2 yg baik yg pernah aku jmp cme tula, slh ikut ajaran.
    hidayah tu milik Allah, kan? sedangkan Abi Talib bapa saudara Nabi S.A.W yg baik itu pun tidak mendapat hidayah hingga ke akhir hayatnya, ni kan lg manusia biasa.

    tiba-tiba teringat surah Al-Kafirun.

    ReplyDelete
  6. Kalau selalu simpan pendapat dan pandangan sorang-sorang nanti akan rasa diri sendiri je yang betul. Orang lain salah.

    Kalau selalu memandang diri orang lain tapi tak pandang diri sendiri pun nanti akan rasa diri sendiri je yang betul.
    Orang lain salah.

    Kita kena tengok orang, tengok diri, ambil pengajaran, perbaiki diri. Kan ?

    ReplyDelete
  7. Sarcasm. I like. ^^

    ReplyDelete
  8. MissF: at least adakan usaha lah kan nak membantu. selebihnya, serahkan pada allah je lah~~ :)

    adysuR: "Kita kena tengok orang, tengok diri, ambil pengajaran, perbaiki diri." yeah itu lah dia sepatutnya. orang berbeza-beza kualitinya, jadi, kutip sikit-sikit untuk perbaiki diri.

    anon: good lah you like haha

    ReplyDelete
  9. gua ontheway nak g kedai beli cerminla nih. harap2 gak kalau kau boleh tunjukkan cermin yang paling sesuai untuk aku. :)

    kami orang sedang belajar.

    Ta'lim wa ta'lum. itu yang baiknya ye dak, kami silap, tegur. Komunikasi dua hala tu wujud kan. :D

    ReplyDelete
  10. tak salah rasanya menegur dan perbetulkan apa yang nampak salah. kan? :)

    ReplyDelete
  11. yeah farhana. bukan takat tak salah, tapi digalakkan lagi. ;)

    ReplyDelete
  12. serius memerli. kihkihkih.

    blacklist hanya akan menimbulkan gap.dan mereka akan semakin hanyut dan hanyut.

    sebab tu kalau ada org tanya saya,'hana ,camne kau boleh kawan dgn diaorg tu?'


    jawapan,'i do believe in the concept educating,not attacking.'

    blacklist adalah salah satu contoh 'attacking' :/

    ReplyDelete
  13. senang je.

    dalam islam takde hadith yg menyeru 'jaga tepi kain sendiri'

    ReplyDelete
  14. yeah semestinya digalakkan lagi :)

    "blacklist hanya akan menimbulkan gap.dan mereka akan semakin hanyut dan hanyut." yeah ini serius, takde siapa nak betulkan, takde pulak tempat rujukan, macam mana kan. sampai bila nak terbiar kalau semua memilih untuk tak berbuat apa-apa. haa itu dia :P

    jaga tepi kain sendiri(sahaja) sure takde hahaha

    ReplyDelete
  15. jangan sibuk nak tengok keburukan orang , tapi tak nampak kelemahan diri...kan3

    ReplyDelete
  16. yup.aku xsuke pesen org yg menghentam "org yg buat salah"
    bagi aku,cara tu xbetul.

    ReplyDelete
  17. aku ahli grup murtad dlm fb
    ramai gile ar suroh aku keluar grup tu
    tapi aku terfikir
    siapa nak amek tahu dan follow up diorg lepas ni ?
    blacklist?
    pengecut ah sape yg jenis ni
    pffftt

    ReplyDelete
  18. syarifahsidrus: haaa kena betulkan salah sendiri dan jugak orang lain :))

    aleen aiden: rasa tak betul, voice out lah kan? eklan tv3 voice out haha. kena lah bagitau kenapa salah, baru boleh betulkan. slow slow~

    Farah Awang: group murtad yang singapura itukah?? aku ingat nak join haritu, diorang cakap susah nak join, admin tapis elok-elok. entah mengapa patah semangat pula hehe. gogogo terus bersemangat!

    ReplyDelete
  19. very nice konsep untuk orang-orang macam kita.haha.btw kalau aku nak bloglistkan blog ini boleh tak.Troll.troll.troll.

    ReplyDelete
  20. bloglist atau blacklist?? ai konpius hahaha

    ReplyDelete
  21. muaz :
    yup2 grup murtad mlaysia n singapore tu
    aku masuk situ pon sbb kawan2 ateis aku invite
    smpai skang aku tidak diremove
    dan aku pon rase syg nk keluar
    somtimes ape yg depa dok merepek dlm tu ada betolnya
    tp kesian
    diorg judge Islam melalui org Melayu
    ptotnya tgk agama,bkn orgnya
    memang fail lahh. =.=

    ReplyDelete
  22. itu setuju, patutnya tengok keretanya, bukan pemandunya. pemandu mabuk, bukan salah kereta kan haha

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower