Boleh buat maksiat.. Tapi dengan syarat lah..

4:36:00 AM


Suasana kita sering kali terlihat kelibat remaja di mana-mana bukan? Ada yang berselindung di celahan pokok rendang, ada yang berdua-duaan di sana sini. Berpegang tangan itu dah di wajibkan bagi kita. Mungkin akal kita ni kurang dengan Agama. Mana hilangnya pantang larang tu? Mungkin ada di antara kita ni lupa atau tidak takut pada Tuhan?

Jadi aku nak kita tahu apa yang anda perlu tahu.. sebenarnya....

Boleh buat maksiat.... Tapi dengan syarat lah..

Kisahnya, ada seorang hamba Allah ni dalam perjalanan untuk mencari hidayah. Dalam perjalanan dia mencari hidayah kebetulannya dia terjumpa dengan Sufi yang terhebat iaitu Ibrahim Adham.

Untuk rekod :
Kisah ini diceritakan daripada kitab Al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umar al-akhirah oleh Imam al-Qurtubi.

Lalu hamba Allah ni bertanya kepada Ibrahim Adham. 
"Apakah ada ruang untuk aku melakukan maksiat?"  tanya hamba Allah ini kepada Ibrahim Adham.
Ibrahim Adham menjawab pertanyaan beliau. 
"Ya. Kamu boleh melakukan maksiat.. dengan syarat.."  balas Ibrahim Adham kepada hamba Allah.
Lantas Ibrahim Adham terus memberi syarat itu kepada beliau.... 
Syarat pertama, jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak bagi orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
Syarat kedua, jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepada-Nya.
Syarat ketiga, buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu.
Syarat keempat, sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawa kamu, maka katakan kepada malaikat maut itu untuk menangguhkan sedikit waktu umur kamu supaya sempat bertaubat. Sekiranya kamu dapat melakukannya, maka persilakanlah untuk melakukan maksiat.
Syarat kelima, sekiranya malaikat zabaniah penjaga neraka datang untuk mengheret kamu ke dalam neraka, maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutinya. Sekiranya kamu dapat melakukannya, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat.
Selesai saja syarat-syarat yang diperkatakan oleh Ibrahim Adham kepada hamba Allah ini lantas beliau terus menangis tanpa henti. Dia tersedar bahawa dia tidak layak untuk melakukan maksiat kepada-Nya. Apatah lagi dengan diri kita ini. 

Lalu pengakhiran kisah ini, beliau terus bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Sejak itu beliau terus mencari ilmu dan beramal serta menjadi hamba Allah yang soleh.


Jadi?

Apa dah jadi dunia sekeliling kita sekarang? Masih tidak sedarkah? 

Mungkin ada di antara kita boleh kata pada malaikat maut, "Kejap kejap kejap! Esok ang datang boleh? Aku tak taubat lagi ni. Boleh tak?" Boleh kata lagu tu? Rasanya tidak. 


Nota Kaki :
Sedar tak sedar kita harus sedarkan yang belum sedar.

Wanz Mejuez :
Cakap dan beritahu selagi kita belum bisu. 

You Might Also Like

5 komen

  1. brilliant! aku pernah dgar citer ni tapi dah lupa, nasibbek angpa ingatkan. mohon sharing~ :)

    ReplyDelete
  2. Ilmu itu milik Tuhan, ada kebaikan, khabarkanlah pada yang lain ok! :D

    ReplyDelete
  3. syarat pertama dah tentu failed.
    so memang tak boleh la nak buat..

    nice sharing ;)

    ReplyDelete
  4. Syarat-syarat tersebut memang mustahil untuk dilakukan o.o

    so conclusionnya:maksiat memang TAK BOLEH dilakukan.

    great info.first time dengar...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower