Demi Masa

7:57:00 AM

Bismillahirrahmanirrahim...
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Al-’Asr 103: (1-3)


Assalamualaikum.

Pertama-tamanya aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jemput aku untuk join blog MK ini.
Serius, agak terkejut bila dapat 'surat rasmi' daripada Kucing Serius untuk menjadi sebahagian daripada kalian.
Dan semoga Allah redha dengan usaha ini.
Aku pun bukanlah blogger famous yang dah dikenali. Sebelum ni memang menulis di blog sekadar suka-suka.
Tapi sekarang ni (ketika menerima pelawaan untuk join blog ini) aku rasa ini bukan lagi untuk suka-suka.
Inilah tanggungjawab yang harus kita semua pikul.

Nak menyampaikan pesanan yang baik, yang boleh diterima pembaca, bukanlah satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi daripada manusia yang biasa-biasa saja macam aku ni. Lagilah...
Kerana itu juga ayat ni ada menyebut, "berpesan-pesan dengan sabar" yang membawa maksud, nak jadi orang yang rajin berpesan kena jadi orang sabar terlebih dahulu.
Kalau kurang sabar. Habis. Ranap!

Tapi aku suka juga nak berpesan-pesan kepada diri sendiri dan untuk korang yang baca, sebab daripada Abdullah Bin Amr radhiyallahu anhu bahawa Nabi solallahi alihi wasallam pernah bersabda,
"Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat" (Hadith Riwayat Bukhari).
Perkara ini disebut supaya setiap orang yang dengar sesuatu perkara daripada Nabi hendaklah bersegera  untuk menyampaikannya meskipun dengan sedikit agar pesanan Rasulullah ini dapat disambung dan disampaikan secara keseluruhan. Wallahulam.

Dan seperti ayat daripada surah Al-Asr itu, dah terbukti bahawa sesungguhnya kita ni manusia yang sedang berada di dalam kerugian.
Kerugian yang nyata. Rugi kerana lalai dalam menjadi hamba Allah.
Rugi sebab mengisi masa yang berlalu dengan perkara yang sia-sia.
Rugi kerana menjadi hamba yang tidak dapat berfikir dengan sebaik-baiknya.

Yelah, setiap orang bajet mereka adalah yang terbaik.
Aku pun kadang-kadang ada juga perasaan macam tu. Ehem. Kadang-kadang je tahu.
Maksud terbaik di sini ialah perasan diorang bagus dari segi pembelajaran, pengetahuan, kebijaksanaan dan bermacam-macam Pe dan Ke lagilah termasuk, ke-aliman.
Yeahh! Alim.
Mentang-mentang belajar di timur tengah, mula berasa diri tu lebih hebat daripada orang yang tak pernah ke sekolah agama seperti aku. Hebat sebab dia rasa ilmu agama dia lebih tinggi sehingga bila orang biasa-biasa memberi pendapat pun diapandang serong dan ditolak mentah-mentah.
Tak tahulah sama ada sikap mereka memang begitu ataupun itu sebenarnya sikap di luar sedar.
Tanpa sedar bersikap riak di depan orang lain.
Eh, kau ingat kalau kau nak riak, takbur dan sombong tu dalam keadaan yang kau sedar ke?
Tak semestinya.
Ada tu yang saja nak bagi orang dengki dengan segala Pe dan Ke dia itu.

Maka kerana itulah kita ni memang ditugaskan untuk berpesan-pesan. Tak kisahlah kau belajar tahap mana, latar belakang macam mana. Asal kita ni Islam, memang jatuh hukum wajib untuk berpesan-pesan pada kebaikan.
Mana yang rasa tak baik tu, kita pesan dengan kata-kata yang enak didengar. Bukan dengan cara kasar sehingga menjelikkan atau menyakitkan hati orang lain. Bukan.

Mungkin kerana entri ini, akan ada yang mula menilai penulisan aku. Jadi aku nak minta maaf jika ada tersalah kata.
Moga yang baik itu kita jadikan teladan.
Dan yang buruk tu, silalah sama-sama menegur agar tidak diulangi lagi kesilapan yang sama dilain hari.
Sekian sahaja INTRO daripada aku.

p/s: sebenarnya aku pun tak tahu macam mana tergerak nak buat entri macam ni. Ada masanya ketika aku menaip, aku rasa macam blank kejap. Kadang-kadang rasa macam bagi tazkirah tak rasmi pun ada. Jadi kalau ada ayat yang macam entah apa-apa tu, pandai-pandai koranglah nak kompelin. He he he.

6 Ramadhan 1432 Hijrah.

You Might Also Like

4 komen

  1. fuyoh kak fira dah jadi writer sini...

    congrates!

    nice post. ;)

    ReplyDelete
  2. Cubaan pertama. Aku pon baru jugak. hehe. Nice entri dan aku pegang pada ini "Berpesan-pesan dgn kebenaran dan kesabaran" ^^

    ReplyDelete
  3. saling tegur menegur.

    hidup sebentar dan hanya pinjaman. jangan pernah riak dan takbur. yup, kadang kita tak perasan ye dak? sebab tu ada sistem tegur menegur itu..:)

    ReplyDelete
  4. @AISHA INANI aku pun tak sgka! haha.
    thanks! ;)

    @Mior Syabab yeayy ada geng! ahaks!

    @haikalblank yup. betul2.

    moga usaha ni, kalau tak dipandang didunia, biarlah ianya dipandang di akhirat. smbil nasihat2kan org lain, nasihat sekali diri sendiri sbb kita ni semua sama. mudah terleka dgn mainan dunia.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower