Duit aku, aku punya

11:35:00 AM


Haa..kat atas ni cuma sebahagian contoh ke mana duit kita dibelanjakan. Itupun macam agak logik untuk seminggu rasanya. RM10 untuk perokok mana cukup kan ? Membeli-belah RM50 boleh beli apa agaknya. Baru kasut sepasang kot. Cuba kita kira untuk sebulan, rokok = RM40 dan membeli-belah = RM200.  Aku boleh jamin duit sebanyak itu dibelanjakan oleh individu yang biasa-biasa iaitu bukan seorang perokok tegar mahupun pembeli-belah tegar.

Itu baru dua contoh duit yang dibelanjakan dalam kadar minimum mengikut kehendak atau boleh kata apa yang kita nak. Kalau anda masih seorang pelajar itu dah cukup banyak. Kalau yang dah berkeluarga pula itu juga cukup banyak. Ya, banyak bagi golongan berpendapatan rendah ataupun sederhana secara logiknya. Tapi perbelanjaan itu sebenarnya juga banyak bagi golongan yang berpendapatan tinggi atau dalam kata lain golongan berada.

Kenapa banyak ?

Sebabnya, jika dibandingkan duit yang kita belanja atas dasar kehendak itu dengan duit yang kita belanja atas dasar keperluan , jauh bezanya bukan ? Kalau otak tak mampu kira sila ambil kalkulator.

Namun selalunya…

Bila guna duit ikut apa yang kita nak, kita cakap “alah, sikit je tu..”
Bila guna duit untuk apa yang kita perlu, kita cakap “dah banyak dah ni..”

Tapi menderma tu satu keperluan ke ?


Ya.  Menderma adalah keperluan.  Menderma itu satu cara untuk bersedekah.  Amalan bersedekah adalah kebaikan. Kebaikan yang memberi pahala. Kebaikan yang membuatkan Allah redha dengan kita. Kebaikan yang mudah-mudahan Allah mengurniakan rahmat-Nya kepada kita menjadi insan terpilih ke Syurga. Itulah keperluan seorang Muslim.

Aku ternampak status seorang kawan aku baru-baru ni :
Teringat satu kata-kata, orang miskin memerlukan orang kaya untuk dunia, tetapi orang kaya memerlukan orang miskin untuk akhirat mereka.
Jarang nak nampak benda-benda macam ni sebab kita dikaburi dengan pendirian,
Duit aku, aku punya, suka hati aku nak buat apa.
Ramai yang melihat belanja hanya untuk dunia, bukan belanja sebagai satu ibadah. Hal ini kerana kita telah disuntik supaya berfikir urusan-urusan dunia tidak boleh bercampur dengan ibadah. Ibadah itu letaknya hanya di masjid ataupun surau. Maka tidak hairanlah kalau ada yang berkata,

 “Nak buat baik duduk masjid la bro!”

Sememangnya kita telah terdidik dalam suasana sebegitu. Disebabkan hidup di dunia cuma sekali kita disuruh enjoy. Bagi orang yang sentiasa ada kesedaran mereka melihat enjoy dalam konteks melakukan kebaikan. Namun, bagi orang yang sekejap sedar sekejap tak ataupun tak sedar langsung enjoy itu dilihat sebagai keseronokan dan kesenangan.

Sedarlah, duit kita bukan hak kita sepenuhnya tapi ada hak orang lain. Gunakan duit sebaik-baiknya dan berbelanjalah dengan bijak. Dalam berbelanja juga perlu mengutamakan agama kerana Islam itu perlu berada di atas di mana jua kita berada.

adysuR : Jentik akal, ketuk pintu hati, muhasabah diri.

*Segala kesilapan amat dialu-alukan untuk diperbetulkan kerana aku hanya insan dan hamba Tuhan*
p/s : entri pertama aku ni! Hehe

You Might Also Like

6 komen

  1. suka dgn kata2 "orang miskin memerlukan orang kaya untuk dunia, tetapi orang kaya memerlukan orang miskin untuk akhirat mereka".
    dan pernah jg dgr seorg ustazah tu ckp, kalau nak kahwin, yg kaya harus berkahwin dgn yg miskin agar dpt membantu si miskin tp kita dpt tgk hal tu hanya di dlm drama/movie. realitinya? mgkin ada tp boleh dikira dgn jari.

    ReplyDelete
  2. perbelanjaan rokok ialah RM200 sebulan lebih kurang kalau sekotak sehari bagi yang dah tegar.

    haishh....

    IQ dan sikap masing2 memainkan peranan ye tak...

    ReplyDelete
  3. MissF ::
    Ya. Sebab orang kaya mesti nak anak dia kahwin dengan yang sama taraf sekurang-kurangnya.

    haikalblank ::
    boleh cecah RM300 sebulan. kalau yg dah ada bini dan anak2, tak ke kesian.

    ya, betul.

    ReplyDelete
  4. AKu setuju dengan setiap kata-kata kau.Mentaliti kita memang sudah didik untuk berfikiran begitu.Dunia akhir zaman beginilah.Pelbagai ragam.

    ReplyDelete
  5. ayh sy selalu pesan....rezeki yang kite dpt, sebahagiannya adalah hak org lain sebbnya rezeki yg kite dpt dtgnye drpd Allah s.w.t..sebab tu kiter harus bersedekah dan menderma..jgan kite berkire dalam hal2 seperti ini.janji kite ikhlas dan hnye Allah shj yg tau akan perbuatan kite tu sudah memadai...

    ReplyDelete
  6. lepas baca ni, tekad nak derma 5% gaji setiap bulan. insyaallah :P. i liek ini 1st entry!

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower