Emosi dan Hak Asasi Manusia.

12:32:00 AM

Dengan kekecohan yang berlaku mengenai dakwaan siapakah Hajjah Sitt Al-Wuzara di dalam dunia blogger,di dalam masyarakat,ternyata begitu ramai yang mengambil kisah mengenai perkara ini berbanding akidah mereka.

Dengan kemeriahan sambutan bulan Ramadhan dan Hari Syawal yang bakal menjelma,lebih ramai yang bersedia untuk membeli belah barangan di Ibu Kota Cinta berbanding dengan amalan amalan yang istimewa diperletakkan khas untuk kita mengamalkanya sepanjang Ramadhan.

Anak anak gadis Islam berpakaian seksi tetapi mengaku berpuasa.

Orang Islam mengaku dirinya Islam,lebih kisah mengenai dunia luar dan ancaman luar,terlampau obses sehingga akidah sendiri dilupakan.




Terlampau common kalau nak cakap macam ustaz ustaz yang selalu memberi ceramah,yang sukar untuk masuk ke dalam hati masyarakat kita sekarang ni. Common. Bila nak sentuh pasal benda ni,ramai yang sering terlupa. Sering terlupa dengan banyak benda.

Skop minda disempitkan dengan agama Hak Asasi Manusia dan juga Emosi diri sendiri.

Memang,commonly orang akan cakap "Dunia sahaja dilebihkan" bila tengok orang kita sekarang. Tapi,dari ayat tu sendiri,bukan sekadar itu sahaja yang ditonjolkan. Maksudnya lebih mendalam. Mendalam sehingga semua orang Malas untuk berfikir.

Agama "Hak Asasi Manusia": Ketiadaan Fahaman Islam.
Apabila berpuasa,semua orang berpuasa. Tetapi dorang lupa,atas niat apakah mereka berpuasa? Apabila bersolat,mereka akan melakukan solat. Tetapi mereka lupa,atas niat apakah mereka bersolat?

Pasal semua orang buat ke? Pasal budaya orang Melayu ke?

Bila kita tengok sekarang,ramai orang claim berpuasa tapi freehair. Ramai claim berpuasa tapi tak solat. Jadi,tak ada logik kat situ. Untuk apa amalan tu diamalkan?

Jikalau kerana Allah,semestinya yang lain turut dilakukan,bukan?



Ramai orang yang tak sedar pasal benda ni. Ramai orang akan rasa,dorang sudah cukup baik bila melakukan sesetengah amalan agama. Baik sungguh. Baik habis dah. Cukup. Apabila dilihat balik,sebenarnya tidak. Mereka sebenarnya terpengaruh dengan agama Hak Asasi Manusia. Agama yang paling common sekali kat dunia ni. Tak kira sudut mana,setiap orang akan perjuangkan agama ni.

"Aku seksi,biarlah. It is not a crime anyway."


It is not a crime based from the law. Memang. Memang bukan crime. Tetapi jikalau itu yang kau agungkan,ternyata fahaman Islam tiada dalam diri. Truly,tiada.

Bagaimana nak tahu apabila fahaman Islam tu melekat atau tidak? Cuba tanya diri sendiri. Satu soalan simple.

Antara Merompak dan Meninggalkan Solat. Yang manakah korang rasa lagi berat?


Jangan cuba berfikir logik based on atas. Tanya pada jawapan pertama yang muncul dalam diri anda. Jikalau merompak yang terlintas terlebih dahulu,maka fahaman Hak Asasi Manusia itulah yang ada dalam diri anda sekarang ni.

Kita lebih merelakan seorang sahabat untuk meninggalkan solat daripada merompak. Memang merompak tu satu perbuatan yang gila,kan? Keji,kan? Tetapi persepsi dalam diri tu,yang telah dididik sekarang ni,meletakkan bahawa tinggal solat tu macam tiada apa apa. Nothing bothers.

Tetapi,mereka lupa. Tinggalkan solat tu adalah antara dosa tertinggi antara semua.

Bila nampak member tinggal solat,

"Kau Jamak Takyah ek? LOL"


Nampak macam perkara yang biasa. Perkara yang salah dari segi Islam,menjadi perkara yang biasa dalam diri. Aku ulang,dalam DIRI. Diri sendiri yang membentuk masyarakat ni.

Agama "Emosi": Emosi Membutakan Akal.
Aku yakin,setiap orang Islam,sayang pada agamanya. Tetapi,sesuatu yang membutakan akal kita,dengan jelas,dengan menyesatkan,adalah Emosi. Tidak kira golongan dari mana,orang yang Alim,orang yang Sekular tapi claim dorang Islam,mereka memang akan kata diri dorang tu sayang Islam. Sayang pada agama mereka.

Lalu,mereka akan lebih ambil kisah pasal ancaman luar berbanding ancaman dalam diri.

Kita sekarang ni nak cakap pasal diri sendiri. Cuba kita lihat balik. Betapa ramainya orang yang marah pada Hajjah Sitt Al Wuzara,berbanding dengan diri mereka yang tidak solat. Cuba kita lihat.



Disitu sudah jelas emosi berkuasa dalam diri dan fahaman Hak Asasi Manusia berada dalam diri.

Jikalau kita benar sayangkan Islam,berpegang kuat pada Islam,kita tidak perlu memarahi atau melatah apa apa mengenai ancaman luar pada zaman sekarang ni. If you are being realistic,you can see yourself how are the kafiruuns controlling the world.

Controlling you,your understanding. Yang tertanam dalam diri setelah sekian lama.

Mereka sangat berkuasa dalam dunia sekarang ni. Amat sukar untuk kita bertindak. Sekali bergerak,dikatakan kekerasan. Persepsi mereka terhadap Islam juga,mengatakan bahawa kita ni ganas. Pengganas.

Semua berpunca dari emosi kita semata mata. Emosi dilebihkan,akal tidak digunakan. Ancaman luar diambil kisah,ancaman dalam diri dilupakan.

Ilmu tidak mahu dicari,Iman tidak mahu dimantapkan.

Bagaimana untuk memperjuangkan Islam kalau Iman dan Ilmu tidak dimantapkan?

Kepentingan Ilmu dan Iman.
Suatu ketika dulu,memang orang Kafir mengambil banyak Ilmu dari umat Islam untuk kepentingan mereka. Aku pernah sentuh pasal benda ni dalam entry ni dulu. Realitinya,memang semua itu menyebabkan mereka semua lagi bijak dari kita.

Bijak kerana mereka menggunakan Ilmu dan Akal,tetapi bukan menggunakan Emosi seperti kita biasa lakukan.

Bagaimana Islam nak maju kalau kita terus berada dalam kepompong fahaman Sekular,terus melayan perasaan amarah,emosi yang sering timbul setiap kali muncul ancaman luar jikalau kita tidak muhasabah diri kita kembali? Jikalau kita tidak mengumpul Ilmu dan Iman dalam diri?

Semua Perlu Bermula Dari Dalam Diri Kita Sendiri



Kita sudah tidak perlu terlampau mengambil kisah mengenai ancaman luar. Apa yang penting,di dalam diri kita tu. Adakah kita sudah lengkap dengan fahaman Islam dalam diri kita? Adakah tindak tanduk kita,seiring dengan kehendak Allah?

Itu yang perlu diperbetulkan sekarang ni. Iman. Kita yakin Allah ada,kita yakin Allah itu adalah Tuhan kita, Tuhan yang Maha Esa. Kita yakin Al Quran dan Hadis itu adalah pegangan yang benar dalam kehidupan seharian. Kita sayang agama kita.

Tetapi kita lupa,fahaman yang ada dalam diri tu,adalah fahaman yang orang Barat telah tanamkan pada kita sejak penjajahan dulu. Diturunkan pada generasi ke generasi. Dididik kepada kita oleh media.

Kita yang perlu memantapkan Ilmu dan Iman kita sendiri. Kumpul Ilmu. Fahamkan Islam. Itu adalah yang terbaik untuk kita.

Dengan itu baru kita nampak Kesucian dan Keindahan Islam yang sebenarnya. Dengan itu,kita mampu mengubah nasib kita dan Agama Islam,kembali menegakkannya ke mata dunia.

Fikir fikirkan,gunakan akal yang Allah sudah beri.

You Might Also Like

7 komen

  1. terbaik ah! kita ni manusia sering menilai keburukan org lain/bangsa lain sblm menilai keburukan diri sendiri. kalau tak reti nak ukur baju di badan sendiri, meh aku tolong ukurkan... haha.
    tp aku pun kdg2 lupa diri gak, asyik cari kekurangan/kesalahan org lain
    -__-"
    kena belajar perbaiki emosi ni! hee

    ReplyDelete
  2. Yeap. Kita memang manusia. Selalu buat kesilapan. Tapi kena lah belajar dari kesilapan.

    Memang,kadang kadang kita tak terlepas dari emosi tu. Marah dekat ancaman luar,tapi tindak tanduk tu kena fikir balik kan,

    adakah based on akal,atau emosi?

    Kalau ikut akal tapi berpegang pada Al Quran dan Sunnah,insyaAllah senang berjaya.

    Kalau ikut emosi,segalanya menjadi sukar.

    ReplyDelete
  3. hak asasi manusia. tadi aku dgr tazkirah ada sebut pasal ni gak. kita semayang masjid sama ker? haha.


    btw, yepp sebab sekarang kita nampak dunai segalanya.

    macam situasi mencuri ng tinggal solat.

    mencuri kesan dia zahir, tinggal semayang? metaphysics kan? pakai logik akal, and kepercayaan br boleh nampak.


    patut kita kena banyakkan dari kecik kaitkan segala benda atas dunia sementara. baru bila besar kita sedar yer dunia takder apaa. so struggle for akhirat. then baru boleh differentiate hak asasi manusia dengan lain2.

    tp tu la sapa nak sedarkan. the best way dr karton2 la budak2 kan.


    hrp2 satu hr nnti ada yang sedar and work on it.

    kan aku dah komen merapu. muahaha!

    ReplyDelete
  4. kucing, terbaek ^^

    Letakkan diri kita dilandasan yg betul. Yang wajib diutamakan. Contohnya solat, jika org tu tahu apa kepentingan solat, dia tidak akan merompak. Tetapi jika dia solat pun tidak, tu yg merompak sana sini tu. aihh

    ReplyDelete
  5. Kucing serius terbaik ;)

    Solat tiang agama. Tak solat runtuhlah agama.

    ReplyDelete
  6. orang lebih suka menghentam dan memboikot tanpa usul periksa serta lebih terikut2 seperti budaya dari memperbetulkan kekurangan diri. cara terbaik untuk mempertahankan Islam dan mengaku secara lahir serta batin adalah Islam bukan sekadar boikot, kondem dan hentam tak tentu pasal. tapi cuba perkuatkan iman, akidah, siapa kita sebenarnya dan perjuangkan Islam melalui ibadah yang kita lakukan. baru dikagumi. insyaAllah. dan alhamdulillah ini entry berguna. peringatan buat diri aku sendiri jugak sebenarnya. :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower