Ibn Rushd, Feuerbach dan Bagaimana Islam Berfikir

5:04:00 PM

Para sarjana telah bersetuju bahawa Filsafat Islam bermula dengan al-Kindi dan berhenti dengan kematian Ibnu Rushd.

Menyoroti pemikiran Ibn Rushd, antara perkara yang perlu kita akui adalah pemikiran dinamik dan liberal beliau sehingga membebaskan Eropah dari zaman gelap dan membawa kepada Reinassence. Averroes yang dianuti di barat(maghrib) tetapi tidak dipedulikan di timur(masyriq) adalah kerana atas fatwa fuqaha' yang beraliran ahli hadis yang melarang mempelajari filsafat.

Baik Averoisme Yahudi maupun Averoisme Kristian menganggap Ibn Rushd telah berjasa menyelesaikan persoalan pelik yang selama berabad-abad menjadi momok bagi para pemikir agamawan, yakni bagaimana mendamaikan wahyu dengan akal; filsafat dengan agama; para nabi dengan Aristotels. Dalam karyanya, Fasl al-Maqal, yang sudah diterjemahkan ke berbagai bahasa penting Eropah, Ibn Rushd menjawab semua persoalan ini dengan tuntas.

Pertama-tama, kunci dari persoalan itu terletak pada persoalan genting lainnya yang lebih mendasar, yakni apakah benar bahawa mempelajari filsafat itu haram? Untuk menjawab ini Ibn Rushd memberikan hipotesis. Menurutnya, secara legal-fiqh (syari’e) belajar filsafat itu punya beberapa kemungkinan: bisa dibolehkan (mubah), dilarang (mahdzur), dianjurkan (nadb), atau diharuskan (wajib)? Menurut Ibn Rushd belajar filsafat hukumnya: wajib atau sunnah (Fasl al-Maqal, 1968: 27).

Bagi yang mengikuti perkembangan filsafat Islam, jawapan Ibn Rushd itu jelas-jelas merupakan tujahan keras bagi para fuqaha dan ahli hadis yang memberikan fatwa haram atau paling kurang makruh mempelajari filsafat. Baginya, belajar filsafat adalah wajib, atau paling kurang sunnah. Hujah filsuf Cordova itu adalah ayat-ayat al-Qur’an.

Pertama, surah al-Hasyr ayat 2 yang menegaskan wajibnya manusia menggunakan qiyas ‘aqli (silogisme) dalam melihat berbagai persoalan.

Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.(59:2)

Kedua dan seterusnya adalah surah al-A’raf  ayat 184, surah al-An’am ayat 75, dan surah Ali ‘Imran ayat 191 yang semuanya menganjurkan manusia agar mempelajari alam-raya (mawjudat).

Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? Maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman?(7:185)

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.(6:75)

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.(3;191)

Aku berminat untuk mengupas sikap liberal Ibn Rushd sebagai fuqaha kerana di Kuliah Syariah, kami akan membedah Bidayatul Mujtahid selama 4 tahun.

Klimaks bagi pemahaman Ibn Rushd dalam perjalanan hidupnya apabila terhasil kitab Bidayatul Mujtahid yang bermaksud "Permulaan bagi Mujtahid". Hidup dalam suasana jumud, taqlid dan dinamika intelektual yang terbatas, Ibn Rushd benar- benar memusing 360 darjah pemikiran di zamannya. Bidayatul Mujtahid adalah lonjakan paradigma sehingga aku berminat untuk mengiktiraf Ibn Rushd sebagai mujaddid di zamannya.

Selama ini pendekatan yang digunakan oleh fuqaha malikiyah adalah pendekatan tekstual, sementara Ibn Rushd(walaupun dia sendiri bermazhab Maliki) menawarkan alternatif baru yaitu pendekatan fiqh komparatif yang lebih luas dan tentunya bebas taqlid.

Era kejumudan ini ditandakan dengan dominasi fiqh tekstual, baik dari kalangan Mazhab Maliki mahupun Zhahiri. Itu menyebabkan munculnya  kesimpulan- kesimpulan dogmatik bahawa usaha para fuqaha klasik telah sempurna dan tidak memerlukan pembaharuan pemikiran. Kesimpulan ini seterusnya menjadi dalil bagi para muqallidin bahawa pintu ijtihad telah tertutup.

Karya ini bertujuan untuk mentabrak kejumudan intelektual, mengkritik fanatisme madzhab, dan menyegarkan kembali pemahaman fiqh, sehingga terbuka pintu ijtihad, serta menjadikan para penuntut fiqh ketingkat mujtahid. Hal itu  sebagaimana yang diungkapkan Ibn Rushd dalam muqaddimah kitabnya, “Tujuanku dalam kitab ini adalah menjelaskan masalah-masalah yang disepakati dan atau diperdebatkan oleh fuqaha dengan menghuraikan rahsia-rahsia perdebatan itu secara metodologis”. Lebih lanjut Ibn Rushd menegaskan, “Kitab ini aku tulis agar seorang penuntut fiqh mencapai tingkatan mujtahid”.

Dalam maudhu' ini, Ibn Rushd sesuai dipadankan dengan Ludwig Andreas von Feuerbach, ayat yang menggambarkan seluruh kehidupan Feuerbach sangat mudah, *"Tuhan yang pertama, akal- budi yang kedua dan manusia yang ketiga."*

Dari waktu ke waktu, manusia, atau kita, akan menemukan dirinya, dari rasa keyakinan baru. Untuk seorang anak muda, perjalanan itu masih panjang. Sekiranya dirinya terus-menerus berfikir, tak mati pada satu tahap, maka dirinya barangkali boleh berubah lagi. Sebaliknya, jika anak muda itu berhenti pada sesebuah kepercayaan tanpa-ampun, maka itulah dirinya, yang kelak terkekang dalam sebuah faham-mati.

Feuerbach jelas bukan dalam kategori demikian. Feuerbach sering berubah-ubah sampai menemukan pandangan yang paling memuaskan dirinya, biarpun akhirnya berlawanan dengan gurunya sendiri. Sikap kritis ini adalah kalimat dan azminat untuk menjadi filsuf. Inilah yang dilakukan Feuerbach.

Tulisan aku kali ini akan disimpulkan dengan memetik Hamka dalam Falsafah Ketuhanan, "..hingga akal sendiri menjadi beku tidak bergerak. Dan apabila telah timbul kebekuan itu, beku pulalah paham agama dan tidaj ada lagi bercahaya sinarnya. Itulah yang bernama Taklid! Taklid adalah musuh kemerdekaan Akal!''

Muiz Nasrallah ialah seorang mahasiswa Universiti Islam Madinah merupakan seorang salafi yang berfikir secara liberal , demokratik dan sekular.

You Might Also Like

3 komen

  1. Hari ini aku mengenali sebahagian lagi kehidupan Ibn Rushd.

    ReplyDelete
  2. memaksima pemikiran dalam semua sudut pandang.

    :)

    ReplyDelete
  3. whoa!!thanks kat author ni...mmg right time aq bce bnde ni..
    actually tgh buat kajian tntg tokoh2 pemikir islam n how they think..n points ape yg boleh kita ambek dari cara dyeorg trpikir untuk kembalikan zaman kegemilangan islam (projek budak sekolah je..tp pyh gak oo..)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower