Kaitan Antara Math dan Agama.

12:26:00 AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni MO nak kongsikan mengenai formula ilmu dan amal. Selalu sangat kan kita dengar Ilmu dan Amal. Tapi apa yang penting sangat dan apa kaitan antara ilmu dan amal dalam kehidupan kita ni? 


“Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia” -Imam Ghazali-


Cuba tengok pengiraan di bawah.


Let x = amal, and y = ilmu

Formula : amal/ilmu = x/y


1) ada ilmu (y), dan amalkan (x).
(let x = 10 and y = 10)

x/y = 10/10
=1


2) ada ilmu (y), dan tak amalkan (x)
(let x = 0 and y = 10)

x/y = 0/10
=0


3) tak dak ilmu (y), dan amalkan (x)
(let x = 10 and y = 0)

x/y = 10/0
= Error


4) tak dak ilmu (y), dan tak amalkan (x)
(let x = 0 and y = 0)

x/y = 0/0
= Error


Kalau agak fening-fening nak faham, ambil sedikit masa untuk fahamkan. Okeh. MO pun mula-mula fening-fening jugak. Dah lama tinggal math ni.


Jadi, perkara yang merujuk kepada kata-kata imam Ghazali adalah pengiraan no.2 dan no.3.


2) "Ilmu tanpa amal adalah gila"

Contoh paling mudah, Si A ni ada lesen kereta dan ada kereta tapi dia tak pernah bawak kereta. Takut la konon. Dia beli kereta sebab dia tengok orang lain beli kereta. Tak ke membazir dan gila (membazir tu sahabat syaitan). Atau Si B ni berkenan dengan kereta Merc, so, dia pun beli la Merc tapi dia hanya simpan dalam garaj saja dan dia hanya naik Wira kalau nak pi mana-mana sebab sayang nak naik Merc (tak ke gila tu).Baik bagi hadiah kat MO Merc tu kan. Hehe. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: "Orang yang berat menanggung seksa pada hari kiamat ialah orang yang berilmu, namun tidak mendapat manfaat daripada ilmunya itu". So, kita ni kalau ada ilmu kena la amalkan dan kongsi-kongsikan dengan orang lain. MO ingat lagi pesan Ustaz MO, orang yang kedekut ilmu ni dah dicop untuk ke neraka. Nauzubillah.



3) "Amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia."

Merujuk kembali pada kiraan yang telah dibuat, saintis mendapati bahawa hasil pembahagian antara dua unsur iaitu x dan y dalam rumus ketiga di atas adalah disahkan benar dan sahih. Jadi, benarlah kata Imam Ghazali bahawa seseorang yang melakukan sesuatu amalan tanpa diketahui dari mana datangnya amalan itu (taklid) adalah sesuatu perbuatan yang sia-sia. Kadang-kadang ilmu tu betul tapi kalau amalan yang tidak berpandukan ilmu yang betul, salah la jadinya.



MO kata : Sesekali belajar ilmu untuk mencuri bukan untuk mengajar kita jadi pencuri, tapi untuk mencegah kecurian. Sebabnya hanya pencuri yang tahu apa yang boleh menghalang mereka daripada mencuri. 

Sekarang ni bulan untuk kita menambahkan amalan. Ramadan dah nak masuk ke Fasa-3. :-)


Ini adalah artikel repost dari Laman Muslimah Optimis. :-)
Sekian Wassalam. 

You Might Also Like

2 komen

  1. okeh, blaja math ari ni ye~
    will follow calculation 1. :D

    ReplyDelete
  2. suka dengan ayat ni "ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah" ;)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower