Kenapa ek?

7:25:00 PM

Bila ramadhan menjelma, cuba aja korang tengok iklan di televisyen.
Cuba tengok program yang disiarkan. Siap istiqomah lagi tv tu siarkan waktu imsak dan waktu maghrib.
Terharunyaaaaa~
Kemudian, cuba tengok segala macam post kat blog.
Cuba tengok segala macam status di facebook.
Perghh! Ramainya ustaz dan ustazah kat Malaysia ni! Tiba-tiba di bulan ramadhan ni mereka tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.
Semua saling ingat mengingati apa yang perlu dan yang tak perlu dilakukan ketika ramadhan.
Tak, aku bukan nak perli ke apa. Aku cuma kagum.
Tiba-tiba nak cakap, i'm proud to be Malaysian!

Mungkin sebelum ni (bulan-bulan sebelum ramadhan) diorang sebenarnya ada rasa nak menegur orang tapi segan kot, takut orang cakap diorang ni poyo, tak sedar diri sebab diri pun dua kali lima je dengan orang yang ditegur dan sebagainya. Termasuklah turut belajar mnasihati orang supaya tutup aurat, sedangkan diri sendiri pun togel di kepala. Yang lelaki pula yang biasa pakai seluar nampak peha, sibuk menegur perempuan supaya tutup aurat. Jangan terdedah sana, sini. Dan sila tutup sana, sini. Weh lelaki, peha kau tu pun dikira aurat ok! Kau bajet perempuan je ada aurat, lelaki takde?

Tapi aku tetap hairan. Kita ni memang kena buat amal kebajikan ketika bulan puasa aja ke?
Memang kena berpesan-pesan untuk tutup aurat ketika ramadhan aje ke?
Habis, bulan-bulan lain tu tak payah ingat? Tak payah buat?
Tak ambil pusing?

Tak mustahillah bila ramadhan je, yang free hair tu semua pakat pakai tudung.
Ayu je masing-masing, sehingga aku yang perempuan ini pun ikut tergoda dengan keayuan kaum sejenis.
Ala tudung yang setakat menutupi hujung rambut pun dah ok dah bagi diorang yang free hair ni.
Dah kira dapat pahala jugalah (fahaman sesat betul!)
Yang tak pernah jejakkan kaki ke masjid sebelum ni pun, elok je pakat dengan kawan-kawan pergi masjid.
Buat tarawikh, itu belum termasuk lagi niatnya hanya untuk makan moreh.

Yang sadisnya, bila ramadhan dah pergi, semua perkara yang menyakitkan mata 
terus berlaku seperti bulan-bulan sebelum & selepas ramadhan.
Sangat menjelekkan.

Kenapa jadi macam tu? Sebab bulan-bulan lain takde org nak ingatkan kita kena pakai itu ini, 
takde yang nak ingatkan kita betapa pentingnya aurat yang perlu ditutup sebab orang yang sibuk bagi nasihat pada bulan puasa ini pun hanya jadi alim ketika bulan puasa. 
Dan yang pasti kat tv pun takde dah nak keluar iklan yang mengingatkan kita untuk buat macam tu. 
Program kerohanian di tv pun semakin bergurang ketika bulan puasa dah tamat tempoh.
Oh, pengaruh media massa kepada umat manusia sangat kuat ok!
Ya, macam entri aku sebelum ni la, kita ni kan mudah lalai jadi memang perlu selalu diingatkan.


Sedih lihat keadaan ini. Seolah-olah Allah tu hanya wujud ketika ramadhan je.
Dan yang perlu kita sedar, kita sebenarnya sedang menyembah ramadhan,
bukan sembah Allah Yang Esa.

Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: 
"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga".

p/s: aku tak cakap perkara ini untuk korang aje, aku cakap bagi diri aku sekali sebab aku pun sama.

You Might Also Like

4 komen

  1. Kenapa.Senang je jawapannya MissF.Kerana setiap kali tibanya ramadhan orang kita akan defined ramadhan sebagai budaya.Jadi roh ramadhan itu masih belum terasa.

    Kalau pernah baca karya Hlovate contengan jalanan kau akn mula sedar.Dalam buku itu bro akmal menyatakan bahawa Ramadhan bukan diertikan dengan bazaar ramadhan,x dieertikan dgn mlm tujh likur,bukan diertikan lawan meriam buluh antara kampung dan bukan juga diertikan dengan berbuka puasa dihotel2 mewah.Tapi ini la yang menjadi definisi ramadhan di Malaysia.

    Pada aku ramadhan ini lebih kepada soul purification.More to self reassement sebenarnya.Mengubah diri ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. ;)

    ReplyDelete
  2. bulan biasa pun kena buat amal jariah jugak kan?

    ReplyDelete
  3. "Dan yang perlu kita sedar, kita sebenarnya sedang menyembah ramadhan,
    bukan sembah Allah Yang Esa." ini statement penyedaran terbaek. kalau jadikan ramadhan titik permulaan segala perubahan takpe, ini tidak. ramadhan jadi baik, lepas ramadhan kembali kepada biasa. tu lah fungsi entry macam ni, bagi kesedaran :D

    ReplyDelete
  4. walau masa ramadhan je baik, moga - moga kebaikan dilakukan itu ikhlas semata - mata kerana Allah.

    :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower