Matlamat puasa dari Allah .

1:52:00 PM

Salam Ramadhan semua..Ramadhan Karim ^^

Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk sampai di dalam bulan yang mulia ni. Doa kita di bulan Rejab dan Sya'ban dimakbulkan Allah. Maka gunalah kesempatan dan peluang di bulan barakah ni sebaik-baiknya. Kali ni aku nak kongsikan serba sedikit kuliah subub pagi tadi di masjid tempat aku. Tajuknya lebih menjurus kepada matlamat kita berpuasa.

Apa matlamat korang berpuasa? Sudahkah kita tahu matlamat kita puasa? Adakah sebab ikutan atau semata-mata perintah wajib dari Allah? Jika kita taktau apa matlamat kita puasa, maka sia-sia je kita berpuasa sebulan. Matlamat kita berpuasa Allah dah bagitau dalam Quran...

ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan ke atas kamu semua berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas golongan yang terdahulu,
mudah-mudahan kamu semua berTAQWA.”
{Surah al-Baqarah 2:183}





Taqwa. Itulah matlamat kita berpuasa. Dan Allah nyatakan "mudah-mudahan" bermakna bukan semua orang yang berpuasa itu akan mendapat Taqwa tersebut. Maknanya disini 50-50. Dan beruntunglah orang yang mendapat tahap Taqwa tersebut sebut sebab orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa.

”Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [Al-Hujurat:13]



Sudah banyak tahun kita puasa, adakah dah dapat taqwa? Macam mana nak tau kita dah dapat capai taqwa? Taqwa ni umpama benteng diri kita. Bila ada perkara yang membawa kepada maksiat dan dosa, kita dapat elak. Hatinya sentiasa takut kepada Allah. Dan banyak lagi. Terasa yang aku belum mencapai tahap taqwa tersebut. Hinanya diri ini.
So, Ramadhan tahun ni jom kita sama-sama capaikan matlamat kita berpuasa. Matlamat yang telah ditetapkan oleh Allah. Janganlah puasa kita tahun ni hanya mendapat lapar dan dahaga seperti hadis Rasulullah :

"Berapa banyak orang puasa hanya mendapatkan lapar dan dahaga; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan begadang saja." (HR. Nasa'i)

Kita puasa semua. Pancaindera, makan, minum, perbuatan dan semuanya yang membawa kepada dosa. Pesanan untuk diri sendiri, buatlah amal sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan ni.




Sekian...


*Matlamat nak khatam Quran setiap kali Ramadhan ^^

You Might Also Like

6 komen

  1. yepp!
    puasa jelaa dapat.
    TAQWA?

    22 tahun aku posaa, apa pon tak dapat.

    hopefully this year i will get something. inshaAllah...

    ReplyDelete
  2. Insyaallah. Moga tahun ni kita mendapat pangkat taqwa tu ^^

    ReplyDelete
  3. conclusionnya...

    kita berpuasa untuk mendapatkan TAQWA.

    insyaallah tahun ini!

    ReplyDelete
  4. Keikhlasan itu akan datang jika niatnya dipasang dengan betul seiring dengan perbuatan.

    :)

    aku rasa tahun ni macam ada lain sedikit semangat puasa aku. hemm..:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semakin tahun mendatang kita makin matang menilai ibadah puasa kita. Sementara peluang menikmati Ramadhan tahun ni, kita buat yang terbaik. Mungkin ini Ramadhan yg terakhir untuk kita. MasyaAllah :(

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower