Memilih Kawan.

3:13:00 PM



Sesudah menyelesaikan MUQADDIMAH secara panjang di blog aku, di sini aku ingin berkongsi isi utamanya iaitu Bagaimana cara memilih kawan yang sesuai.



Memilih KAWAN.

Dalam kehidupan bersahabat, bagaimana kita memilih sahabat itu? Kebiasaannya kita lebih mudah tertarik pada kehebatan si dia itu berkata. Bila kita ada masalah, kita sering mintak nasihat dia. Dan ketika itulah mesej yang dibalas kepadamu berjela - jela panjangnya dan sarat dengan nasihat dari A sehingga Z. Ya, aku maksudkan bila ada masalah percintaan. Masalah cinta, nasihat dia memang biasanya panjang dan blablabla.


Aku ingin berkongsi satu kisah pengalaman Abu Abdullah Muhammad ibn Khafif ibn Isfaksyad ( 270H - 371H ) iaitu merupakan salah seorang wali besar dari Parsi yang berjumpa dengan seorang pemuda aneh di Mesir.


--------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari, aku mendengar cerita mengenai seorang pemuda Mesir yang soleh yang selalu bertafakkur terus menerus. Maka aku pergi ke Mesir. Ternyata di sana ada seseorang yang menghadapkan wajahnya ke Makkah. Aku mengucapkan salam kepadanya sehingga tiga kali, tetapi ia tidak menjawab salamku. Lalu aku berteriak, kenapa engkau tidak menjawab salamku.

" Ibnu Khafif, " kata pemuda itu sambil mengangkat kepalanya, " dunia ini kecil. Dari yang kecil ini ada yang tertinggal sebagai sisa. Ambillah sebanyak mungkin dari yang kecil ini. Ibnu Khafif, mungkin engkau telah membuang waktumu untuk bersusah payah memberi salam kepadaku. "

Setelah berkata begitu, dia menundukkan kepalanya lagi.

Sebenarnya ketika itu, aku sedang lapar dan haus tetapi aku terlupa akannya kerana aku benar - benar terpesona akan ibadah sang pemuda itu. Aku menantinya dan kebetulan Zuhur hampir tiba. Selepas itu, aku solat berjemaah bersamanya. Selesai solat, aku berkata kepadanya, 

" Berilah aku nasihat! "

" Ibnu Khafif, aku malang. Aku tak mempunyai lidah untuk memberi nasihat. Yang sebenarnya, orang lain yang perlu menasihatiku, " jawab pemuda itu.

Aku diam selama tiga hari tanpa makan dan minum. 

" Apa lagi harus ku lakukan padanya agar dia sudi menasihati, " ujarku di dalam hati.

Dengan tak disangka - sangka, tiba - tiba pemuda itu mengangkat kepalanya dan berkata,

" Bertemanlah kamu dengan seseorang yang akan menasihatimu. Nasihatnya berupa perbuatan, bukan perkataan. "


-------------------------------------------------------------------------------


CARILAH SAHABAT YANG MENASIHATI!

Itu main point dari cerita di atas. Menasihati dalam konteks di atas boleh ditafsir secara luas. Bukan terperuk dengan gambaran seseorang itu di hadapan kau dan membebel menasihati kerana kau membuat silap. Bukan itu! Menasihati ini mungkin boleh datang dari cara percakapannya, dari segi pakaiannya, akhlaknya, kelakuannya, ibadahnya, cara menunaikan tanggungjawab kepada family, rakan - rakan, dan macam - macam lagi cara menasihati.

Rakan yang menasihati ini dimaksudkan rakan yang baik orangnya. Kalaupun dia tidak petah berkata, tetapi kelakuannya baik, itu sudah cukup. Kalau katanya kotor, nampak tidak sopan, tetapi ada isi dan makna yang menyadarkan kita, tiada salah berkawan dengannya. Jika fizikal dan gayanya nampak childish tetapi pemikirannya hebat membentang fakta, itu juga bagus. Pada zaman ini sudah sukar mencari yang perfect kerana dugaan kehidupan ini sangat sukar.

Nak mencari yang perfect itu susah, sebab itu kena saling menasihati. Baru wujud win - win situation. Saling beramal mengingati. Itu baru ada makna berkawan, bukan setakat hangout di pavi bersama - sama.


Aplikasi Total.

Kita boleh mempraktikkan idea untuk mencari kawan ini dalam mencari pasangan hidup juga padaku. Carilah mereka yang mencintaimu dan ikhlas menasihatimu secara sedar atau tanpa sedar. Carilah sebaiknya. Jika sebelum nikah dia sudah berusaha membujuk nafsu syahwat kamu untuk berkelakuan itu dan itu, apa nasihat yang kamu boleh dapat darinya? Fikirkanlah sejenak.

Apa itu Pasangan Hidup yang kamu laungkan CINTA setiap hari?






" I KNOW U'RE BETTER THAN THIS "










You Might Also Like

11 komen

  1. Mantap. Sangat mantap. Sangat sangat mantap.

    Kau menjelaskan semua. Aku tak mampu nak komen apa apa.

    ReplyDelete
  2. Payah nak jumpa dah kawan yang saling memberi nasihat.Kawan yang nak menjatuhkan diri ramai je aku tengok sekarang.Kalaulah masih ada insan yang sudi ikhlas dalam bersabahat mesti dunia dah penuh dengan kasih sayang.Cehh..btw V.good entry bro :)

    ReplyDelete
  3. yup, tapi jangan mengharap besar. kita ubah diri kita dahulu sebelum mengharap pada yang lain...:)

    trima kasih kawan...:D

    ReplyDelete
  4. hehe ya,ya. kwn2 aku terdiri drp pakar motivasi berkaitan cinta. ble punya mslh tersebut agak pnjg berjelalah ceramah yg akn aku dgr di halwa telinga ni. tp Alhamdulillah nasihat mereka berguna juga. ;)

    dlm mse yg sme harus berhati2 juga sbb skrg ni rmai sgt wujud kwn mkn kwn huhu

    ReplyDelete
  5. Cantik!

    "Sahabat adalah org yg membuatkan kita mengingati Allah apabila melihatnya"

    Berdasarkan kata-kata ni, aku rasa tak salah kalau kita anggap semua kawan kita sebagai sahabat. Aku rasa bergantung pada cara diri kita memandang seseorang itu.

    -sekadar perasaan

    ReplyDelete
  6. yeah, ayat tu cantik adsyur...:D
    aku berkawan juga dengan ramai jenis manusia.

    qadeeja, bab kawan makan kawan tu memang susah nak trace tapi jangan risau, pengalaman mendewasakan ye dak? :)

    ReplyDelete
  7. hanya mampu tersenyum.
    carilah kawan yg memberimu senyuman :)

    ReplyDelete
  8. kadang2 bila nak jadi kawan yang bagi nasihat pon kena hentam.
    yer memang kadang2 kita cakap semalam, when it happen for us, we dont do same as what we said before coz different situation different way la nak solve something.
    tapi bila kita nasihat dia blahblah, but kita buat lain dah jadi isu panas. grr.

    tapi tak kesah laa.
    aku anggap ja, org yang tak bleh terima nasihat juga tak reti menasihat. nak rapat boleh tapi jgn rapat sangat! hee. ;)

    ReplyDelete
  9. penasihat yang baik ialah mereka yang sentiasa menerima nasihat dari sesiapa pun.

    :) senyumlah...

    ReplyDelete
  10. im glad bcoz aku bukan seorg yg susah untuk mencari kwn yg sentiasa memberi nasihat n sentiasa ada when i need them..i love them very much..

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower