Mengawal Atau Dikawal?

2:36:00 AM

.


Sekular sebagai budaya. Mana munculnya?

" Mesin basuh memerlukan serbuk pencuci untuk proses membersihkan pakaian daripada kotoran dengan lebih berkesan dalam kadaran 99.9% bak kata iklan serbuk pencuci. Jadi, bagi aku, media massa adalah mesin basuh di mana serbuk pencuci itu adalah rancangan/kolum/ruangan contohnya seperti kartun (televisyen), ruangan berita (surat khabar), filem, zine, risalah dan drama radio (radio). Media (yang berakar daripada perkataan medium) merupakan sebuah alat untuk menyampaikan maklumat kepada audiens atau kepada kumpulan sasaran. " 




Aku tergerak menulis tentang pengaruh MEDIA kepada kita. Aku merasakan yang kita semua seolah telah terkepung dalam dunia media yang dengan pantas menyampaikan sesuatu info, isu, cerita, pengajaran, didikan dan segalanya yang boleh kita  absorb melalui pancaindera yang sesuai.





-------------------------------------------------------------------------------------


Adat dan budaya




Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha orang Melayu. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud " budi + daya "; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.


Adat adalah gagasan kebudayaan yang terdiri dari nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di suatu daerah


---------------------------------------------------------------------------------------




Antara adat dan budaya. Sepanjang perjalanan hidup kita, kita telah dikenalkan dengan pelbagai adat dan budaya. Secara simplenya dan mengikut hukum aku  sesuka hatinya, aku mentafsirkan BUDAYA ialah kebiasaan yang kita lalui dalam kehidupan sekeliling kita menggunakan pancaindera dan kita aplikasikannya di dalam kehidupan kita seharian manakala ADAT pula ialah sesuatu kebiasaan yang diturunkan dari keluarga kita atau lebih jelasnya diturunkan dari parents kita. 




Kita lihat semula budaya kehidupan kita masakini. Kita telah diobseskan dengan gaya budaya manusia BARAT yang melebihkan duniawi dan menidakkan ukhrawi (akhirat). Sedar tak sedar, kita telah dipengaruhi sejak beratus tahun dahulu sejak terlerainya empayar Islam di muka bumi ini. Golongan kuffar mengawal segalanya. Ekonomi dan sosial menjadi point utama mempengaruhi kita. Mereka tidak mengajak terangan menyuruh kita menukar agama, tetap mereka memainkan peranan mempengaruhi jiwa kita dari dalam. Mereka mengajar kita gaya hidup mereka. Mereka bijak, ya, sangat bijak.




Mereka mengaplikasikan konsep Hunter di dalam kehidupan mereka.
Memburu dalam diam dalam mencari mangsanya.






Kali ini aku ingin berceloteh dan berbincang dengan anda akan persoalan ini :




Apakah Entiti atau Sesuatu Yang Memainkan Peranan Dalam Pembudayaan Manusia MasaKini?




Titik punca kepada budaya kehidupan seseorang ialah dari alam sekeliling. Contoh yang boleh dilihat dengan mata tanpa ada daya fikir :


1) Rakan - rakan sekelas
2) Rakan sekampung
3) Guru sekolah
4) Saudara - mara (pakcik, makcik, abang sedara, abang long, dll)
5) Pakcik kedai runcit
6) Towkey bengkel motosikal
7) Lain - lain lagi orang kau jumpa.






Semua di atas benar. Semua orang sekeliling kau akan menyebabkan kwujudan sesuatu yang dipanggil trend. Aku terkenang ketika aku kecil - kecil dahulu, trend dalam alatan permainan itu seperti bulatan yang tiada hujung. Berputar pada paksinya tersendiri. Dalam 2 bulan, gasing mungkin menjadi perhatian semua, kemudian secara tiba - tiba, tiada lagi gasing, layang - layang mengambil tempat. Apa bila puas belajar mengikat kaca atau apa, konda - kondi tiba - tiba menjadi kegemaran. Diikuti baling selipar dan berpuluh lagi permainan lain.Semuanya di dalam bulatan yang sama.


Dalam 2 atau 3 tahun, bulatan itu akan hilang. Segalanya berakhir dan bulatan baru mengantikannya. Permainan 'kereta Dash' menjadi tapak revolusi teknologi dalam permainan. Auldey dan Tamiya menjadi peneraju. Mungkin dalam seminggu sahaja, ianya menjadi 'musim' dalam bahasa pasarnya. Selepas kebosanan melanda, tiba pula permainan digimon mengambil alih. Dari digimon petak, ke digivice dan D-3, perkembangan teknologi itu menampakkan tanda yang bulatan permainan lama, permainan kampung telah samar - samar saja kelihatan. 




Berikut di atas ialah contoh mudah bagi aku untuk menjelaskan akan 'budaya kita' yang berubah dari satu bulatan ke satu bulatan yang lain. Itu baru ku cerita tentang permainan kanak - kanak, cuba kita fikir akan perkembangan budaya dari segi pakaian, kereta, motosikal, komputer, dan berjuta lagi benda berfizikal. 




Cuba kita alihkan perhatian kita kepada Perubahan Mental? Perubahan daya fikir kita semua. Apa yang kamu perasan?




berpegang pada ISLAM dan mencapai kecemerlangan
Bukan menidakkan agama itu sendiri






Ketika kita kecil dahulu, apa kita kenal tentang seks?
Ketika kita sudah besar sekarang, apa yang kita lihat pada kanak - kanak zaman sekarang berbicara tentang seks?


AMAT MENAKUTKAN BUKAN?
MEREKA SUDAH BOLEH MENERANGKAN LENGKAP SEGALANYA TENTANG HUBUNGAN SEKS ANTARA MANUSIA YANG MENGENAKKAN DAN MENGASYIKKAN ITU.
Tak Percaya? PERCAYALAH.







-----------------------------------------------------------------------




APA PENGARUH TERBESAR DALAM PERUBAHAN BUDAYA DALAM KEHIDUPAN KITA?

MEDIA MASSA 




Tentunya aku sifatkan MEDIA MASSA menjadi penyebab utama. Seperti pembayangan mesin basuh sebagai media massa dan serbuk pencucinya ialah apa yang disampaikan olehnya, ianya tepat bagiku. Kehidupan kita hari ini telah dipengaruhi MediaMassa seharian tanpa terlepas sedikitpun.


Kita fikir sudah bagaimana Media Massa meletakkan ciri - ciri romantis sesama pasangan kekasih. Mereka mengajar kita berpeluk, bercium, berpegangan tangan untuk mencapai tahap ROMANTIS yang kita kenal itu. Kata - kata cinta, ayat - ayat bunga segalanya diajar kepada kita oleh media massa. Dahulunya berjumpa pun segan tetapi momokan media massa menjadikan berjumpa sesama kekasih itu seperti makan nasi putih sahaja dan berpegangan tangan itu seperti berlaukkan ayam goreng. Ah, sudah sebati semua itu di dalam percintaan djaman sekarang. Kerana seharian kita dieksploitasi akalnya dan dipesongkan dari iman di dalam hati.


Ya, kita telah disekularkan secara ghaib yakni tanpa kita sedar.




Banyak lagi seperti musika, ideologi, pemikiran, pemakaian, persahabatan, hubungan dengan orang tua, hiburan dan macam - macam lagi subjek yang telah disekularkan oleh MEDIA MASSA tanpa kita sedari. 


Itulah semua perubahan dari segi cara kita berfikir.




" Ok Bro, Habis tu, apa kita kena buat? "






Secara jujurnya, aku tidak arif dalam memberi jalan yang khas untuk kau pergi kerana aku bukanlah orang yang layak untuk memberi jalannya. Aku cuma menulis untuk menyadarkan dan membuka kotak pikiran kita supaya lebih jelas akan kewujudan sekular di dalam kehidupan seharian kita. 




Apa yang mampu ku kata ialah,




Kita kena menyedari akan kebaikan dan keburukan Media Massa kepada kita. Hendak dipaksa merubah apa yang telah menjadi kebiasaan pada kita itu amat susah. Ya, aku tahu susah. Seperti rokok. aku telah dimomokkan sejak kecil akan kebest-an merokok dan aku sekarang menghadapi kesukaran untuk membuangnya dari hidup aku. huh!




Tindakan selanjutnya pada aku ialah kematangan akal fikiran yang dikawal oleh ilmu dalam diri. Tanpa ilmu, kuat mana semangat pun, tak ada guna. Kembali kepada jalan asal mengikut Islam yang suci. Berpegang pada AlQuran dan AsSunnah sebagai panduan utama dan jalan dalam kehidupan.


Tidak dilupa juga kepada kegigihan 4 Imam besar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kita yang bertungkus lumus menyediakan cara - cara dan jalan untuk kita lebih memahami dan menghayati AlQuran dan AsSunnah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Mukmin di dunia ini.


banyakkan membaca dan peluang untung mencapai kematangan daya pikir itu lebih tinggi. Di situlah ILMU memainkan peranan penting. Percayalah.




Err...Persoalannya, di mana kita...


Yang Mengawal atau Yang Dikawal?






*Segala penambahan dan pembetulan info, cerita, pendapat, ideologi atau apa sahaja bolehlah dikhabarkan pada ruangan komen untuk bacaan dan renungan kita bersama. :)






.

You Might Also Like

9 komen

  1. jika di Britain,Rupert Murdoch di-cop menjadikan media senjata individu,

    di Malaysia..???


    pihak tertentu..mungkin.

    pentingnya ilmu diri kita sendiri sebelum sewenangnya dikawal media sana sini =)

    ReplyDelete
  2. Di Malaysia,of course pembentuk minda orang adalah di Media dan jugak Bandar.

    Apabila ada satu trend kecil kecilan dibuat di Bandar,orang akan ikut. Tersebar dengan cepat sangat sampai ke kampung kampung. Tak kira apa,memang sudah culture bila orang Kampung cuba mengikut apa yang didengar,hasil dari perbuatan orang Bandar.

    Contoh,budaya pakaian lah. Orang Bandar try pakai seksi seksi. Orang kampung pun akan ikut. Contoh.

    Maaf,kerana itu adalah realiti. Bukan untuk membezakan taraf.

    Satu lagi,Media Massa. Media sekarang pun agak mengagungkan trend hidup orang Barat dalam apa yang ditayangkan. Fashion,gaya hidup artis,lakonan,sambutan,etc etc.

    Tak percaya? Bukak sendiri dan lihat.

    Benda ni mempengaruhi minda rakyat pasal menanamkan sifat "yang tak betul itu normal" dalam kalangan dorang. Seriously. Kita membesar macam ni pun pasal banyak sangat yang ditayangkan di media tu membentuk kita kan.

    ReplyDelete
  3. HEHE nub, yang sedang mengawal media di sini jga mentaliti mereka telah dikawal oleh yang lain. oucch, dari dasarnya saja sudah bersih dicuci serbuk pencuci.



    Kucing, aku rasa kita ni semacam TAKSUB pada barat. ya, taksub itu menghancurkan.

    ReplyDelete
  4. Memang tak dapat dinafikan lagi media punya pengaruh yang amat besar dalam membentuk masyarakat hari ini baik dari segi budaya mahupun mentaliti.

    Ikut cara barat moden namanya.
    Ikut cara ISLAM kolot katanya.

    ReplyDelete
  5. Dasarnya sudah dari awal lagi rapuh..hemm....

    penyelesaiannya bagai tiada. virus tiada tawar..

    ReplyDelete
  6. Kita mula dari bawah balik. Mula membetulkan hati dan diri.

    ReplyDelete
  7. sekecil - kecil usaha tiada apa, janji niatnya ikhlas. pasti ada hasilnya. :)

    ReplyDelete
  8. Wow, thanks, aku baru perasan entri ni.


    Bagi aku, dalam membetulkan langkah yang telah senget salah satunya adalah melalui pendidikan. Pendidikan tu luas, otak kanak-kanak terlalu mudah dibentuk memandangkan mereka belajar dengan mengimitasi keadaan sekeliling.

    Dan dari institusi pentadbiran, yang mulanya sebuah keluarga nukleus iaitu ibu bapa dan anak-anak>>kampung>>bandar>>daerah>>negeri>>negara,

    dan kedua-dua jenis ini boleh disusup dengan media. Cuma, untuk siapa yang jadi media itu, jika yang memegang tampuk itu menggunakan dengan sebaiknya. Media kita lebih mengutamakan keuntungan dan nilai komersial. Kanak-kanak retis, akademi menyanyi, dan etc2 cukup mempengaruhi jiwa muda yang masih hanyut dengan hedonisme. Dengan cara ini lah, anak muda kita dikawal.

    Untuk mengubahnya, perlukan langkah-langkah yang kecil sehingga lah yang besar-besar secara istiqamah seperti pengawalan oleh mereka ini dilakukan secara istiqamah, berterusan.

    ReplyDelete
  9. nak menimbulkan kesedaran dari peringkat individu pun dah boleh klasifikasi sukar sekarang...tapi tak boleh cakap pape selagi tak ada usaha kan...yup, mengistiqamahkan dari akar lagi.

    moga - moga.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower