Oh,aku terbeli buku orang Jewish.

12:21:00 AM

Entry Ini Sangat Panjang. Baca Sehingga Habis Untuk Mengelakkan Salah Faham.


Minat aku terhadap buku,agak berbeza. Aku hanya membaca dan membeli buku yang dapat membina diri aku. Tak kira apa apa genre lah. Genre dakwah,genre ilmiah,genre How To Bla Bla For Dummies,etc etc. Kalau buku tu dapat membina,aku akan beli. Aku akan lupakan sekejap sifat kedekut aku nak beli beli barang ni bila aku jumpa buku macam tu.

Baru baru ni,aku beli satu jenis buku kat kedai buku Times,Pavilion,Sabtu lepas. Title dia, How Successful People Think,keluaran John Maxwell. Dalam buku ni,isi dia macam title dia lah. Menceritakan macam mana orang orang berjaya dari dulu sampai sekarang,berfikir. Dia banyak cerita macam mana tokoh tokoh perniagaan,tokoh politik,leaders semua pikiaq dari A to Z.

Aku tak habis baca lagi,sekarang baru separuh buku.


Buku yang dinyatakan.


Ada satu bab ni dalam buku ni,dalam Chapter 5,Utilize Strategic Thinking,dia tengah cerita kenapa dan macam mana sikap realisitik tu perlu ada dalam diri. Tiba tiba at the end of the chapter tu,dia cerita pasal cara company dia bantu menyebarkan pengaruh Jewish kat dalam kalangan Amerika. Apa yang dia highlightkan? Strategic Thinking daripada dulu,sampai sekarang.

Oh. Aku terbeli produk Yahudi rupanya. Buku yang hebat ni merupakan hasil produk Yahudi.



Apa yang aku rasa?
Perasaan bercampur baur sekarang ni. 30% rasa bersalah,dan 70% perasaan aku-tahu-aku-tak-sepatutnya-rasa-bersalah. Kenapa rasa bersalah? Pasal aku tahu,ini adalah produk Yahudi. Setiap duit yang telah aku labur dalam membeli buku ni,mungkin telah tersalur kepada angkatan tentera diorang. Mana lah tahu kan? Mana lah tahuuuu.

Kenapa aku tak patut rasa bersalah? Pasal aku tahu,ini adalah ilmu. Ilmu yang dibekalkan oleh pihak mereka. Dorang menggunakan ilmu sebegini untuk menaikkan diri mereka. Takkan lah aku tak boleh nak collect ilmu dorang,gunakan untuk membangkitkan diri aku dan agama aku?

Fakta Sejarah.(simplified)

First of all,dulu masa zaman kemuncuk Empayar Empayar Islam,orang orang Barat,orang Non Muslim di serata tempat,datang ke Cordova,ke pusat pusat pengajian yang terkemuka( which is,under kerajaan Islam),dan ambil semua ilmu ilmu yang diperoleh ke tempat dorang.

Ilmu itu digunakan di tempat mereka,dan mereka telah membawa inovasi menggunakan ilmu tu. Lalu dorang yang lah naik,dorang yang membawa kepada ciptaan baru,etc etc. Tamadun dorang pun bangkit. Lalu dorang pun jatuhkan kerajaan Islam,hasil dari ilmu yang dorang collect sendiri. Terbaik kan sikap dorang?

Satu je objektif dorang, 3G. Gold,Gospel,Glory. Ada ke dorang nak buat benda lain lagi? Dorang turut menekankan prinsip tu dalam pembangunan masing masing.



Cuba bayangkan,kalau kita memegang prinsip tersebut,tetapi membawa nama Islam dan guna cara modern,which is bersaing menggunakan minda.

Sekularisme Lokal.
Umat Islam kita sekarang ni,banyak yang terpengaruh dengan dunia. Aku taknak cakap pasal hasutan Syaiton Nirrojim atau apa. Tapi apa yang terpampang depan mata,apa yang dihidangkan,bagaimana kita membesar,memang dah automatik akan menghala ke arah situ.

"Media semua banyak freehair. Keluar je nampak orang seksi. Pendidikan pun,lebih mengutamakan pencapaian dunia. Ibu bapa melihat anak yang tinggal solat itu normal,tidak diendah. Tetapi bila anak dapat corot dalam exam?

Terus parents dua dua buat double flying kick macam team Malaysia nak buat hari tu lawan Singapore."




Sikap Sekular yang sudah ada dalam diri. Iman yang terhakis dengan kuat,sekali lagi akibat kehidupan Sekular. Tak percaya? Cuba kalau ada dua event kat luar tu. Antara gig mega percuma,dan jugak konferens ilmu mega percuma. Mana satu nak pergi?

Automatik gig mega kan? Jangan nak tipu. Free tu.

Bila pergi stor buku pun macam Times,MPH,ramai dari kita automatik akan mencari novel novel cinta berbanding buku buku yang membina. Ramai akan mencari majalah Kereta,PC Gamer,Ujang,Utopia,Mangga,URTV, dan spesies yang sama.

Bila kita lihat skop general,ramai sudah terbiasa dengan hidup macam tu. Adakah itu semua membina dalam kehidupan? Mengekang kemajuan lagi ada la. Nampak jelas kan macam mana sekularisme mengekang skop minda kita?

Skop Minda Mereka Yang Ada Kesedaran.
Bila ada antara mereka yang sedar mengenai kepentingan ilmu dan ada kesedaran agama,skop mereka pulak yang mengekang. Jarang aku nak jumpa,mereka yang rajin berdakwah atau rajin belajar,membaca buku buku yang membentuk minda.

Mereka hanya akan terfokus kepada buku buku ilmiah macam Chemistry 1001,Physics Dictionary,atau buku buku dakwah atau CD Audio dakwah,yang dapat kita nampak dijual depan Masjid masjid masa hari Jumaat tu. Bukan nak katakan itu semua adalah salah,teruskan membaca,tetapi,

Cuba luaskan lagi skop pembacaan.

Kalau kesedaran kita dah ada,lalu kita membentuk minda kita melalui buku buku genre yang berlainan,genre pembentukan minda,kita akan menjadi lebih hebat. Malah,lagi berdaya kuat dan mampu untuk membawa agama kita naik kembali. Serius ni. Kucing Serius.

"Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"


Sekarang,tak kira dari negeri mana pun,ilmu ilmu tu sendiri dah banyak dibawa ke dalam Malaysia. Tak percaya? Cuba check kat MPH,Times tu semua. Terpulang kat kita untuk memilih.



Cuba kita luaskan skop skop pembacaan tak kira genre. Teruskan dengan membaca buku buku dakwah,buku buku ilmiah,tetapi,kita tambah lagi dan luaskan skop minda kita dengan genre genre lain.

Kesannya kepada diri? Sangat sangat luar biasa.

Sikap Orang Orang Barat.
Despite dengan sikap dorang yang sangat mementingkan hidup sekular,satu benda yang positif dalam diri dorang. Sikap sukakan ilmu. Tak kira ilmu apa. Asalkan ada ilmu,dorang terkejar kejar untuk peroleh. Serious. Kalau kita tengok kat dalam movie ada yang tunjuk dorang malas belajar,dorang kaki party,

Tapi dorang gemar membaca buku buku yang mampu membentuk diri. Sama ada jadi hebat dalam perniagaan,jadi hebat in leadership,pandai berkomunikasi,etc etc.


Ahli perniagaan yang famous sekarang,Donald Trump.



Kesan? Muncullah ramai orang yang golongan hebat dari dorang.

Perkara ini diakui oleh tokoh tokoh korporat berjaya Malaysia suatu ketika dulu,aku baca kat dalam paper. Maaf tiada keratan akhbar pasal ni.

Contoh - Mencontohi.
Memang. Adalah diakui banyak golongan yang hebat muncul dari orang Barat. Alangkah elok kalau kita sendiri yang mencontohi sikap positif dorang tu sendiri. Bukan nak ikut dorang pergi party,tidak. Tetapi,sikap dorang.

Mereka berjaya naik ke atas,berjaya menguasai ekonomi,berjaya menguasai akal dunia,hampir berjaya menguasai dunia itu sendiri kesan daripada sikap dorang yang sukakan ilmu,dan skop dorang yang strategik. Dorang peroleh ilmu daripada umat Islam satu ketika dulu untuk membangkitkan diri dorang.

Ingat,kalau dorang boleh buat macam tu,kenapa kita tak boleh?



Aku tak akan membuat kempen Marilah Membaca Bersama Sama,Membaca Buku Budaya Kita atau apa apa kempen tidak munasabah macam tu. Tetapi,hasil dari realiti yang aku nyatakan kat atas,rasanya yang membaca entry ini sudah memahami.

Banyak buku buku hebat ni dijual kat entrance MPH Bookstores dan jugak Times. Disarankan korang melihat sendiri,dan baca sendiri.

Dorang pernah peroleh ilmu umat Islam untuk membangkitkan diri mereka. Apa salahnya kalau kita guna jugak ilmu yang dorang beri untuk membangkitkan Umat Islam tersendiri?

Fikir fikirkan.


Buku title How Successful People Think ni,keluaran James Maxwell,adalah salah satu contoh buku buku yang hebat,keluaran orang Barat. Salah satu New York Times Best Sellers. Buku ni boleh didapati di Times ataupun MPH Bookstores di Malaysia. Memang,produk ini keluaran syarikat Yahudi. Untuk membeli atau meminjam,itu terpulang atas judgment masing masing. Apa yang aku sarankan,adalah untuk membaca.

You Might Also Like

17 komen

  1. rase nye tak salah pon if beli buku camtu. cuz tujuan ilmu. kalo penah bace ade kisah sahabat Rasullullah yg nk beljar bahase yahudi,padahal kite pon tau org yahudi camne kan?npe nk beljar pulak bahase dorang. tp Rasullullah bg belajar bahase tu. ingat,menuntut ilmu biarlah sampai ke negara china.kite beli pon bukan bertujuan nk sedekah free free kt dorang while we dont whether btol ke x :)

    yes,,rase nye if org Islam.. for me especially Melayu,if ade sifat macam anda ni yg bace buku jenis mcm ni mungkin kite da semaju AS,da semaju Jepun.

    kn kn?

    tp syg nye.. org lagi ikot care hidop,care bersosial. haiyaa =.='

    nice sharing :)
    thanks remind.
    blog ni sedikit menginsafkan jugak :))

    ReplyDelete
  2. Yeap. Agree 100%. Itu lah sebenarnya yang nak dihighlightkan kat sini :D

    Just pasal banyak perception orang Islam,orang Melayu terhadap skop skop pembacaan dorang terfokus kepada yang tertentu sahaja. Dan skop tu tidak diluaskan lagi.

    Kesan? Minda agak dikekang perkembangan tu. Pasal tu kita susah nak maju.

    ReplyDelete
  3. knowledge is power.. we gain power if we suck all the knowledge.. knowledge are anywhere around the world.. :)

    kna tanam sikap membaca dari kecik.. susah nk amalkn ble dah dewasa

    ReplyDelete
  4. so it doesnt matter who's the author,as long as it's worthy,everyone should read the book. :)

    saya sangat tak suka novel jiwang.saya lebih suka genre real teens problem.mengkaji permasalahan remaja dalam bentuk cerita fiksyen. :D

    sebenarnya barat ni bagus,cuma kita salah ikut budaya.kita sepatutnya ikut cara mereka boleh berjaya,bukan gaya hidup mengarut mereka -.-

    sarapan pagi mereka lebih berkhasiat . :8 makanlah bijirin,bukannya nasi lemak yang BERLEMAK itu.

    okay saya dah terpesong. sebelum saya merapu,okbai.

    ReplyDelete
  5. menarik btul entry ni....knowledge is power..buku2 mcm ni la kita kena baca..entry sejarah ade tak

    ReplyDelete
  6. ramai manusia lupa yang pembelajaran utama ialah dari belajar membuka minda.

    sebab tak buka mindalah kita rasa orang yang pakai serban dan purdah itu pelik di tengah2 panas.

    *err...aku merujuk pada minda aku sorang. jangan salah paham.

    ReplyDelete
  7. tgk mcm jepun.. budaya membaca dia memang dah mcm lumrah depa..

    aku kasi contoh

    china pndai plagiat barang org lain sebab tu dorg kaya.. n ilmi dorg tinggi dan membantu sama lain antara mereka.. kuasa besar pengeluaran barang di pegang oleh china... hebat ilmu depa... walaupun terer plagiat depa leh maju kehadapan...

    kalau jepun plak lebih kurang sama mcm ilmu dari china tpi dorg ni high sikit... dorg pndai cipta sesuatu produk dengan kualiti yg tinggi then dorg ju dengan harga okay okay... jepun cipta barang cuma melihat barangan dari barat saja dan di cipta semula..

    ilmu tu penting.. tkda ilmu macam mana nak hidup betul tak??


    kita cuma kena ambil contoh dari mereka... baru kita tahu diri kita macam mana... rasanya betul apa ang ckp... kita bnyk sngt beli majalah yg tk da faedah... selalu bazirkan masa dengan sambil lewa...

    jarang nmpk anak malaysia cipta produk yg hebat untuk dunia... insyaallah kita akan bakal jadi mata dunia...
    tkkn malaysia tk da yg hebat kan? betul tak?ku kasi contoh

    china pndai plagiat barang org lain sebab tu dorg kaya.. n ilmi dorg tinggi dan membantu sama lain antara mereka.. kuasa besar pengeluaran barang di pegang oleh china... hebat ilmu depa... walaupun terer plagiat depa leh maju kehadapan...

    kalau jepun plak lebih kurang sama mcm ilmu dari china tpi dorg ni high sikit... dorg pndai cipta sesuatu produk dengan kualiti yg tinggi then dorg ju dengan harga okay okay... jepun cipta barang cuma melihat barangan dari barat saja dan di cipta semula..

    ilmu tu penting.. tkda ilmu macam mana nak hidup betul tak??


    kita cuma kena ambil contoh dari mereka... baru kita tahu diri kita macam mana... rasanya betul apa ang ckp... kita bnyk sngt beli majalah yg tk da faedah... selalu bazirkan masa dengan sambil lewa...

    jarang nmpk anak malaysia cipta produk yg hebat untuk dunia... insyaallah kita akan bakal jadi mata dunia...
    tkkn malaysia tk da yg hebat kan? betul tak?

    ReplyDelete
  8. Salam bro, nice entry... Aku pon jenis suke membaca buku2 yg leh improve-kan diri...

    keep it up bro! kalau ada buku nak share cakap je... hehehe... aku leh share buku2 aku yg aku dah baca... :p

    ReplyDelete
  9. aku suka membaca, datang dari mana takde hal, aku pernah baca bible dalam bilik hotel (provided)

    aku pernah baca bible budak swak kat uitm ...

    jadi aku paham apa itu versi matthew, david, king dan sebagainya...

    dan bagi aku selagi kau menuntut ilmu dan faham apa itu akidah yg lebih dari sifat 20... insyallah selamat.

    dan aku masih bukan seorang ustaz..

    p/s kim salam haikal blank, aku datang sini dari blog dia. :)

    ReplyDelete
  10. serius entri blog ni byk info yg kdg2 aku pun tak tahu & tak t,pkir. Nice share.:D

    Nafsu Remaja vs PArt Time!

    ReplyDelete
  11. Salam..

    nice entri bro :)

    daripada beli benda yg x berfaedah dan sia2 memenuhkan tabung yahudi, lebih baik beli buku ni dan belajar sesuatu untuk memajukan umat islam/saudara melayu kita sendiri ye dak ? walaupun dlm masa yg sama memenuhkn tabung yahudi laknatullah tu..

    tentang media massa tu, mmg btul sgt la tu sbb yahudi mmg xkn duduk senang selagi kita tak ikut dia.. sbb tu la dia cuba utk memusnahkn umat islam..

    tp diorang ni sbnrnye mmg bijak . bijak menciplak dan mengakui ilmu2 tu dorg punye.. hahah =.=

    ape2 pun, nice entri bro.. amat bermanfaat. mohon share link nya di FB. ok tq :)

    ReplyDelete
  12. Hye kucing. Nice to read you. :P

    Hmm. Susah nak cakap orang Malaysia kite nih. Lagi2 orang Melayu. Sume tu kena pakat2 bagi brainwash kaw2 siket. Tapi bahye, generasi muda ni banyak yang sekular. Generasi sekular ni of course lah terhasil dari usaha2 negara tercinta kite ni kan. Hmm memang complicated. Tulah, apa2 pun mailah kita pakat2 kaji Sejarah. Mula2 Sejarah Islam, pastu Sejarah Melayu. Yang dok belajar Sejarah malap tu apehal. Pelik x pelik.

    ReplyDelete
  13. trimas brader zul! :D

    salammu terjawab sudah...he he he

    ReplyDelete
  14. org yahudi mmg pentingkan kejayaan...dari segi pemakanan kesihatan dan lain2...sbb tu diorg berjaye...tgk r semue tokoh2 kat dunie ni...semue org yahudi...cube try tgk artikel dlm MASTIKA Ogos 2011...

    ReplyDelete
  15. Tak perlu rasa bersalah dalam menuntut ilmu. Asalkan jangan ilmu yang salah sudah~

    I'm sort of a bibliophile. I love reading books. I can read books all day and do nothing else if I choose to. And I read all kinds of book, except for dictionary - not unless I have too. hehe. And yes, I agree westerners tend to have a broader mind and different perspective. Even if they are Jewish, I believe there is nothing wrong with acquiring useful knowledge (and experience if u have to work and learn) from them. As long as u know where are the boundaries and as long as you know where your faith lies, there shouldn't be any problem :)

    Followed you back~

    ReplyDelete
  16. entri post yang menarik dan terkesan dihati ini untuk buat perubahan pada gaya kehidupan dan penghidupan mendatang.insyaallah bersamalah kita semua pakat2 renungkan .iktibarkan pada kehidupan sebagai pengajaran.masih belum terlambat untuk kita mengubah dari yang baikkepada yang lebih baik lagi..

    ReplyDelete
  17. Membaca bagus... membaca buku yahudi pun x salah, amat menyokong apa yg disarankan... Knowlegde is Power...

    Cuma nak tambah sikit, bahan2 bacaan yg perlu diutamakan ialah mengenal islam. Sebab org skrg lebih suka baca buku barat sebelum baca buku islam. Akibatnya fikirannya hanya lebih kepada barat. Bila ditanya pasal islam, hamprak tak tau.. (sekadar perkongsian).

    So bacalah buku mengenai Islam, agar dirimu (diri sy) memeluk islam sebenar2nya :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower