Pelayaran Ramadhan

9:27:00 AM


"Hidup kita ni umpama pelayaran. Selepas seharian berlayar, kapal berlabuh di sebuah pulau. Masing-masing turun dan kapten kapal cakap loceng akan berbunyi pada bila-bila masa jer dari sekarang. Kapten suruh cari banyak bekalan makanan dari hutan untuk nak belayar lagi puluhan tahun tanpa henti..



Semua angguk. Kapten lepaskan semua anak kapal ke daratan. Ada satu golongan ni terus masuk hutan untuk cari makanan, buah-buahan dan apa saja yang boleh dijadikan bekalan makanan sampai habis tercucuk duri dan ranting dan ada satu lagi golongan pula nak cari kemudian, sebab nak berehat-rehat. Kemudian, bila sudah beberapa jam, tiba-tiba loceng berbunyi menandakan semua anak kapal perlu menaiki kapal semula untuk sebuah pelayaran yang panjang.

Ada yang bergegas naik dengan makanan yang sangat banyak, dan ada yang tak sempat cari bekalan makanan. Golongan yang tak sempat cari bekalan makanan berasa sedih dan takut sebab perjalanan lagi berpuluh tahun tanpa henti. Kapten pun berkata, "Kepada yang membawa bekal, berbahagialah dan yang leka tanpa mencari apa-apa bekalan makanan sengsara pasti menanti".

Macam tu juga kehidupan kita, hanya sekejap kita dihantar ke pulau dunia dan loceng kematian akan berbunyi. Kita berangkat menaiki bahtera kubur menuju destinasi mahsyar selama puluhan tahun akhirat".. Wallahualam

MO kata : Jika sebelum ni kita pernah terleka jadikan Bulan Ramadhan kali ni sebagai pelayaran kita mengumpul sebanyak mana pahala sebelum loceng kematian dibunyikan kerana mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Wallahualam.

p/s : Kisah di atas diedit dan diolah oleh MO daripada kisah yang pernah MO dengar. :-) sebagai perkongsian bersama. 

You Might Also Like

1 komen

  1. Ya, moga - moga pelayaran kita dirahmatiNYA.

    Berhenti di pulau itu, dugaannya banyak sekali. maka beruntunglah bagi mereka yang sabar dan rugilah bagi mereka yang tewas dengan ahsutan syaitan dan nafsu.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower