Puasa Dan Kita

10:47:00 AM




Ramadhan dan Puasa.


Kedengarannya biasa dan tiada apa sekadar menahan lapar dan dahaga dan menahan dari menyorok makan di tepi kebun. Ya, aku tahu dan memang aku maksudkan pada sesetengah orang sahaja, bukan semua.

Puasa memang membawa seribu satu makna dengan satu dunia seakan - akan bersatu dalam satu ibadah menberi cahaya kepada bumi untuk dilihat dari langit.

 Aku teringat cerita puasa masa zaman kecik - kecik dahulu. Pembelajaran untuk mendapatkan puasa penuh itu memakan masa. Mak dan abah terus memberi sokongan moral demi anaknya belajar berpuasa. Puas wajah mak dan abah apabila anaknya berjaya penuh puasa buat kali pertama.


----------------------------------------------------------------



Setelah Syaaban, bulan Rasulullah S.A.W ditangguhkan ke tahun hadapan, munculnya Ramadhan yang diibaratkan sebagai bulan umat Muhammad S.A.W. Pada bulan inilah disertakan sebesar - besar ganjaran untuk semua muslim dan muslimah untuk beribadah mengESAkan Allah S.W.T. Setiap hari sudah dijanjikan ganjaran yang besar, ditambah lagi satu malam yang menyamai seribu malam iaitu Lailatul Qadr. Malam seribu  malam ini dikatakan rahsia Allah kerana waktunya tidak dispesifikkan bagi menggalakkan setiap manusia di muka bumi ini berpusu - pusu mengabdikan diri kepada Allah dan mengharap keredhaanNYA dengan seikhlas hati.


Indah kan Ramadhan itu?


Ya, pada sesiapa yang menghayatinya, segalanya memang indah. Ianya seperti dua dunia terasing bagi yang menghayatinya dan yang langsung tiada usaha mengenalnya. Yang tidak pernah mengenal agama akan mengatakan itu semua bodoh dan dusta akan keperluan beragama kerana semuanya natural kata si atheist. Mereka seperti di dalam kotak tebal yang kelam dan merasakan hanya itulah dunia yang ada. Kehidupan mereka dikepung oleh dinding yang direka mereka sendiri kerana mereka tiada daya pikir yang tinggi untuk mengenal Tuhan.

Bagi orang yang mengenal agama tapi tidak mengamalkannya seperti di dalam kotak yang berlubang - lubang. Mereka sempit hidupnya seperti mereka yang tidak beragama tetapi dia tahu yang dia di dalam kesempitan. Mereka dapat rasakan kehangatan cahaya dari lubang - lubang yang ada itu, cuma usahanya untuk mencari sinar itu tiada. Mereka merelakan diri mereka dengan kesenangan yang ada di dalam kotak itu walhal yang diluarnya lebih indah. Mereka tahu sekadar apa yang boleh dilihat dari lubang itu. Mereka hanya tahu keindahannya berdasarkan saiz lubang yang ada.

Jika hati semakin menghayati agama sebenar - benarnya, tahap penghayatan itu boleh diibaratkan sama dengan saiz lubang yang ada. Apa besar lubangnya sekadar mata, boleh boboskan kepala atau jika penghayatannya sempurna, boleh meloloskan seluruh anggota badannya untuk bukan sahaja melihat, tapi merasai nikmatnya kehidupan mencari keredhaan Illahi itu. Ketika itu baru kesemua pancaindera merasai sejuk atau hangatnya kehidupan di luar kotak dan ketika itu hati sudah tertutup untuk memasuki kotak itu lagi kerana kotak itu sempit dan penuh halangan untuk menikmati dunia di luar kotak, iaitu dunia kehidupan mereka - mereka yang beriman kepada Allah S.W.T.


-----------------------------------------------------------------




Aku rasa aku masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menghayati Ramadhan ini bagi seluruh umat Islam di dunia ini terutamanya sekali bagi mereka yang membaca Memadam Komplikasi ini agar kamu semua mendapat apa yang kamu cari sepanjang Ramadhan ini. Aku yakin keredhaanNYA menjadi topik utama kita semua bulan ini dan diharapkan ianya diistiqamahkan sepanjang kehidupan kita selagi jasad bernyawa.



SELAMAT BERPUASA!



Salam ikhlas dari : Haikal dan Memadam Komplikasi.

You Might Also Like

18 komen

  1. Berbicara dengan kotak nampak. hehe. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ^^

    ReplyDelete
  2. wah..very nice concept.Entri yang menarik.Produce more entri like this Haikal.:P

    ReplyDelete
  3. haha kotak dunia, kotak dunia. :P

    Selamat untuk semua! :D

    ReplyDelete
  4. Indahnya metafora!

    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  5. Selamat untuk kamu juga Muna! keh keh keh

    ReplyDelete
  6. seyes mmg pendek!! aku suke.. hahahaha...

    ReplyDelete
  7. yeah diannorhayati penjual p1 Wimax. haha


    Chachos, thanks. :)

    ReplyDelete
  8. caittt. ok anyone who had any question bout P1 dont hesitate to call me. lol :p

    ReplyDelete
  9. Kotak dunia sendiri.
    Salam Ramadhan =)

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa haikal dan semua!

    kbai.

    ReplyDelete
  11. ye si fairuz kacak. Selamat berbahagia berpuasa.

    ReplyDelete
  12. analogi kotak = good one!

    "bagi orang yang mengenal agama tetapi tidak mengamalkannya seperti di dalam kotak yang berlubang-lubang."

    :)

    ReplyDelete
  13. yep, tak semua dapat menghayati erti puasa sebenar-benarnya,
    aku pon one of them adakalanya...

    harap tahun nih improve sikit.
    mana la tau nih ramadhan terakhir aku... fuh!

    SELAMAT BERPUASA

    ReplyDelete
  14. Hana. kotak itu cuma simbolik dunia. aku cuba mengaitkannya dengan akal fikiran dan pancaindera mata akal dan hati dalam melihat dunia sebenar. :D


    Yunz, itu cerita kau. aku cuma mampu tersenyum mengharapkan sesuatu yang sama seperti kau..:)


    Aisha inani, aku pun sama..:D

    ReplyDelete
  15. dan sy rse sy juga belum terlambat tuk ucap selamat bersahur,selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawikh. :)

    semoga MEMADAM KOMPLIKASI terus sucess ! =)

    ReplyDelete
  16. qadeeja! trimas atas sokongan anda! :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower