Rahsia Tak Disangka

1:07:00 PM



Ada cerita antara kita
Bertemakan dunia cinta hakiki
Cereka dunia menanti mati
Dalam perjalanan menuju abadi

Enak rasanya jika berkhayal
Fana bingkisanNYA tersergam indah
Gemar daku menghias pikirku
Hanya dengan sebuah potret
Inilah imaginasi sastera

Jauh untuk ku kejar
Kelam mataku
Lalu jatuh ke dalam renungan
Menggulung jasad takut yang amat

Nak ke mana?
Oh, tahu kau takut!
Pertontonkan zikir dunia kau!
Quran itu kau dakap dalam benak akal
Rasanya masa tiada mekar pasti
Setiap sendi akan menderhaka

Tak ku fikir akan nanti
Untuk mengecap wangian Tuhan

V,W,X, rahsia Dia

Ya, hanya Z pasti akhirnya

You Might Also Like

10 komen

  1. sangat bersastera.
    aku dah lah lembbb sikit.


    tapi, yang aku paham sikit ada cakap pasal takit mati kan?

    semua takot, tapi takot tu hanya pada mulut. hati? perbuatan?
    hurm, alpanya manusia..
    lagi2 laa aku... ;(

    ReplyDelete
  2. nikmatNYA kita tak selaraskan untuk kebaikan semua. Tiada usaha untuk menghadapNYA kembali.

    Cerita kita ada awal ada akhir. Dari A hingga Z.

    ReplyDelete
  3. walaupun aku masih mendalami dunia sastera tapi aku rasa ianya sangat puitis.

    bermula dgn A dan pastinya diakhiri dengan Z :)

    ReplyDelete
  4. Itu namanya suratan kan?hehe.

    semuanya dalam ketentuan cuma jangan persoalkan apa rahsia. langsaikan tugas kita seikhlasnya. :D

    ReplyDelete
  5. aku masih suka berkahyal.

    dari situ terwujudnya imaginasi berseni.

    ReplyDelete
  6. yeah ghostwriter. :)

    imaginasi dari pemikir lain kadang enak untuk pikir kita. :D

    ReplyDelete
  7. kau sangat berbakat (kne guna bhsa baku ke klau ckp ngan ko?)hehe

    ReplyDelete
  8. Mazura, nasib je tiba2 aku dapat buat ni.ala, hanya khayal sahaja, tiada apa bakatnya...

    :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower