sains dan agama

9:57:00 AM




sains dan agama. dua perkara, bagi sesetengah manusia tidak berkait; independent, unrelated. betul ke macam tu?

sains dijadikan sebagai cara baru merungkai kebenaran. segala dalam sains adalah logik; boleh diukur, dikenalpasti, boleh dibuktikan dengan perkiraan dan simulasi. perkara yang tak boleh dibuktikan melalui sains akan dianggap tidak logik, mana mungkin benar. ini masih menjadi suatu dogma biasa untuk orang yang merasakan diri mereka, golongan intelek.

agama dilihat sebagai sesuatu yang tiada asas saintifik. perlakuan yang tidak jelas sebab dan kaedah berlakunya sesuatu yang dikatakan akan berlaku, hukum dan penerangan yang "entah apa-apa"
"doa?? untuk apa? bagaimana boleh benar berlaku dengan doa, apa kaedah logiknya. sekadar psikologi!"
"ayat menyembuh penyakit? laaawwwwwllllll"
"al-Quran dan sains? perumpamaan pelik-pelik dan tak signifikan, tak sama langsung!"

ini misconception biasa. pada hakikatnya mereka egoistik, fikiran mereka tidak terbuka, tidak mempertimbangkan segala kemungkinan yang ada, mengasingkan agama dan selainnya; minda sekular.


cuba buka fikiran. sebelum sains dikenali secara global seperti yang berlaku sekarang, pengamal sains dianggap sebagai ahli sihir, disalib, dibunuh. kenapa? manusia ketika itu tak faham apa itu sains. "apakejadahnya elektrik? ada plak benda halus bernama atom?" tapi in time, manusia perlahan-lahan memahaminya dan menerima sebagai kebenaran. same goes for religion. benda yang manusia tak faham, manusia kata tak betul. tak logik.

cara pemikiran kena betul. dari mana datangnya sains? dari pengkajian dan ilmu turun-temurun dari golongan rajin berfikir. apa pula yang dikaji? kejadian, fenomena yang berlaku sekitar kita. siapa yang menciptakan segala yang kita boleh kesan dengan segala deria yang kita ada ni? tuhan; Allah. sains sebenarnya adalah kajian kuasa tuhan. Allah mencipta dengan sains, Allah menunjukkan kuasanya melalui sains. Dia maha berkuasa, dan sains adalah medium; asbab kekuasaannya. cuma persoalannya, adakah sains yang diguna Allah itu sudah kita fahami seluruhnya untuk kita menafikan kebenarannya?


Islam adalah agama kebenaran, agama ilmu.
firman Allah: "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan meyaksikan tiap-tiap sesuatu?". berpegangkan alquran dan sunnah, manusia digalakkan meneroka dan memahami segala kejadian alam. cubalah selagi mampu. ini agama kebenaran, apa hendak digentarkan akan penerokaan? penerokaan akan membawa kepada kefahaman; al-Quran dan Islam adalah kebenaran.

*satu lagi entry yang tersangat general

You Might Also Like

4 komen

  1. Sains itu ilmu Allah. Semakin kita mempelajarinya, kita mendekatkan diri kepadaNYA

    :)

    usaha, doa, tawakkal. kronologi pasti dalam mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  2. albert einstein sendiri mengakui kepentingan agama dan sains(tapi agama secara general lah).

    science without religion is lame,religion without science is blind
    -AE-

    :D

    ReplyDelete
  3. haikal: i liek, itu kronologi yang diajar dari sekolah lagi.

    hana: serious dia guna perkataan lame? bunyi macam naissss je haha

    ReplyDelete
  4. oh ya. agama tanpa sains menjadikannya agama yang ditolak oleh golongan cerdik pandai sebab banyak contradiction, dan terlalu mengekang pengikutnya dari lebih mendalami sains. macam agama christian yang sudah disesatkan, mengatakan mendalami sains ni macam Adam yang melakukan dosa pertama sehingga dicampak ke bumi. atas alasan tu, melarang penganutnya mengaitkan sains dan agama. sedangkan ia sebenarnya sangat berkait :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower