Sekular Wang Kertas Dan Sistem Hutang

7:26:00 PM


Sekian lama kita tahu apa itu wang. Kita tahu bila kita rambang mata dengan wang kita akan lupa segala benda. Terutamanya HUTANG. Bila kita beli itu dan ini kita akan merasakan keseronokan. Rasanya macam ya. Siapa tak seronok bila dapat duit bukan?

Kita disogokkan pelbagai manfaat dan pelbagai janji manis. Tapi itu semuanya dusta. Pengakhiran cerita kita aku dibelengu dengan pelbagai hutang dan bil untuk di bayar.

Aku ambil contoh Master Card.

Yes! Master Card senang untuk mohon dan senang untuk digunakan dan senang pula orang atasan untuk menjilat balik hutang kita yang telah kita gunakan.

Jadi apa kesimpulanya?

Kesimpulannya aku nak beritahu sistem perbankan kita semuanya ada sistem sekular. Mereka menjanjikan apa yang kita mahu. Mereka akan kenakan riba terhadap kita walaupun kita tahu buat-buat tak tahu.

Tahu ke apa tu faedah? 3% 4% 5^% tu? Tu semunya riba. Sistem sekular dalam ekonomi dari barat ni sememangnya sudah terancang dari dulu. Mereka akan lupuskan sistem dinnar kita dan mereka hidupkan sistem wang semata-mata mencari peluang menindas untuk menindas Agama Islam kita dalam kehalusan teknik mereka. 

Jadi? 

Aku sememang tahu satu hari nanti akan kita sedar siapa mereka ni, Mereka mengawal mata wang dunia. Siapa? Faham-faham je lah siapa kalau bukan suku kaum yahudi. Oleh itu aku sarankan kepada remaja intelektual masa sekarang ni kita cuba hidupkan mata wang dinar kita semula. Jangan hilangkan mata wang dinar emas ni. Sebab wang dinar emas ni adalah The Real Money!

Jangan jadikan diri kita hidup dengan hutang. Jangan taksubkan diri ini dengan pelbagai pinjaman yang berlandaskan riba. Ingat wahai sekalian remaja intelektual sekarang, emas adalah nilai yang makin meningkat dari hari ke sehari. Bagi aku Wang Kertas adalah sehelai kertas tisu tandas! Cuma di cetak dan di warnai dengan warna.

Bila berlakunya INFLASI dunia?

Aku ambil contoh Indonesia. Sampai sekarang ni mereka berhutang bertrillion dollor usd dengan Amerika Syarikat gara-gara pinjaman mereka semasa membangunkan Indonesia.

Ingat semula kegawatan ekonomi  dunia semasa zaman mahathir. Habis satu dunia kena jangkitan kemelesetan ekonomi. Sudah hampir 13 tahun rasanya.

Mungkin akan terjadi untuk kali kedua. Rasanya tak lama lagi. Apa yang akan menjadi kesan terhadap negara nanti? Harga barang akan meningkat secara tiba tiba sebab mata wang kita mungkin menjunam. Percaya?

Mungkin kita tak penah merasai situasi macam tu. Sebab aku lahir tahun 90. Masa aku umur 8 tahun aku mana tahu apa. Duk belek sejarah lama mengenai kegawatan ekonomi time tu rasanya macam dahsyat. Nasib baik kepandaian mahathir dapat mengatasi serba sedikit permasalahan time tu.

Dengar tak hari tu Amerika ada hutang bertrillion dollor usd? Jadi tak mustahil kita akan kena tempias tersebut. Apa yang merisaukan aku adalah mengenai nilai mata wang kita. Sekarang ni mata wang kita jauh lebih tinggi dari dollar kalau tak silap aku. Andai kata inflasi terjadi sekali lagi mau jatuh anak syarikat yang baru naik.

Balik semula kata kata mahathir. Aku tertarik dengan perlaksanaan emas sebagai mata wang utama. Tapi itu hanya cadangan. Bagi aku itu idea yang menarik. Emas tak pernah kurang harga dia. Makin lama makin meningkat.

Aku layan jugak harta emas ni. Pelaburan emas. Bulan dua hari tu untuk 1gram emas 999 harga rm150 dan harga untuk hari ni rm184.. Ini baru 1gram emas. Kalau aku ada 1kilogram? Untung aku sapu. Sebab harga emas jauh lebih tinggi dari nilai mata wang.

Maaf. Mata wang cuma sehelai kertas yang di cetak dengan nombor sahaja. Bagi aku ia tak da nilai. Macam kertas kosong yang di lukis dan di conteng saja.......... http://www.mejuez.com/2011/08/inflasi.html <- [Tekan Link Aku Untuk Sambungan]

Kesimpulannya?


Korang hayati cerita katun bawah ni. Yes ini adalah kisah benar dunia kita sekarang ni yang kita tidak tahu. Rasanya korang kena faham betul betul apakah isi tersirat dalam cerita ini yang ingin di sampaikan.



 Bawah ni adalah bacaan untuk rujukan korang semua.




Nota Kaki :
Hutang dan riba hari hari kita lakukan. Percaya?

Wanz Mejuez :
Aku teringin nak balik semula zaman sistem Dinnar Emas. The Real Money! Bukan Kertas Tisu Tandas!


You Might Also Like

8 komen

  1. artikel yg menarik.yes,dinar emas is the real money.thats y la kot ada org cakap amerika gerun dgn pak2arab sebab diorg conquer dinar emas.kempen beli emas la pulak pasni. ;)

    ReplyDelete
  2. hukum untung dalam bisnes cara kapitalis ialah 100% keuntungan dari harga modal walhal seingat aku, itu untung maksima mengikut perniagaan cara Islam.

    mereka tidak kisah menganiaya janji pulangannya lumayan. aduh.

    ReplyDelete
  3. Who said Dinar emas can deny inflation?

    Under Fiat Currency System that we are using, 'The Natural Rate of Interest is 0%' in Japan. Near 0% in united States. Anyone can explain?

    Interest Rates are 'politically' determined set by the Central Bank, not gold money.

    Fiat Currency that you are holding is an INSTRUMENT of DEBT as it represents govt debt, it registered as Central Bank's Liability at the Central Bank's account. For example if you're holding RM50 thats mean you're holding Govt Debt worth of RM50; and it is a Debt Receipt worth of RM50; this Debt Receipt could be transfered freely by the holder to other entity (individual, corporations, etc). The act of transferring a cash to other entity is actually the act of TRANSFEREMENT OF DEBT, All ancient civilizations, when they developed used this same monetary system. This system was somehow forgotten and surprise surprise it was the MUSLIM who re-introduced this system 900years ago http://en.wikipedia.org/wi​ki/Hawala . by the way GOV debt is a FICTITIOUS DEBT (it is only registered for accounting purposes) as long as Govt maintain its Currency Sovereignty. But if a country adopted one monetary union like EURO hence it loses this privilege, at this situation Govt Debt becoming a REAL DEBT.

    Emas telah (sentiasa) meranapkan Ekonomi banyak negara semenjak beratus tahun dulu. Emas tak akan menjadikan negara kaya, lihat saja ekonomi negara yang banyak emas!

    Jepun negara kaya bukan sebab emas, singapura kaya bukan sebab emas, negara afrika tang banyak emas pulak dok papa kedana lagi. Ada banyak hasil bumi pun lebih baik banyak minyak seperti brunei dari banyak emas. . .

    ReplyDelete
  4. cara sesuatu itu dibawa lebih penting.

    ya, emas itu juga hanya suatu barang yang berharga. Sama seperti wang. Ada emas, tapi permintaannya juga hanya dari negara kaya, dan itu saja pembelinya juga sama. Diniagakan oleh dia dan dia untuk mendapatkan wang ringgit.

    tentang ini mungkin hanya pakar ekonomi mampu hujahkan. Aku tidak tahu menahu akan hal ekonomi sebegini. huh.

    =__= trmenung. masih tidak dapat dihadam. di luar ilmu gua rasanya.

    ReplyDelete
  5. Orang yang celik pandai yang mampu kawal ekonomi.. susah aku nak tafsirkan sebab banyak perkara yang belum kita tahu..

    serba sedikit kita akan rahu diri kita ni..

    jepun kaya sebab mereka gigih mencipta sesuatu produk baru dan berinovatif..

    Singapore kaya sebab di sokong oleh amerika.. corak acuan sama lebih kurang rasanya..

    brunei kaya dengan minyak..

    afrika ya memang kaya dengan emas tapi iq mereka lemah... orang luar ambil kesempatan terhadap negara mereka dan kaut banyak untung.. mungkin kesilapan mereka.. kalau mereka tahu negara mereka ada emas sudah tentu mereka akan laksanakan nya sendiri.. tapi apakan daya orang luar menjumpainya dulu..

    Nak mulakan sistem dinnar emas ni kena ada persetujuan sama.. kena ada sepakatan yang sama.. baru serasi..

    macam mula-mula wang kertas ni cipta.. libih kurang macam tu jugak la..



    entah lah makin lama makin di buai mimpi rasanya.. tak tahu lah apa nak jadi nanti..


    tunggu saja Bukit Emas akan muncul...

    ReplyDelete
  6. memanglah negara-negara tu kaya bukan sebab emas. tapi setiap matawang, is backed with gold. matawang yang tiada emas disebaliknya, adalah tidak bernilai. -> inflation.

    if we're using gold as a currency, there a REAL value to it (as other money and notes are represtatives of the blablabla worth of gold). so that itself will deny inflation, as the value is of itself.

    ReplyDelete
  7. @Haikalblank

    U got ur point there. Pendapat akulah kan, kalau emas tu berharga dan wang kertas tak bernilai kenapa orang yang menjual GOLD DINAR sanggup menukarkan emas dengan RM yang tak berharga, kenapa tak tukar emas dengan Lembu atau kambing?

    @[muaz]

    MONEY will manifest it self as DEBT (as a unit of account as well as 'a medium of exchange', no matter it is fiat or gold money).
    Muslim traders have realised this long time ago, since 8th century, and that's how the Arab traders could carry out long distance trade, at that time most HAWALA receipts were carried by pigeons."

    Please read about hawala : http://en.wikipedia.org/wi​ki/Hawala

    ReplyDelete
  8. tapi kan, kalau kita pegang emas, kita memegang nilai sebenar. kalau others pulak (kertas, syiling etc) kita cuma pegang perwakilan kepada nilai hutang kerajaan tu (berapa ringgit, equivalent to berapa berapa gram of gold, according to harga semasa). jadi jika matawang jatuh, nilai yang kita pegang(kertas syiling etc) jugak akan jatuh, tapi harga emas pulak semakin naik, relative to that currency's fall. sebab ia masih memegang nilai sebenar dia. harga emas pulak sama seluruh dunia. jadi ia stable, unlike other form of currency

    *konpius yaa ammat ini. lagi-lagi hawala

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower