tipu diri sendiri

9:44:00 AM

(uish author lain dah berlambak entry pasal puasa, i am late bhahaha)

bulan ramadhan. siang puasa, malam melahap. bulan yang sinonim dengan puasa, bazar, dan persiapan hari perkahwinan syawal nanti. (kehkehkeh)

masa zaman aku tak matang dulu, bulan puasa ni lah bulan dimana semasa orang lain sibuk tengok tv/mengaji/tido/etc, aku pulak senyap-senyap pergi ke dapur, bukak peti sejuk dan bantai nata de coco.



bulan puasa ni lah bulan, bila aku penat dan haus je kat sekolah, dan dan time tu jugak aku muncul kat tempat wuduk surau untuk berwuduk dan berkumur(faham-faham sendiri lah ye)

bulan puasa ni jugaklah bulan aku tambah ibadat. orang sembahyang, aku pon boleh. orang solat terawih 8 rakaat, aku pon boleh. orang steady je ikut imam, aku pon boleh! (padahal dah terkentut, pastu buat-buat tak tau)

*maaf. gambar tak sopan

betul atau tak ibadat kita, kita dan Allah je yang tahu. jujurlah pada diri sendiri. bukanlah jujur tu maknanya kalau taknak puasa terus je makan terang-terangan, bukan jugak kalau taknak sembahyang tak payah sembahyang. yang wajib tu kita push lah diri kita untuk buat (tak buat, dosa). yang sunnah pulak, buatlah selagi mampu dan ikhlas. ye lah, ibadah sunnah ni kalau buat tak ikhlas, nak menunjuk je, jadi ibadah yang lagha; sia-sia. buat pun tak dapat apa. sekadar dapat impression baik dari manusia dengan cara menipu.

bulan puasa ni umum yakin setan digari. apa tak betul kita buat dalam bulan ramadhan ni adalah diri kita sendiri. tak banyak beza dari bulan lain kan? masih nak salahkan setan??


alang-alang beribadah, kita ikhlaskan diri kita. baiki diri, dan teruskan momentum (alamak, ini ayat cliche zaman sekolah dulu) sepanjang bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang sampai ke akhir hayat. there's always room for improvement :)

You Might Also Like

6 komen

  1. erk..kena atas batang idung sendiri.

    ReplyDelete
  2. biasa lah tu kena batang hidung sendiri, yang penting mengaku salah sendiri, baru boleh baiki :P

    ReplyDelete
  3. benda aku paling tak berani makan sorok2 time posaa.
    aku rasa mak aku ada di mana2.
    HAHA


    neway, yep jujur and ikhlas dgn diri sendiri.
    kalo org terawih 20 kita pon nak tapi tak ikhlas tak guna gak kan?


    semoga masing2 dapat improve ;)

    ReplyDelete
  4. apalah cara asuhan mak ko ni. nak jugak belajar, sangat berguna untuk masa hadapan hahaha

    ReplyDelete
  5. haha dahla, tanak cerita banyak. da nak buka dah ni muaz oii.

    yup, diri sendiri lebih mengenali diri kita ye dak? tipu orang lain boleh, tipu diri sendiri? Jangan tipulah.....hehehe

    ReplyDelete
  6. HAHAH..!!tringat time zaman x matang dulu2..(macam sekrang ni matang sgt!!)

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower