Hari Penerus Pemecah-Belah Kesatuan Umat Islam

1:04:00 PM

Kuala Lumpur, 16 September 2011 – Buat julung kalinya, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak hari ini dan diraikan dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni di Dataran Merdeka sebagai lokasi utamanya.

Bertemakan "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 pada tahun ini didominasi golongan belia yang merupakan peserta terbesar yang mengambil bahagian dalam persembahan kemerdekaan yang merangkumi empat segmen. [Bernama]


Begitu terpecah-belahnya kesatuan umat Islam yang dahulunya di bawah satu panji Rasulullah SAW kepada serpihan-serpihan kecil warisan penjajah kuffar British.


Penjajah Kuffar Ingin Umat Islam Terpecah-Belah
Sebelum Islam datang, dahulunya manusia tersekat oleh batasan suku-suku, etnik, dan bangsa, sebagian dikuasai oleh Empayar seperti Rom dan Parsi, sebahagian menjadi berkuasa di kawasan kecil di daerah-daerah tertentu seperti Semenanjung Arab, sebahagian Asia Tengah, Eropah Utara, Banjaran Mongolia, Siberia, Australia dan Benua Amerika.

Suku-suku yang kuat berjaya membentuk kerajaan, seperti di Asia Tenggara dengan berkuasanya Dinasti Sanjaya dan Syailendra di Jawa dengan pelbagai nama kerajaannya, juga di wilayah timur Semenanjung Arab seperti Kuwait, Qatar, Yaman, juga di rantau Asia Timur, seperti China, dan beberapa kerajaan di sekitarnya.

Kemudian Islam datang dan bermaksud menyatukan semua manusia ke dalam satu ikatan agung iaitu Ukhwah Islamiyah. Islam mulai menyatukan suku-suku di Arab, yang selalu berperang, kemudian bersatu di bawah panji Rasulullah SAW, lalu mulailah Islam membebaskan negara Empayar Penjajah seperti Rom dan Parsi, dan hasilnya 3 abad kemudian, Islam menguasai 2 pertiga dunia, dari Lautan ke Lautan, dari suku-suku, bangsa-bangsa, dan dari pelbagai agama, itulah Negara Islam Global yang disebut Daulah Khilafah Islamiyah.

Kejayaan Daulah Khilafah Islamiyah berlangsung sehingga tahun 1600M, di mana akhirnya Daulah Khilafah mengalami kemunduran, akibat serangan pemikiran dari barat yang mengalami kebangkitan dengan pemikiran sekularnya iaitu Pembaharuan, dan saat itu dunia Islam memang mengalami kemunduran akibat ditutupnya pintu Ijtihad, sehingga umat kesulitan dalam menyikapi perkembangan zaman dan perkembangan ilmu pengetahuan.

Setelah itu para penjajah mula menjajah wilayah dunia Islam, seperti kawasan Jawi (Nusantara) yang akhirnya jatuh ke tangan Belanda (Indonesia), Inggeris (Malaysia), Portugis (Timor Timur) dan Sepanyol (Filipina). Selain itu juga Mesir dijajah Perancis, Arab, India, Parsi dijajah Inggeris, juga akibat dikuasainya kawasan-kawasan baru oleh para penjajah seperti Amerika, Australia dan lain-lain.

Akhirnya wilayah Islam dipecah-pecah sesuai kehendak penjajah, dan merdeka sesuai juga dengan kehendak penjajah, misalnya kita terpaksa beza negara dengan negeri jiran akibat beza penjajah, memang lucu kan. Dan sesuai sabda Rasulullah saw bahawa suatu saat umat Islam bagai buih di lautan.


Islam Umat yang Satu Di Bawah Satu Pemerintahan
Maka tak ada kata lain selain bersatu, menegakkan Syariat Islam dan menegakkan kembali Khilafah Islam sebagai pemersatu semua umat Islam dan negeri-negerinya. Kerana itu yang Rasulullah SAW lakukan, iaitu menyatukan manusia ke dalam satu akidah iaitu Islam.

Umat ​​Islam saat ini sangat lemah, hanya untuk membela saudaranya sahaja yang teraniaya kita tidak sanggup, kita hanya boleh menonton tangisan anak-anak Palestin yang terkena peluru Israel, kita hanya boleh menonton saudara sesama muslim kita meregang nyawa di Chechnya, kita bahkan tidak tahu kalau muslim Uighur di China tak boleh puasa dan lebaran, kerana dilarang keras oleh kerajaan komunis China.

Segala macam keterukan, seperti hancurnya moral generasi muda Islam teman-teman kita, rasuah, kemiskinan dan lain-lain, juga akibat kita berpaling dari hukum Allah yang seharusnya kita terapkan. Demokrasi yang kita terapkan justeru tidak mampu mengatasi itu semua.

Oleh kerana itu hanya dengan tegakknya Syariat Islam dalam bingkai negara Khilafah Islam Global maka rahmat serta keberkatan dari langit dan bumi akan kita raih, sebagaimana dalam firman-Nya :-

"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya." (Surah Al-A'Raf ayat 96).

Wujud dari iman dan takwa adalah tak hanya cukup yakin dalam hati saja, tapi juga ada bukti paparan fizikal atau aktiviti nyata, iaitu melaksanakan Syariat Islam secara kaffah, itulah wujud iman dan takwa yang sesungguhnya.

Sumber : Abu Idris


You Might Also Like

1 komen

  1. salamun a'laikum

    tik tok tik tok

    panji hitam untukku,
    berlari ulung kepadamu,
    mencari erti untuk Yang Satu,
    menegak kembali di alaf yang baru.


    S.N

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower