Kediaman Orang Sakit

12:28:00 PM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yag lepas MO bersama mama dan abah ke Hospital Kulim untuk melawat jiran yang sakit. Asalnya nak melawat Pak Long Tofik (ustaz yang ngajaq MO mengaji dulu) tapi sesampai di sana terjumpa dengan beberapa jiran dan kenalan yang terpaksa berehat di hospital. 

Bila masuk hospital MO teringat pada seorang teman yang telah pergi meninggalkan MO. MO yang hantar dia pergi hospital. Tapi Allah mengambil dia dahulu lebih cepat dari yang disangkakan. Dia pergi dalam usia 22 tahun. Semoga roh kamu ditempatkan bersama insan-insan yang beriman. 


Setiap hari penuh manusia di hospital. Semasa di sana otak ligat berfikir, bagaimana keadaan aku bila tua nanti ya. Kalo aku masuk hospital ada tak orang nak datang melawat. 

Bila melihat si tua dengan sukar menyuap makanan ke mulut, 
Bila melihat mereka dengan susah payah menarik selimut ke dada, 
Bila melihat mereka dengan susah payah turun dari katil hendak ke tandas,
Bila melihat mereka hatiku jadi sayu. 



Sakit itu adalah kafarah bagi dosa. Bertuahlah bagi mereka yang terpilih kerana dapat pahala bonus. :-) Jangan mengeluh kerana Allah sayangkan kamu. 

Terutama pesakit barah. Sekurang-kurangnya kamu boleh bersedia beramal ibadat bagi menghadapi saat-saat kematian. Bagi manusia yang hidupnya sangat ceria dan tidak sakit (yakin akan hidup lama lagi) tetiba pergi menghadap Allah terlebih dahulu.

MOST : Kita kena sentiasa mengingati mati.

MO kata : Suka melihat Abet yang dah makin bulat sekarang selepas habis kimoterapi. Suka melihat senyuman dia. Abet saya doakan kamu grad tahun depan ya. Allah uji kamu sebelum ini. :-)

Semoga mereka yang diuji dengan kesakitan itu terus tabah dan cepat sembuh. 

Sekian Wassalam.

You Might Also Like

2 komen

  1. erm...mengingatkan diri sy, usia sekadar angka..jika malaikat maut dtg memanggil, xkira masa

    ReplyDelete
  2. dkna pernah buat lawatan kerumah orang tua,,,kecian kat dorang..ermm...

    dan bayangkan kalau ibu bapa kita kat sana...sedih sangat!

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower