MEMBUANG TATU DOSA

10:26:00 AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit itu sakit, nak buang tatu dosa di hati itu lagi sakit  -Hlovate- 

Bukan senang nak singkirkan dosa dari dalam diri kita tambah-tambah kalau dosa yang sering kita lakukan dalam dunia seharian. Tak perlu tengok jauh-jauh “mengumpat” itu tergolong dalam dosa besar. Pernah tak kita mengumpat? Kadang-kadang tergosip-gosip jugak kan. Kalaupun kita tak mau bercakap mengenai orang lain, hatta “TERDENGAR” dan kita masih setia mendengar itu juga dikira sebagai bersubahat. Kalau dah ‘terdengar’ tu cepat-cepatlah pergi ke tempat lain. Jangan pula dah “terdengar” tapi masih lagi nak setia mendengar. 

Cuba bayangkan kalau dalam hati kita penuh dengan bintik-bintik dosa?? Keadaannya mesti hodoh kan. Macam ‘tahi lalat’ yang bertempek di kain yang lembab. Geli kan tengok. Haaaa, macam tu lah agaknya bintik-bintik hitam kan hati kita kan. Nasiblah kita tak boleh nampak dosa tu. Kalaulah dosa tu kita boleh nampak, misalnya warna hijau ke bertebaran di sekeliling kita atau dosa tu ada bau. Mesti kita semua jijik dengan diri sendiri. Sedangkan tengok hasil perut sendiri (t**k) atau muntah sendiri pon kita geli kan. Cuba bayangkan jika Allah benarkan kita melihat dosa kita sendiri atau bau dosa kita sendiri. Agak-agak kita sanggup ke tidak? Jawab dalam hati. 

Hidup di dunia memang terasa sangat bahagia melakukan dosa. Tapi bagaimana keadaan kita di neraka nanti? (kliksini). 

MO kata : Peringatan ini untuk diri MO sendiri. Kalau pernah tersasar kembalilah ke pangkal jalan. Setiap orang ada masa silam dan setiap orang juga punya masa depan. Jangan sia-siakan masa muda kita dengan harapan kita akan bertaubat bila sudah tua. Kerana kita tak tahu, bila janji Allah nak menjemput kita berhijrah ke rumah batu dua yang tinggi dan lebarnya 7 kaki. 

Sekian Wassalam.

You Might Also Like

2 komen

  1. insyaallah...terima kasih kerana saling ingat mengingati...:)

    ReplyDelete
  2. Soo truuee!! :)

    " Kalaulah dosa tu kita boleh nampak, misalnya warna hijau ke bertebaran di sekeliling kita atau dosa tu ada bau. Mesti kita semua jijik dengan diri sendiri. Sedangkan tengok hasil perut sendiri (t**k) atau muntah sendiri pon kita geli kan. Cuba bayangkan jika Allah benarkan kita melihat dosa kita sendiri atau bau dosa kita sendiri. Agak-agak kita sanggup ke tidak? Jawab dalam hati. "

    Saya suka yg itu :D

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower