Pakaian Tak Melambangkan Peribadi ?

3:02:00 PM




Pakai smart? Kemas? Penting ke? Ya, memang penting ! Sebab pakaian ni menentukan "first impression" orang dekat kita. Kalau kemas, tanggapan pertama orang kepada kita adalah positif, tapi kalau sebaliknya, negatif lah. Bagi aku, aku memang suka orang yang berpakaian kemas. Walaupun takdelah nak kata cantik mana baju dia, tapi kalau takde koyak-rabak, selekeh ke, aku boleh kata dia seorang yang kemas. Orang kemas ni mudah nak didekati.

Tapi pakaian tak melambangkan peribadi !

Ya ! Aku setuju jugak. Tak semestinya yang berpakaian kemas tu akhlaknya baik sangat. Kadang-kadang lagi jahat dari orang yang selekeh. Memang tak dinafikan. Tapi bukankah Islam itu suka akan kekemasan. Dan selalunya pakaian yang kemas tu adalah pakaian yang baik-baik. Maka apa yang diharapkan daripada pakaian tu adalah satu kebaikan.

"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

Jadi, soal sahsiah peribadi adalah soal yang lain. Kerana hakikatnya pakaian yang baik dan kemas itu adalah dituntut dalam Islam.



Okay, tapi macam mana pula orang membanding-bandingkan orang melalui cara pemakaian?

Nak tengok kemuliaan orang bukan melalui pakaian. Tak perlu nak membanding-bandingkan manusia, atau membeza-bezakan manusia melalui cara pemakaian. Asalkan dia menutup aurat dan tidak menyerupai pakaian agama lain, dia sudah lepas tanggungjawab menutup aurat. Soal kemuliaan hanya Allah yang tentukan. 

Kalau orang pakai jubah, kita dok sebok kata dia 'alim, wara', baik pekerti..bla..bla..bla.. . Bila tengok orang pakai jeans, baju t-shirt, kita kata dia ni biasa je. Kaki sosial ni, ni mesti nak jumpa awek, dia ni lekeh je

Nampak..? Kita dah melawan kuasa Allah. Siapa kita nak menentukan kemuliaan manusia?



*ni mamat kaki clubbing kott*




*alim gila budak nih*


Maka, jangan kita pisah-pisahkan manusia dari segi pemakaian. Ia bagi aku agak kolot. Tak semestinya ustaz-ustazah pakaiannya hanyalah jubah dan kopiah. Tak semestinya yang pakai jeans bagi yang lelaki itu kaki sosial. Ini semua pengaruh si pemakai sahaja. Kalau kaki pub pakai jubah, adakah korang akan kata dia ustaz? Kalau lembu pakai kopiah, adakah korang akan kata lembu tu sangat 'alim? Jawab sendiri-sendiri..hehe



Tapi yang menutup aurat tu bukannya betul pon. Dedah sana sini jugak !



Sekurang-kurangnya dia tutup juga daripada yang secara keseluruhannya dedah. Benda ni tak boleh nak main terjah je. Ya, kita tau kadang-kadang yang tak tutup aurat tu lagi baik dari yang tutup aurat. Tapi cuba tanya diri sendiri betul tak..


Orang yang baik mesti tutup aurat. 

Sebab apa? Sebab..tutup aurat tu suruhan Allah. Jadi, orang baik mesti ikut suruhan Allah. Kan? Maknanya, yang tak tutup aurat tu belum cukup baik. Orang yang tutup aurat tapi buat jahat, sekurang-kurangnya mereka dah lepas satu tanggungjawab. Tanggungjawab menutup aurat. Yang tak tutup aurat kalau buat baik tapi masih dalam keadaan berdosa, agak-agak amalan kebaikan tu diterima tak? Haa..cuba jawab.



Orang yang tutup aurat, tapi masih dedah. Itu pula sebenarnya tanggungjawab kita dan tentunya termasuk aku untuk menasihati. Banyak cara boleh buat. Kita semua boleh!



Nak cerita pengalaman sedikit, dulu dekat matrik ada seorang kawan aku tidak bertudung. Tudung macam chipsmore kata orang. Tapi ada sekali aku post artikel pasal menutup aurat. Dan dia baca. Tapi time tu still sama je. Takde perubahan pun.

Tapi, sekarang ni... dia kata dan aku nampak, yang dia telahpun bertudung. Alhamdulillah. Aku taktau la apa yang menyebabkan perubahan dia ke arah tu, mungkin bukan sebab artikel yang aku bagi pon, sekurang-kurangnya mungkin, mungkin dia telah terfikir betapa pentingnya menutup aurat. Hidayah Allah telah sampai, maka beruntunglah mereka yang memperoleh hidayah tersebut.


Kesimpulannya :

Bagi si pemakai, pastikan pakaian menutup aurat dan kemas biar sejuk mata memandang dan moga-moga Allah redha.

Bagi yang memerhati, selama mana orang itu menutup aurat, maka tak perlu nak membanding-banding dan menilai. Jika yang diperhati itu tak sempurna pemakaiannya, tegur dan bagi nasihat. Tak payah susah-susah nak letak label orang tu jahat orang ni baik.

#Entri ini disunting dengan kerjasama dan persetujuan Mior Syabab.

You Might Also Like

2 komen

  1. "Orang yang tutup aurat tapi buat jahat, sekurang-kurangnya mereka dah lepas satu tanggungjawab. Tanggungjawab menutup aurat. Yang tak tutup aurat kalau buat baik tapi masih dalam keadaan berdosa, agak-agak amalan kebaikan tu diterima tak? Haa..cuba jawab."

    Aku suka part ni :)

    ReplyDelete
  2. better kenal dulu diri orang tu sebelum menilai...kita ni kadang-kadang mata meluru terus,mulut terus berkata tanpa memikirkan dahulu diri orang lain...yang menutup aurat tu jaga la pula peradaban kalian...

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower