jahat

8:40:00 AM

kejahatan. perkara yang biasa kita kaitkan dengan dunia. dunia; penuh kejahatan. dunia. tempat kita hidup dan mati seterusnya ke alam seterusnya. segala di 'dunia' dan realiti kita, tuhan yang cipta.

jadi ada antara kita yang terfikir. dunia, tuhan yang cipta. dunia, penuh kejahatan. jadi "siapa yang mencipta kejahatan jika bukan tuhan?"

pernahkah kita terfikir akan haiwan. haiwan, tindak-tanduk mereka buas. walau kita biasa dengannya, jika tindakan sebegitu dilakukan manusia, kita akan menganggap manusia tersebut sebagai jahat. jadi apa yang menjadi asas pembezaan terma yang kita berikan; biasa, dan jahat? kewujudan akal. manusia, berakal. haiwan, tidak. haiwan tidak ada akal yang berpotensi untuk belajar ke tahap mempunyai pertimbangan etika dan moral seperti manusia.

jadi apa kaitannya dengan kejahatan?

ia sebenarnya sekadar kecelaruan kefahaman terma dan kata yang digunakan. mungkin disebabkan keterbiasaan dengan terma positif-negatif dalam matematik. jahat itu kita gunakan untuk menggambarkan tidak baik. tidak disini bukannya negative, tetapi tiada, seperti definisi ada-tidak ada. kejahatan bukanlah lawan kepada kebaikan dalam kata ianya 'negative' kepada kebaikan. tetapi ianya ketiadaan kebaikan, ketiadaan moral. jika baik itu 50 pada 'skala moral', jahat adalah bawah kepada itu. dan jahat sepenuhnya (ada pulak) adalah 0 pada skala itu, tiada moral LANGSUNG. susah nak faham?? alah, macam panas dan sejuk. panas tu kewujudan haba, blablablablabla sejuk ketiadaan haba, sub zero: tiada haba langsung. evil is just the absence of good.

kebenaran
manusia dicipta tuhan kosong. yang ada cuma sifat-sifat asas, fitrah, dan kapasiti untuk berubah. kita sentiasa belajar dari sekeliling, berubah, namun bukan semua perubahan adalah baik. jadi Allah utuskan rasul-rasul untuk mengajar manusia cara yang sepatutnya, cara yang baik, pedoman hidup. akal dan pedomannya, jika diguna sebetulnya, mengekalkan kita dengan cara yang terbaik. ajaranNya lah yang menambah moral, dan mem'baik'kan kita. bukan salah tuhan mencipta kejahatan, tetapi salah kita tak menerima ajarannya. tindakan kita mengendahkan itulah yang menghasilkan kelakuan kurang/tidak bermoral yang kita sendiri terma-kan sebagai jahat.

tuhankah yang mencipta kejahatan?

You Might Also Like

1 komen

  1. salam ziarah selamat tahun baru 2012 bersamaan 1433 hijrah..alhamdulillah syuqran jazilan atas perkongsian entry yg sgt berguna ini..jemput ziarah dan follow blog saya disini jgn lupa tinggalkan komen ye..

    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/12/2011-penyimpan-rahsia-2012-tidak-lagi.html

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower