Mengingati

11:42:00 AM




Aku sepertinya sudah hilang tanggungjawab di sini. Sepertinya aku hilang tanggungjawab pada diri aku sendiri. Hilang, sesat dalam arus kehidupan yang membunuh. Mungkin saja aku berlainan dengan kamu.

Hari esok itu misteri. Tidak mungkin siapa - siapa boleh menjangka. Kerja kita hanya berusaha dan menjadi lebih baik. Tapi sejauh mana kita berusaha? Itu kita jawab untuk diri kita sendiri. 

Aku kotor dalam pandangan aku sendiri. Bukan aku tak pernah mencuba, tapi parut masih kelihatan. Entahlah.


------------------------------------------------------------------------


Sememangnya manusia ini perlu ada kreativiti dalam semua perkara. Di dalam kehidupan ini, untuk menangkis dugaan dan cabaran, tangkal iman itu harus tersemat dalam setiap perkara. Dan selalunya kita gagal. Beruntunglah pada mereka yang berjaya mengelakkan dosa - dosa akhir zaman ini. Rugilah orang macam aku dan kamu yang tidak pandai mengambil kesempatan akan tingginya ganjaran akhir zaman ini.

Media, hiburan, makanan dan macam - macam lagi perkara telah menghanjingkan hidup kita. Aku tidak salahkan golongan itu kerana itu kerja mereka untuk menyesatkan, tetapi kenapa kita ikut mereka? Kerana kita sendiri yang redha akan kesesatan itu. Aku lupa usulku, aku lupa peganganku demi arus ini. Tiada siapa - siapa yang salah selain diriku sendiri. Aku sedar akan hakikat itu.

Menggembleng nafsu bersama di dalam kehidupan dan biarkan ia mengawal kehidupanku memang satu perkara yang silap. Meretak akal dan jiwa. Menghindar pahala dan nikmat. Mendekat derhaka dan api neraka. Segalanya ku turut demi kepuasannya. Puas nafsu yang membinasa.


----------------------------------------------------------------------


Selalu aku ingatkan mereka yang lebih muda agar berhati - hati. Jangan jadi seperti abangmu ini. Jangan leka dalam hidup kalau tidak mahu jadi seperti abang atau kakak ini. Bukan apa, manusia sekarang ini tidak lagi mahu mendengar, tidak lagi mahu diceramah. Mereka perlu melihat dan mengetahui segalanya dari semua pancaindera barulah mereka mahu percaya dan berfikir.

Mereka mengangguk faham.


Hidup dalam lingkungan akhir ini perlulah saling mengingati. Kita ambil yang baik dari siapa sahaja mahupun manusia jahat. Jika si jahat itu ada memberi kebaikan, terimalah kebaikannya dengan ikhlas bukan menghina kebaikan dilakukannya. Belum tentu kau lebih mulia dari pnyamun, belum tentu kau lebih mulia dari perompak. Kita sama hina, sama punya dosa, sama punya kelemahan.

Ini nasihat dari ku untuk hari ini dan seterusnya.

Aku ialah kamu dan aku juga adalah kita. Kita semua sama dan saling memerlukan.


You Might Also Like

6 komen

  1. Sudah lama ia terbiar, hari ini ada yang mahu menhidupkannya. Sudah lama ia sepi tanpa isi, hari ini ada yang memeriahkannya.

    Sayang HAIKAL >.<

    ReplyDelete
  2. Sukanya tengok update. =D

    Peringatan yang berterusan amat diperlukan oleh insan.

    ReplyDelete
  3. sama sama memerlukan antara satu sama lain

    ReplyDelete
  4. trimakasih infonya,,
    sangat bermanfaat,,
    mantap,,.

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower