Sedia

6:26:00 PM


Apabila orang bertanya bila saya mahu menamatkan zaman bujang? mahu saja saya menjawab yang saya belum bersedia.

Hinggalah tiba suatu hari akhirnya dapat juga saya berikan jawapan sebegitu dengan sangat yakin.
"Kalau tunggu sedia, sampai ke tua pun belum tentu awak sedia! Takkan mahu tunggu tua kerepot baru mahu menyatakan kesediaan? Masa tu hanya gelak orang saja yang akan awak terima!" Tempelak dia pada jawapan saya.

Saya terkejut.
Terkedu.
Kenapa perlu marah begitu?
Saya hanya diam. Tidak membalas sebab bagi saya dalam hidup ini apa saja yang kita mahu lakukan memerlukan persediaan.

Mahu menjadi isteri/suami yang baik, perlukan persediaan.
Mahu menjadi ibu/bapa yang baik, perlukan persediaan.
Mahu hijrah diri ke arah lebih baik pun perlukan persediaan.
Tanpa persediaan pincang segala yang bakal dilaksanakan.
Mahu MATI pun perlukan persediaan, tahu?

Tapi jawapan ini saya cuma simpan dalam hati. Tidak perlu dibentangkan kepada sesiapa. Yang mengenali kita hanya hati kita, tidak orang lain atau hati yang lain.

Allah saksi segala.
Senyum.

You Might Also Like

4 komen

  1. tapi selalunya mati akan datang pada mereka yang belum betul2 sedia. dan lagi, alasan belum sedia tu kebanyakannya lebih kepada mahu menyembunyikan rasa takut. takut akan tanggungjawab, pertambahan komitmen, bla bla bla. kan?

    chill, ini cuma pendapat aku je... :-)

    ReplyDelete
  2. #deep, nice one :) ziarah dan follow

    ReplyDelete
  3. www.abahjagat.com untuk Kejayaan Agama dan Negara

    ReplyDelete
  4. hi, saya ade baca blog anda yg blog kucing tu? kenapa tak update lagi? saya suka baca blog anda sbb saya pun student architecture dan saya boleh related apa yg anda alami waktu kat u

    ReplyDelete

Like us on Facebook

Follower